
Cara-Cara Penyediaannya:
Langkah 1
Masukkan sebungkus dedak bomb 286 ke dalam bekas bancuhan.
Langkah 2
Masukkan pula dedak bomb ikan & udang.
Langkah 3
Masukkan anggaran segenggam serbuk matsumoto perisa cacing tanah.
Langkah 4
Masukkan kira-kira 10 picit umpan 3d perisa cacing tanah.
Langkah 5
Bancuhan campuran bahan itu sehingga sebati kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.
Langkah 6
Teknik penggunaan feeder bagi menggantikan spring yang biasa digunakan.
Langkah 7
Masukkan palet ke dalam getah atau pellet bends.
Langkah 8
Titikkan setitis umpan 3d perisa cacing tanah pada palet.
Langkah 9
Kepalkan dedak yang siap dibancuh pada feeder.
Langkah 10
Kepalkan sekali palet pada pellet bends bersama dedak dan ia siap untuk dilontar ke lubuk baung.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Cara Setting Umpan Patin Terbang

Bagi penggemar pancingan kolam air tawar terutamanya pancingan patin, pasti sudah terbiasa dengan istilah umpan kongkang. Sifat utama umpan kongkang berbau dan berlemak.
Lazimnya ia diperbuat daripada usus ayam. Namun ia juga boleh diperbuat daripada kacang soya. Kelebihannya ia tidak berbau busuk seperti kongkong perut ayam, sebaliknya hanya berbau masam dan berlemak. Dan ia menepati selera ikan patin yang menggemari makanan yang berbau masam dan berlemak.
Setting Pelet Umpan Terbang Soya Kongkang
Pelet 920 (2cm) 2kg
Umpan Terbang Soya Kongkang
Air soya 1 liter
Santan Kara 400ml
Esen Nenas 1 botol
Kelapa parut 1/2 biji
Cara Bancuh & Cara Seting
Langkah 1
Sediakan satu bekas bekas atau jug sebagai tempat bancuhan umpan
Langkah 2
Masukkan 1 botol Umpan Terbang Soya Kongkang (150ml)
Langkah 3
Kemudian masukkan pula 1 botol esen nenas.
Langkah 4
Masukkan 1 kotak Air Soya dan Santan Kara (400ml)
Langkah 5
Gaul bahan-bahan tersebut sehingga sebati
Langkah 6
Tuang ke dalam pallet dan gaul sehingga pallet kering (meresap sepenuhnya)
Langkah 7
Masukkan kelapa parut gaul rata.
Langkah 8
Peram 3 hingga 4 hari… dan ia sudah boleh digunakan.
10 Keajaiban Tuna Sirip Biru!!

Sebagaimana ikan tuna yang lain, kelompok ikan bluefin tuna atau tuna sirip biru merupakan sebahagian daripada keluarga ikan mackerel.
Selama bertahun-tahun, ikan tuna sirip biru telah ditangkap secara meluas yang menyebabkan tangkapan berlebihan yang menjejaskan populasinya.
Tapi apakah kehebatan atau kelebihan tuna sirip biru ini sebenarnya?
- Membesar bagai monster
Anda boleh bayangkan sendiri tahap kegergasiannya. Spesies dewasa biasanya mampu mencapai 3 meter panjang, tetapi boleh mencapai 4 meter, menyaksikan ikan Atlantic
bluefin tuna tersenarai sebagai salah satu `ikan bertulang’ (bony fish) terbesar dan yang terbesar dari semua spesies tuna. Berat purata spesimen dewasa dari 130 hingga 679 kg.
Walau bagaimana spesimen melebihi dari julat berat badan lebih tinggi amat jarang ditemui pada masa kini.
- Pecutan Turbo
Tuna sirip biru biasanya berenang pada kelajuan antara 7 dan 15km per jam, tetapi apabila mengejar mangsa atau untuk mengelakkan pemangsa, mereka boleh berenang sehingga
71 hingga 100 km per jam. Ketika bertarung dengan pemancing, tuna sirip biru melakukan aktivit otot yang sangat tinggi sehingga mampu memasak dagingnya sendiri.
Pergerakan sirip ekornya amat pantas sehingga 30 kali sesaat!
- Nafsu besar
Tuna sirip biru mampu mencapai saiznya yang besar dengan dengan membaham hampir apa saja ikan yang lebih kecil, belut, krustasia dan sotong.
Mereka juga akan menapis makanan pada zooplankton dan organisme kecil lain dan juga telah diperhatikan makan kelp (rumpai laut).
Tuna terbesar yang pernah direkodkan ialah Atlantic bluefin tuna yang ditangkap di Nova Scotia yang beratnya 679kg.
- Penyamaran hebat
Atlantik bluefin tuna adalah salah satu ikan yang terbesar, paling pantas dan paling hebat dari semua ikan di dunia. Dengan badan berbentuk torpedo, ia dibina untuk kelajuan dan ketahanan.
Ditambah lagi dengan warna badan iaitu biru metalik di atas dan berkilauan perak putih di bahagian bawah, membantu penyamaran mereka dari atas dan bawah untuk menghambat pemangsa.
- Ancaman kepupusan
Disebalik kehebatannya itu, malang sekali populasi tuna sirip biru telah menjadi terlalu teruk akibat tangkapan melampau.
Atas sebab itu komuniti Marine Conservation Society melahirkan kebimbangan dan menasihatkan agar pemburuan kesemua spesies tuna sirip biru untuk makanan dihentikan demi kelestariannya di lautan.
- Jutaan telur
Ikan tuna sirip biru bertelur hanya sekali setahun dan tidak mencapai kematangan reproduktif sehingga berusia lapan hingga 12 tahun.
Ini menjadikan tuna sirip biru lebih terdedah kepada penangkapan ikan yang berlebihan daripada beberapa spesies tuna yang lebih kecil yang dapat menimbulkan beberapa kali dalam setahun.
Tuna sirip biru Atlantik betina boleh menghasilkan sehingga 10 juta telur setiap tahun, tetapi hanya sebahagian kecilnya bertahan hingga dewasa.
- Kelainan genus
Terdapat lapan spesies tuna dan empat daripadanya adalah sebahagian daripada famili tuna sirip biru (Atlantic bluefin atau northern bluefin, southern bluefin, Pasific bluefin dan longtail).
Empat spesies lain adalah albacore, bigeye, blackfin dan yellowfin tuna.
- Aerodinamik
Tuna sirip biru dibina seperti torpedo. Bukan sahaja mereka mempunyai bentuk hidrodinamik, sirip pektoral mereka boleh ditarik balik dan, tidak seperti ikan lain, mata
mereka ditala ke badan mereka. Ini bermakna badan mereka mampu mengurangkan daya seretan apabila mereka berenang melalui air.
- Nilai tinggi
Nilainya tak terkira! Pada Januari 2017 lalu, seekor ikan tuna sirip biru seberat hampir 200 kilogram telah menjadi rebutan berpuluh-puluh pengusaha restoran termasuk individu bergelar jutawan untuk membeli ikan tersebut dengan harga yang tinggi.
Namun, ikan tuna itu akhirnya menjadi milik seorang pengusaha restoran sushi terkemuka di Jepun apabila berjaya membida harga ikan tuna sirip biru itu dengan harga 74.2 juta Yen sekali gus menjadi ikan paling mahal di dunia.
- Enam deria
Bluefin mempunyai banyak deria arah. Mereka boleh menggunakan pineal window mereka untuk mengikuti isyarat matahari dan langit.
Mereka memanfaatkan deria visual, pencium dan elektromagnetik mereka untuk terus berjalan atau mengikuti mangsa.
Selain itu, mereka adalah thermotactic (pergerakan organisma ke arah atau jauh dari sumber haba).
Ujian Umpan Pelet

Sekiranya tiada pertandingan memancing atau urusan lain pada hujung minggu, saya akan penuhkan cuti pada hujung minggu tersebut dengan mengadakan ujian umpan.
Sama ada berseorangan atau bersama kawan, saya akan pergi ke mana-mana kolam pancing, sungai, tasik atau lombong untuk menguji umpan yang saya adun sendiri atau mengubahsuai campuran umpan yang biasa digunakan.
Untuk kali ini saya cuba menguji campuran beberapa jenis umpan pemberian rakan pemancing seperti umpan Patin Jitra, perisa pandan kelapa Original dan beberapa bahan lain untuk digunakan bersama pelet atau dedak biji.
Setelah mencampurkan kesemua bahan dengan sukatan tertentu, bagi mengepal pelet yang sudah sebati dengan umpan pada mata kail, saya gunakan pam silikon yang diubai untuk kegunaan memancing yang lebih dikenali sebagai ‘dedak pam’.
Selain nak menguji tahap keberkesan umpan, saya juga nak uji kesesuaian pallet dengan penggunaan dedak pam.
Dan untuk menguji kesemuanya ini saya ke Rantau Eco Park yang terdapat kolam pancing dan lombong panjang yang digunakan untuk pertandingan memancing.
Fasa pertama yang diuji adalah tahap keliatan pelet yang telah dipam. Pelet tidak boleh terlalu liat dan tidak boleh juga terlalu berderai.
Oleh itu kandungan air yang digunakan perlu disukat dengan tepat. Setelah beberapa kepalan dan balingan barulah dapat sukatan yang tepat.
Barulah ada pelet yang terlekat pada mata kail disambar ikan. Bila ada ikan yang makan bermakna umpan yang diuji sudah lulus.
Mungkin disebabkan lokasi ujian umpan ini didominasi oleh tilapia dan beberapa jenis ikan lain yang terlebih dahulu mengambil umpan, maka ikan sasaran iaitu patin gagal diperoleh.
Walau pun gagal memperoleh patin, sesi ujian umpan yang saya namakan pelet pam ini bolehlah dianggap sebagai sukses.
Ia akan saya gunakan di lain lokasi untuk mencari sasaran sebenar iaitu patin. Apabila ia berjaya mendaratkan patin maka barulah umpan ini boleh diguna pakai untuk menyertai pertandingan memancing.