Pegang bahagian tengah perambut sepanjang 60 cm (atau sepanjang mana yang dikehendaki) dan buat satu lingkaran penuh.
(Ini merupakan cara menghasilkan drooper loop. Atau boleh lakukan cara yang anda sudah biasa buat dropper loop).
Langkah 2
Lakukan silangan antara dua tali.
Langkah 3
Lakukan silangan tali sekurang-kurangnya 10 kali pintalan.
Ads
Langkah 4
Masukkan tali yang melengkung bulat ke bahagian tengah pintalan yang dihasilkan tadi. Tali perlu dimasukkan agak banyak bagi membolehkan batu ladung dimasukkan nanti.
Langkah 5
Tarik perlahan-lahan kedua-dua bahagian tali sambil membentulkan simpulan yang terbentuk dan pastikan lingkaran di tengah pintalan tidak terlucut keluar.
Ads
Langkah 6
Tarik dengan kuat sehingga simpulan menjadi ketat dan rapat.
Langkah 7
Seterusnya ikat mata kail pada kedua-dua hujung bahagian tali perambut (anda boleh buat apa saja ikatan yang anda suka)
Ads
Langkah 8
Masukkan lingkaran bulat pada bahagian tengah perambut ke dalam lubang batu ladung hidup dan kemudian bolehlah disambung terus pada set pancing.
(Video Tutorial penuh)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan blobfish biasanya tidak mampu mencapai panjang melebihi 30 cm (12 inci). Mereka hidup di kedalaman antara 600 hingga 1,200 meter di mana tekanannya adalah 60 hingga 120 kali ganda di paras laut, yang mungkin akan menjadikan pundi renangnya tidak berfungsi untuk mengekalkan keapungan.
Bentuk fizikal daging ikan ini amat berbeza dengan ikan lain kerana ia terdiri jisim gelatin di mana ketumpatan sedikit kurang daripada air. Perkara ini membolehkan ikan ini terapung di atas dasar laut tanpa mengeluarkan tenaga pada berenang.
Kekurangan relatifnya otot tidak merugikan kerana ia menelan bahan yang boleh dimakan yang mengapung di depannya seperti krutesia laut dalam.
Ikan yang pernah dinamakan sebagai ikan paling hodoh dan berwajah sedih di dunia, sememangnya memiliki reputasi sebagai haiwan yang sentiasa kelihatan sedih.
Kini, ekspresinya selari dengan nasib dirinya kerana saintis memberi amaran tindakan nelayan menggunakan pukat tunda di habitatnya di tenggara Australia bakal menyebabkan spesies ikan ini pupus.
Lebih menyedihkan, ikan ini tidak boleh dimakan tapi malang baginya kerana menetap di kawasan sama dalam dengan spesies idaman manusia, seperti ketam dan udang kara.
Pakar laut dalam, Professor Callum Roberts dari Universiti York menyatakan, ikan ini berdepan pelbagai sekatan untuk hidup di sebarang kedalaman.
Roberts, penulis buku The Unnatural History of the Sea menerangkan, ikan itu mudah terperangkap di dalam pukat nelayan dan habitatnya hanya terhad di kawasan terbabit.
“Nelayan laut dalam Australia dan New Zealand antara paling aktif di dunia dan bagi ikan blobfish, kedalaman habitat semulajadi amat berbahaya buat dirinya.
“Hakikatnya, pukat tunda bukan saja memusnahkan habitat blobfish tapi semua jenis habitat semulaja di lautan.
“Meskipun ada juga kawasan menjadi kawasan perlindungan di Laut Selatan, ia wujud bagi melindungi karangan laut, bukan blobfish.
“Sebelum ini, perikanan dilaksana secara keterlaluan pada kedalaman 200 meter dan kini ia beralih pula pada kedalaman ribuan meter.
“Pada 2006, pencinta alam semulajadi hampir-hampir berjaya memperoleh persetujuan terhadap penggunaan pukat tunda di laut dalam.
“Namun, Iceland menolaknya dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terpaksa bertanggungjawab melindungi spesies laut dalam.
“Jika dikaji luas kawasan laut dalam yang sudah dikaji, ia hanya sebesar Paris. Kawasan lain masih belum dikaji tapi ia mungkin sudah musnah,” katanya. — (Sumber : Harian Metro)
Saya percaya pasti ramai pemancing mengenali ikan bulan atau tarpon. Ikan tarpon adalah spesies ikan yang menghirup udara dalam famili Megalopidae dan hanya dua spesies dalam genus Megallops iaitu Megalops atlanticus dan Megalops cyprinoides.
Spesies Megalops atlanticus atau nama umumnya Atlantic tarpon boleh ditemui di pantai barat Atlantik dari Virginia ke Brazil, di seluruh pantai Teluk Mexico, dan di seluruh Caribbean. Ia juga dijumpai di sepanjang pantai timur Atlantik dari Senegal ke Angola Selatan.
Sementara spesies Megalops cyprinoides atau nama umumnya Indo-Pacific tarpon pula boleh didapati di sepanjang pantai timur Afrika, di seluruh Asia Tenggara, Jepun, Tahiti, dan Australia. Kedua-dua spesies ini terdapat di kedua-dua habitat air masin dan air tawar namun apa yang membezakan hanyalah saiz.
Atlantic tarpon merupakan spesies ikan besar manakala Indo-Pacific tarpon pula adalah spesies sederhana besar. Spesies dengan nama binomial Megalops cyprinoides atau nama umumnya Indo-Pacific tarpon yang turut digelar herring atau oxeye yang terdapat di Malaysia lebih dikenali sebagai ikan bulan.
Daripada aspek morfologi, ikan bulan memiliki warna hijau zaitun di bahagian atas dan perak di sisi badan. Memiliki mulut yang besar dan bukaan luas, rahang bawah mengandungi plat nipis dan keras yang memanjang. Filamen terakhir sirip dorsalnya lebih panjang daripada sirip-sirip lain yang mencapai hampir ke ekor.
Ikan bulan mampu mengisi pundi renang atau swim bladder dengan udara dan menyerap oksigen daripadanya. Spesimen yang tinggal di air tawar cenderung lebih kecil daripada spesimen yang tinggal di air masin atau laut.
Lazimnya spesimen di air tawar mampu membesar panjang sekitar 50 cm manakala contoh yang direkodkan di air masin mampu membesar melebihi satu meter. Namun mereka mampu hidup sehingga 44 tahun dan akan mencapai tempoh matang dalam masa dua tahun.
Dari sudut diet pemakanan, ikan bulan merupakan spesies yang oportunis. Sama ada spesimen di air tawar atau air masin tiada perbezaan yang signifikan dalam tabiat pemakanan mereka. Mereka memakan ikan-ikan kecil, krustasea, dan juga tumbuhan akuatik yang unik.
Tarpon Indo-Pasifik bermigrasi di antara laut terbuka dan sungai pedalaman. Seperti semua spesies dalam order Elopiformes, ia membiak terutamanya di luar pesisir. Spesies juvenil akan tinggal di estuari dan berhijrah ke kawasan pesisir sementara matang untuk bertelur. Biasanya, mereka bertelur dua kali setahun.
Berbeza dengan ikan siakap atau barramundi, ikan bulan mampu membiak sama ada di air masin mahupun air tawar. Spesies Megalops cyprinoides boleh ditemui di perairan sehingga kedalaman 50 meter tetapi biasanya lebih mudah ditemui di permukaan perairan cetek. Mereka mendiami terumbu karang, bakau, rawa, sungai, tasik, takungan, dataran banjir, dan terusan.
Dalam aspek perdagangan dan penggunaan ikan bulan bukanlah spesies yang bernilai tinggi di pasaran malah hampir tidak dikomersialkan. Justeru ia tidak tergolong dalam ancaman kepupusan.
Pemancing di Malaysia sering dimomokkan dengan cerita sang tapah membaham monyet, anjing, kucing dan sebagainya. Ironinya, spesies ini memang antara spesies yang misteri malah di Perak, terdapat mitos mengatakan yang sesetengah keturunan tidak boleh memakan atau membunuh ikan tapah ini. Namun, kombinasi kekuatan, misteri dan mitos ini menjadikan tapah antara spesies legenda di Malaysia.
Dalam kebanyakan laporan, ikan tapah atau nama saintifiknya iaitu Wallago attu sememangnya pemburu hendap yang sangat kuat. Wallago attu merupakan spesies catfish atau ikan bermisai seperti keli dan baung. Ikan tapah mampu membesar sehingga 6 kaki panjang. Bayangkan saiznya yang hampir sebesar manusia malah ada kes spesies ini ditemui lebih besar daripada manusia.
TABURAN SPESIES
Ikan tapah boleh ditemui di sungai-sungai dan tasik di Asia. Tapah merupakan penghuni dasar atau demersal dan gemarkan kawasan yang dalam. Pun begitu, terdapat juga tapah yang saiznya lebih kecil mendiami sungai berarus dan kawasan berbatu.
Antara taburan tapah di Asia termasuklah Pakistan, India, Sri Lanka, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Vietnam, Kemboja, Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Indonesia. Di Malaysia, ikan tapah cukup popular di negeri Pahang dan Perak sehinggakan terdapat tempat yang dipanggil Tapah di Perak.
BIOLOGI
Secara biologi, ikan tapah biasanya mendiami sungai yang besar dan tasik yang luas serta dalam. Tapah merupakan pemburu hendap dan pemangsa yang sangat kuat serta ganas ketika memburu. Biasanya ikan tapah akan bersembunyi di dasar badan air dan akan menyerang mangsanya dengan rakus.
Ketika di dasar, ikan tapah akan memilih kawasan atau lubuk yang berbatu atau berlumpur yang dalam, tidak berarus tau berarus perlahan. Ikan tapah mampu berada di dasar dalam tempoh masa yang agak lama dan menjadikan ikan kecil dan organisma dasar sebagai diet utamanya. Antara diet utamanya ialah serangga, ikan yang lebih kecil, krustasia dan moluska.
Ikan tapah biasanya aktif pada musim panas dan selalunya membiak atau bersenyawa ketika awal monsun. Jika di Sungai Mekong, ikan tapah dilaporkan akan bergerak ke sungai kecil dan terusan ketika waktu hujan. Setelah itu, spesies ini akan kembali ke sungai utama ketika musim panas dan akan mencari lubuk yang dalam sebagai tempat persembunyian.
Ketika musim mengawan inilah biasanya nelayan menjadikan jangka masa ini sebagai masa yang sesuai untuk menangkap spesies tapah. Tapah yang baru melepaskan telur akan aktif sewaktu kembali ke sungai-sungai besar. Terdapat pendapat mengatakan, kaum Iban di Sarawak biasa menangkap ikan tapah pada waktu ini dengan tangkapan yang mampu mencecah sehingga 50kg.
Ikan tapah mempunyai mulut yang luas dan sepasang rahang yang sangat kuat untuk memburu. Dengan kombinasi kekuatan rahang dan gigi konikal, spesies ini memang menjadi antara pemangsa yang sangat digeruni.
MORFOLOGI
Bentuk badan ikan tapah agak panjang dan mempunyai tubuh yang padat. Ikan ini boleh membesar sehingga 2.4 meter panjang. Kepalanya lebar dan menirus ke bawah seperti keli, dengan mulut yang besar. Bukaan mulutnya menjangkau hingga ke belakang matanya.
Gigi ikan ini amat tajam namun tidak bertaring sebaliknya mempunyai set gigi kecil yang banyak. Mata ikan tapah kecil dan terletak di sisi kepalanya. Ikan Tapah mempunyai dua pasang duri, dengan sirip dorsal yang kecil dan sirip kaudal yang amat kuat untuk henjutan kekuatan.
ANCAMAN POPULASI
Eksploitasi tanpa kawalan terutama dalam penangkapan ikan ini secara berlebihan membuatkan populasi ikan ini telah menurun sejak kebelakangan ini. Selain tangkapan berlebihan, kemusnahan habitat dan ekosistem alam juga menjurus ke arah penurunan populasi spesies ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...