Drop shot adalah satu teknik ikatan perambut mata kail yang dihasilkan dengan kaedah simpulan dropper loop.
Drop shot ini lazimnya digunakan bagi pancingan menggunakan gewang tiruan soft plastic. Soft plastic akan dilekatkan pada mata kail dan dimainkan bagi memancing ikan bass.
Di negara kita, ia sesuai untuk memancing ikan raja atau peacock bass.
Langkah 1
Masukkan tali perambut ke dalam cincin mata kail. Pastikan kedudukan mata kail itu berada di tengah perambut.
Kemudian silangkan hujung perambut dan mata kail kelihatan berada di dalam satu lingkaran.
Langkah 2
Masukkan hujung perambut ke dalam lingkaran satu persatu. Setelah masukkan hujung perambut di tangan kiri, masukkan pula hujung perambut di tangan kanan.
Langkah 3
Ads
Untuk memudahkan pintalan, anda boleh melakukan dengan pusingan jari atau masukkan pen di ruang tengah pintalan.
Langkah 4
Buat pintalan sekurang-kurangnya sepuluh lilitan sehingga ruang tengah pintalan menjadi kecil.
Pastikan ruang ini tidak terlepas pegang kerana pintalan akan terlerai atau sukar untuk mencari titik tengah pintalan.
Langkah 5
Ads
Pegang kedua-dua bahagian hujung pintalan dan masukkan mata kail sepenuhnya ke ruangan tengah pintalan.
Langkah 6
Tarik kedua-dua bahagian hujung simpulan dan pastikan mata kail tidak terkeluar dari ruang tengah tersebut.
Langkah 7
Sebaiknya basahkan dulu pintalan ini sebelum menariknya sehingga ketat. Dalam masa sama pastikan simpulan terbentuk dengan kemas tanpa bertindih.
Ads
Kemudian barulah mengetatkannya sekuat mungkin.
Langkah 8
Ikatan drop shot yang siap untuk dipasangkan soft plastic.
Ikan sebarau memiliki sifat pemangsa atau pemburu. Spesies ini sering menerkam mangsa secara tiba-tiba selain gemar mengejar ikan kecil. Kelajuan renangan menjadikannya suatu kelebihan ketika mengejar mangsa. Selain menghentam mangsa dengan agresif, sebarau juga mampu menggunakan teknik menyedut mangsanya.
Sebarau biasanya bergerak secara berkumpulan dan selalunya dalam setiap kumpulan terdapat seekor sebarau yang dominan bertindak sebagai ketua. Bagi sebarau yang lebih besar, biasanya akan bergerak secara bersendirian atau pun berpasangan. Spesimen yang besar jarang berenang berkumpulan kerana sifat dominannya.
Sebarau merupakan ikan pancingan sukan yang sangat mengujakan. Spesies ini mempunyai sifat seekor pemburu dan sangat agresif. Pemancing yang terjumpa kawanan sebarau sedang memburu mampu menaikkan beberapa ekor spesies ini dalam waktu yang singkat.
Di Malaysia, sebarau atau badong boleh dikatakan ikan pancingan sukan yang paling terkenal dan paling mengujakan. Daya tentangan ikan ini cukup kuat dan boleh dikategorikan antara spesies pemangsa yang terhandal. Kekuatan sebarau boleh dirasakan sejak dari mula spesies ini menghentam gewang sehinggalah sewaktu mendaratkan ikan ini.
Sebarau cukup terkenal bagi penggemar teknik mengilat. Selain gewang tiruan dan sesudu, sebarau juga boleh dipancing menggunakan umpan seperti cacing dan serangga. Lokasi terbaik dan popular memancing sebarau termasuklah tasik-tasik besar, lombong tinggal, kawasan air terjun berjeram serta sungai-sungai pergunungan. Sebarau sering mendiami kawasan seperti ini.
Kawasan yang mempunyai sedikit struktur menambahkan lagi potensi kehadiran sebarau. Dengan struktur seperti batu besar dan kayu, sebarau berpotensi menunggu mangsa di sebalik struktur tersebut. Penggunaan umpan tiruan lebih berpotensi dihentam sebarau jika digayakan di kawasan berstruktur.
Sebarau yang lebih besar atau badong pula sering menghuni kawasan yang lebih dalam dan berstruktur. Sebarau bersaiz 1kg ke atas mampu memberikan tentangan yang mengujakan sehingga ke gigi air atau tepi bot. Kes mata kail standard gewang dan sesudu patah atau bengkok perkara biasa jika terkena sebarau bersaiz besar.
Ada di kalangan kaki pancing awal-awal lagi akan menukar mata kail kepada yang lebih kuat, terutama menjejaki sebarau di kawasan sungai pergunungan.
Kekuatan tentangan serigala air tawar ini sejak awal sehingga ke akhir perlawanan seharusnya mendapat penghormatan oleh pemancing.
Tip dan teknik
Bagi teknik mengilat, penggunaan paling mudah, efektif dan popular ialah penggunaan sesudu. Penggunaan sesudu sangat berkesan untuk digayakan di lokasi yang berair tidak terlalu dalam serta berarus. Bagi lokasi seperti sungai-sungai pergunungan, selalunya penggunaan sesudu tidak mengecewakan. Larian sesudu serta kilauan pada sesudu biasanya akan menarik perhatian spesies ini untuk mengejar dan menghentam sesudu.
Selain itu, penggunaan gewang selaman sama ada selaman sederhana dan selaman dalam turut berkesan menjerat sebarau. Sebarau yang bersaiz lebih besar biasanya mendiami kawasan yang lebih dalam dan penggunaan gewang selaman berkesan menarik perhatian sebarau.
Satu lagi gewang tiruan yang cukup popular ialah gewang permukaan. Saya sendiri menganggap, dalam banyak-banyak gewang, gewang jenis ini paling mengujakan.
Anda sendiri cuba bayangkan, setibanya di satu teluk di awal pagi, ketika itu hujan sedang turun gerimis, gewang pensil di lontar jauh, sebelum dimainkan dengan perlahan.
Sedang mata memerhatikan lenggokan gewang berkenaan, satu deburan kuat kedengaran, serta-merta degupan jantung berkali ganda kuat degupannya. Satu tarikan padu berlaku pada kekili anda dengan tali berdecit muntah keluar sebelum asakan tersebut cuba ditahan dengan kemas.
Tiada yang lebih nikmat melainkan merasai saat pertarungan tersebut. Sama ada ia berpihak kepada ikan atau anda itu terpulang pada skill dan juga peralatan memancing yang anda gunakan.
Beberapa tahun yang kebelakangan ini, kita telah dapati banyak spesies pendatang yang telah memasuki perairan kita.
Kebanyakannya adalah berasal dari aktiviti akuarium atau akuakultur.
Belum ada kajian yang cukup lengkap tentang kesan negatif dari kehadiran spesies-spesies ini, tetapi pada mata kasar pemancing-pemancing dan juga hasil kajian di negara lain, spesies pendatang memang telah menjejaskan habitat dan tumbesaran spesies asli kita.
Ada spesies pendatang yang membiak dengan amat pantas, memakan telur spesies ikan Malaysia dan juga merosakkan habitat air.
Kesannya, ada ikan tempatan yang terbantut saiznya dan semakin berkurangan.
Kita tidak boleh menunggu hingga kajian lengkap dibuat mengenai isu ini. Kita perlu bertindak sekarang juga.
Jika anda terpancing spesies pendatang di perairan yang semulajadi (tasik, sungai dan sebagainya), JANGAN LEPASKAN ia balik ke air.
Makanlah atau sedekahkan kepada sesiapa saja yang memerlukannya sebagai makanan.
Amat menyedihkan hari ini apabila melihat ada segelintir pemancing yang pemancing yang begitu megah mengamalkan konsep tangkap & lepas spesies pendatang tetapi pada masa yang sama mempraktikkan tangkap & tapau spesies tempatan.
Antara spesies ikan pendatang
➡ Semua ikan jenis Cichlid: Flower horn, peacock bass, jaguar cichlid, semua jenis tilapia.
➡ Ikan-ikan Kap: Kap rumput, leekoh, kap kepala besar, kap putih, rohu, katla
➡ Ikan Keli: Keli Afrika, keli Rusia, baung ekor merah
➡ Lain-lain spesies: Pacu, lampam jawa, ikan bandaraya, ikan buaya, patin Chaophraya
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...