Teknologi pembuatan enjin sangkut dan juga pengangkutan laut telah menemui satu cara di mana satu alat yang diberi nama anod yang berfungsi menyerap hakisan pada badan enjin atau kapal dengan mengorbankan alat ini.
Bagi sebuah enjin sangkut ia dilekatkan menggunakan skru di bahagian bawah sirip bagi menyerap kadar hakisan di bahagian enjin bot. Saiznya adalah mengikut enjin sangkut dan juga alat ini dilekatkan pada badan kapal-kapal besar bagi mengurangkan hakisan pada seluruh badan kapal.
alaupun ia kecil namun peranannya sangat besar dan mampu memberi ketahanan yang lebih lama sesuatu besi yang terdedah kepada air laut. Bagi enjin sangkut yang menggunakan starter terdapat arus elektrik yang mampu membuang plak dari air masin agar tidak melekat pada bahagian enjin dan terus menghakis badan enjin.
Harganya mengikut saiz enjin dan hanya perlu diganti apabila alat tersebut menjadi kecil atau pecah. Ia terdapat di pengedar enjin sangkut atau bengkel membaiki enjin. Anod ini lebih cepat teroksida semasa enjin digunakan di kawasan air payau dan air masin.
Drop shot adalah satu teknik ikatan perambut mata kail yang dihasilkan dengan kaedah simpulan dropper loop.
Drop shot ini lazimnya digunakan bagi pancingan menggunakan gewang tiruan soft plastic. Soft plastic akan dilekatkan pada mata kail dan dimainkan bagi memancing ikan bass.
Di negara kita, ia sesuai untuk memancing ikan raja atau peacock bass.
Langkah 1
Masukkan tali perambut ke dalam cincin mata kail. Pastikan kedudukan mata kail itu berada di tengah perambut.
Kemudian silangkan hujung perambut dan mata kail kelihatan berada di dalam satu lingkaran.
Langkah 2
Masukkan hujung perambut ke dalam lingkaran satu persatu. Setelah masukkan hujung perambut di tangan kiri, masukkan pula hujung perambut di tangan kanan.
Langkah 3
Untuk memudahkan pintalan, anda boleh melakukan dengan pusingan jari atau masukkan pen di ruang tengah pintalan.
Langkah 4
Buat pintalan sekurang-kurangnya sepuluh lilitan sehingga ruang tengah pintalan menjadi kecil.
Pastikan ruang ini tidak terlepas pegang kerana pintalan akan terlerai atau sukar untuk mencari titik tengah pintalan.
Langkah 5
Pegang kedua-dua bahagian hujung pintalan dan masukkan mata kail sepenuhnya ke ruangan tengah pintalan.
Langkah 6
Tarik kedua-dua bahagian hujung simpulan dan pastikan mata kail tidak terkeluar dari ruang tengah tersebut.
Langkah 7
Sebaiknya basahkan dulu pintalan ini sebelum menariknya sehingga ketat. Dalam masa sama pastikan simpulan terbentuk dengan kemas tanpa bertindih.
Kemudian barulah mengetatkannya sekuat mungkin.
Langkah 8
Ikatan drop shot yang siap untuk dipasangkan soft plastic.
Ikatan ini sesuai untuk menyambung perambut nylon atau tali sulam dengan mata kail atau kili atau juga gewang yang memiliki cincin. Satu ikatan yang mudah namun memiliki tahap kekuatan dan ketahanan yang padu.
Langkah 1
Masukkan tali perambut melalui lubang cincin.
Langkah 2
Masukkan sekali lagi tali ke dalam lubang cincin tersebut.
Langkah 3
Tarik hujung tali kira-kira sejengkal dan lingkarkan kembali ke arah cincin.
Langkah 4
Tindan hujung tali ke atas tali yang dirapatkan keduanya.
Langkah 5
Lilitkan hujung tali tersebut kepada kedua-dua tali yang dirapatkan.
Langkah 6
Buatkan lilitan kira-kira 4 hingga 7 kali.
Langkah 7
Tarik hujung tali sambil memegang lilitan sehingga terbentuk simpulan.
Langkah 8
Tarik tali utama sehingga simpulan terikat kemas pada cincin dan potong lebihan hujung tali.
Video tutorial
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...