Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) merupakan pertandingan memancing ikan berparuh (billfish) berstatus antarabangsa dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui agensinya Kementerian Pelancongan Malaysia (Motac) Pahang dan Lembaga Pembangunan Tioman (TDA), dengan sokongan penuh Tourism Pahang Malaysia dan Pejabat Parlimen Rompin. Acara yang di kolaborasi oleh Persatuan Memancing Malaysia (PeMM) serta dibantu oleh Persatuan Memancing Rompin selama tiga hari bermula dari 15 hingga 17 September bertempat di Lanjut Golden Beach & Golf Resort.
Menurut anggota Parlimen Rompin Datuk Seri Hasan Arifin, pertandingan ini yang merupakan acara tahunan sejak 2004, berjaya meletakkan Rompin sebagai antara destinasi pelancongan khususnya untuk kaki pancing.
“Edisi kali ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM44,000 dan melibatkan 13 buah negara termasuklah Malaysia sebagai tuan rumah. Sementara penyertaan kali sedikit merosot apabila 14 pasukan daripada Indonesia dan Filipina menarik diri pada saat-saat akhir. Hanya 78 orang peserta dan 26 buah bot memancing terlibat dalam acara ini,” katanya ketika ditemui pada pelancaran RPBIC 2017, Sabtu lalu.
Turut hadir dalam acara perasmian dan pelancaran peserta RPBIC 2017 ialah Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang, Datuk Idros Yahya, anggota Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah, Datuk Seri Maznah Mazlan dan Pegawai Daerah Rompin Datuk Mohd Zulkifli Hashim
Menurut Edros Yahya, acara yang dianjurkan bagi mempromosikan Rompin sebagai destinasi pilihan bagi aktiviti memancing spesies berparuh kepada pemancing tempatan, serantau dan antarabangsa.
“Penyertaan bagi acara RPBIC tahun tampak sedikit suram berikutan 14 pasukan menarik diri pada saat akhir. Sekiranya kejadian itu tidak berlaku, ia sebenarnya satu pencapaian memberangsangkan sebagaimana acara pada tahun lalu yang berjaya mengumpul 40 pasukan terdiri daripada 120 orang peserta.
“Biarpun kami hanya mampu mengumpulkan 78 orang pemancing dari 13 buah negara namun 40 orang peserta sekali menjadi peserta paling ramai yang menyertai acara ini adalah peserta dari luar negara berbanding hanya 38 orang sahaja peserta tempatan.
“Selain Malaysia, negara lain yang menyertai acara ini terdiri daripada negara Austria, Singapura, Thailand, Taiwan, China, Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom, Brunei, Filipina, Afrika Selatan, India dan Norway.”
Memandangkan aktiviti memancing spesies berparuh ini mampu menjana pertumbuhan yang baik, beliau amat berharap konsep ‘tangkap dan lepas’ perlu diterapkan bukan sahaja oleh peserta RPBIC malah kepada semua pemancing dan bukan hanya di Rompin sahaja malah di mana jua spesies layaran ini dipancing. Dan Edros Yahya turut mengumumkan di media sosial Isnin lalu tarikh 14-16 September 2018 telah dipilih bagi melangsungkan RPBIC kali ke-15.
UMPAN: Boleh tak ceritakan pengalaman memancing anda?
NAS : Minat memancing sejak usia 6 tahun lagi. Tapi minat hanya pada pancingan bottom udang galah dan mengilat sahaja. Kurang minat pada pancingan air masin.
Lebih suka spesies air tawar mungkin sebab tiggal jauh dari padang pancing air masin.
UMPAN : Sejak bila mengusahakan gewang buatan tangan ini?
NAS : Sejak 2012… ia bermula sebagai hobi memenuhi masa terluang dengan membuat beberapa biji gewang daripada kayu untuk kegunaan sendiri.
Melihat gewangnya telah berjaya memperdaya beberapa jenis spesies termasuklah sebarau serta begahak di Sungai Pahang lantas rakan-rakan memujuknya agar membuat gewang untuk mereka pula.
UMPAN : Kenapa anda memilih usaha ini?
NAS : Kerana minat mendalam terhadap gewang. Minat ini ada dalam diri sejak kecil lagi. Pada awalnya hanya buat untuk pendapatan sampingan.
Tetapi sejak 2014, membuat gewang ini telah jadi kerjaya sepenuh masa.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
NAS : Rintangan dalam bidang ini agak meluas juga sebenarnya. Walaupun tidak ramai lure maker yang ada tetapi persaingan datangnya dari barangan atau produk import.
Barangan dari negara jiran sedikit sebanyak agar sukar untuk bersaing. Ini kerana pemancing tempatan masih ramai yang kurang mau mencuba sesuatu yang lain dari biasa.
Tapi alhamdulillah… setakat ini pasaran gewang handmade tidak putus-putus menerima tempahan.
Harapan saya, pada masa akn datang brand saya dapat diterima di toko-toko pancing seluruh tanah air.
Saya turut berharap barangan buatan Malaysia dapat diterima pakai dengan lebih baik.
Saya berharap pada masa akan datang, adanya expo pameran barangan pancing tempatan ,terutama buatan anak Malaysia sendiri, seperti mana yang diadakan di Eropah, Jepun dan Thailand.
UMPAN : Boleh tak ceritakan apa kelebihan produk NCR Handmade Lure ini?
NAS : Setiap model yang direka khusus bagi menepati kesesuaiaan spesies-spesies ikan pemangsa di Malaysia.
Antara spesies yang telah tersenarai dan telah tumpas dengan lure handmade saya seperti sebarau, tengas, blackbass, toman, begahak, peacock bass, siakap, kerapu, MJ, barracuda dan pelbagai lagi.
Sesetengah bekas lombong turut didiami oleh ikan-ikan air tawar buruan ramai, namun sukar untuk menjinakkannya.
Tapi ia tidak menjadi suatu yang mustahil jika tahu bagaimana untuk menghasilkan umpan yang tepat. Berikut merupakan perkongsian terbaik untuk menjerat jelawat liar.
Bahan-bahan keperluan
Cara Menyediakan Umpan
LANGKAH 1
Masukkan kelapa parut goreng ke dalam bekas bancuhan.
LANGKAH 2
Campurkan telur goreng hancur sedikit demi sedikit sambil digaul bersama kelapa parut. Kemudian gaul kedua-dua bahan itu sehingga betul-betul sebati. Selepas itu masukkan pula tepung gandum dan digaul sehingga menjadi doh yang sesuai.
LANGKAH 3
Masukkan minyak belangkas kira-kira 5-8 penutup.Uli adunan tersebut sehingga meresap bersama minyak belangkas.Sebaiknya uli adunan itu sehingga menjadi doh yang boleh dikepal dan tidak pecah.
LANGKAH 4
Guna spring dua mata dan kepalkan adunan pada mata kail dan juga spring.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...