Pegang bahagian tengah perambut sepanjang 60 cm (atau sepanjang mana yang dikehendaki) dan buat satu lingkaran penuh.
(Ini merupakan cara menghasilkan drooper loop. Atau boleh lakukan cara yang anda sudah biasa buat dropper loop).
Langkah 2
Lakukan silangan antara dua tali.
Langkah 3
Lakukan silangan tali sekurang-kurangnya 10 kali pintalan.
Ads
Langkah 4
Masukkan tali yang melengkung bulat ke bahagian tengah pintalan yang dihasilkan tadi. Tali perlu dimasukkan agak banyak bagi membolehkan batu ladung dimasukkan nanti.
Langkah 5
Tarik perlahan-lahan kedua-dua bahagian tali sambil membentulkan simpulan yang terbentuk dan pastikan lingkaran di tengah pintalan tidak terlucut keluar.
Ads
Langkah 6
Tarik dengan kuat sehingga simpulan menjadi ketat dan rapat.
Langkah 7
Seterusnya ikat mata kail pada kedua-dua hujung bahagian tali perambut (anda boleh buat apa saja ikatan yang anda suka)
Ads
Langkah 8
Masukkan lingkaran bulat pada bahagian tengah perambut ke dalam lubang batu ladung hidup dan kemudian bolehlah disambung terus pada set pancing.
(Video Tutorial penuh)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sekali imbas, Channa lucius ini hampir menyamai atau sinonim dengan spesies Channa siamensis. Ia merupakan spesies Asia Tenggara, yang direkodkan dari beberapa negara, termasuk China selatan.
Taburan spesies Asia tenggara ini melibatkan Indonesia (tenggara Sumatera Barat, Jawa, Mahakam dan Kayan lembah Kalimantan Timur, dan lembangan Kapuas Kalimantan Barat), Malaysia (Sarawak, Sabah, serta Semenanjung Malaysia), Laos, Thailand, dan dari selatan China. Dan ia merupakan spesies ikan natif negara Kemboja, Indonesia,Laos, Malaysia, Thailand dan Vietnam.
Melihat pada aspek morfologi, ikan bujuk merupakan spesies yang menarik. Ia mudah dikenal pasti oleh deretan tompok gelap sepanjang sisi badan. Ikan bujuk memiliki 37 hingga 41 filamen lembut pada sirip dorsal dan 25 hingga 30 filamen lembut pada sirip anal.
Ketika juvenil, bujuk memiliki dua unit jalur hitam tebal daripada bahagian kepala ke tengah bahagian sirip kaudal. Satu di bahagian atas dan satu di bahagian bawah. Namun jalur hitam ini akan beransur-ansur memecah menjadi beberapa (5 hingga 9) bintik atau tompok hitam mengikut peningkatan usia.
Ikan bujuk boleh ditemui atau berhabitat di sistem sungai berarus perlahan atau hampir tiada arus, tasik, kolam dan paya. Lazimnya ia lebih mudah ditemui di sistem perairan berdekatan hutan atau ladang-ladang (suhu air 20 hingga 30 darjah celcius, PH air 5.0 hingga 7.5).
Justeru itu ia dinamakan sebagai forest snakehead. Lazimnya bujuk akan menjadikan kawasan yang mempunyai banyak tumbuhan akuatik, serta tumbuh-tumbuhan berkayu yang terendam sebagai habitatnya.
Sebagaimana keluarga Channa lainnya, bujuk mempunyai alat pernafasan tambahan dalam bentuk ruang suprabranchial berpasangan yang terletak di belakang dan di atas insang, walaupun ini bukan labyrinthic tetapi dilapisi epitel pernafasan.
Bilik-bilik atau organ-organ ini membolehkan bujuk menghirup udara atmosfera dan bertahan dalam keadaan hipoksik atau keluar dari air untuk tempoh masa yang agak lama, dan di dalam akuarium mereka sering dilihat naik ke permukaan untuk mengambil udara.
Sebagai ikan pemangsa, bujuk menjadikan ikan yang lebih kecil, udang, dan ketam sebagai diet utamanya. Selain itu, ikan yang mampu membesar sehingga 40 cm juga merupakan haiwan bermigrasi penuh. Ia membina sarang untuk pasangannya bertelur dan kekal bersama pasangannya menjaga telur dan larva.
Dalam sektor penggunaan dan perdagangan, spesies ini dianggap sebagai ikan makanan ketiga paling berharga di Asia tenggara, dan dikatakan harganya mencapai 10 hingga 20 USD per kilogram bagi spesies hidup atau segar.
Begitu juga dengan saudaranya C. micropeltes dan C. striata (ikan toman dan haruan) yang lebih popular di pasaran. Selain itu ia juga dijual dalam perdagangan ikan akuarium terutamanya di Singapura dan Kemboja.
Begitu pun ikan bujuk tidak terlepas daripada ancaman kepupusan berikutan banyak sungai dan sistem perairan yang terjejas oleh pencemaran (pertanian, bandar dan industri), serta degradasi habitat yang timbul daripada pembangunan bandar dan pemendapan. Namun impak spesifik kepada spesies ini masih tidak diketahui.
Tentu sekali korang akan berasa pelik melihat foto ikan tapah yang wujud di Sungai Labuk dalam daerah Beluran, Sabah ini. Corak badannya ternyata amat berbeza dengan tapah yang terdapat di Semenanjung atau Sarawak yang ada jalur kekuningan, tetapi corak badan ikan tawi ini bertompok-tompok (blotches) macam peta dunia. Ada juga sifat-sifat lain yang membezakannya seperti pada bahagian mulutnya.
Apabila dirujuk dalam buku The Freshwater Fishes Of North Borneo (antara satu-satunya buku lengkap tentang ikan air tawar di utara Borneo yang diterbitkan pada tahun 1962 oleh Robert F. Inger dan Chin Pui Kong) spesies ini bernama saintifik Wallago maculatus nyata amat berlainan dengan tapah biasa atau Wallago attu.
Tambah menarik lagi apabila spesies ini disahkan oleh laman sesawang FishBase, hanya wujud di Sabah (Borneo utara). Bermakna ia tidak dijumpai di mana-mana tempat di Asia.
Tidak seperti tapah biasa yang populasinya bertaburan di merata sungai di India, Pakistan, Afghanistan, sehingga ke Vietnam dan Indonesia.
Khabarnya ikan tawi atau Wallago maculatus yang hidup di Lembangan Sungai Kinabatangan di Sandakan adalah lebih tinggi populasinya dan padu saiznya.
Di sini kami jelaskan kenapa lampam menyambar gewang sedangkan ia bukanlah spesies pemangsa seperti sebarau, peacock bass mahupun toman.
Berdasarkan pengkelasan ilmiah, ikan lampam tergolong dalam haiwan omnivor yang memakan variasi makanan dari sumber tumbuhan dan juga haiwan. Sumber haiwan yang dimakan oleh ikan omnivor ini lazimnya dari jenis ikan dan juga serangga.
Sebagaimana ikan temoleh dan kelah (juga omnivor), ikan lampam juga tergolong dalam keluarga ikan kap (carp fish). Tetapi pernah tak anda dengar ikan temoleh menyambar gewang. Saya sendiri hampir belum pernah mendengarnya.
Bagaimana pula dengan kelah? Adakah ikan menyambar gewang? Iya, memang benar. Saya sendiri pernah memperoleh kelah dengan menggunakan gewang sesudu dan juga gewang replika ikan. Jadi, ada kemungkinan atau tidak ikan lampam menyambar gewang?
Sebagaimana ikan kelah atau tengas, kejadian ikan lampam menyambar gewang bukanlah satu insiden kebetulan semata-mata.
Namun kita tidak boleh untuk menetapkan bahawa semua ikan lampam, tengas atau kelah akan menyambar gewang. Ini kerana mereka bukanlah tergolong dalam haiwan karnivor seperti mana keluarga ikan snakehead atau sebarau.
Apa yang menyebabkan ikan lampam menyambar gewang lebih kepada tabiat pemakanan dan habitat. Saya percaya ikan lampam yang menyambar gewang adalah ikan lampam yang hidup liar contohnya di sungai atau di habitat yang sumber makanannya amat terhad.
Dan ada kemungkinan juga ia menyangka gewang tersebut adalah sumber makanan yang hanyut bersama daunan atau sampah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...