Sekiranya anda berhajat untuk memancing spesies ikan bergigi tajam seperti tenggiri, barracuda atau toman, maka penggunaan kabel atau perambut dawai adalah satu kemestian. Tutorial berikut merupakan kaedah paling mudah untuk mengikat mata kail dengan menggunakan perambut dawai atau kabel.
Tutorial 1
Masukkan mata kail (melalui cincin arah belakang) pada perambut dawai sepanjang 30cm atau sekaki.
Tutorial 2
Lilit kabel pada teras ke arah mata kail dengan bahagian hujung kabel.
Tutorial 3
Lakukan kira-kira lima hingga tujuh lilitan.
Tutorial 4
Masukkan hujung kabel ke cincin arah hadapan mata kail dan tarik.
Tutorial 5
Jika ingin menggunakan 2 mata kail, ulangi tutorial yang sama dari awal. Untuk menggunakan 3 mata kail pun boleh tetapi pastikan perambut kabel lebih panjang.
Tutorial 6
Untuk menyambut tali perambut pada kabel, lipatkan hujung kabel dan masukkan hujung perambut dari arah bawah.
Tutorial 7
Lilit kedua-dua kabel kira-kira 5-6 kali.
Tutorial 8
Lilit pula ke arah berlawanan 5-6 kali dan masuk hujung perambut ke arah atas simpulan kabel.
Tutorial 9
Tarik dengan kuat kabel dan perambut sehingga lilitan kemas perambut pada kabel terhasil.
Tutorial 10
Potong hujung perambut dan kabel yang berlebihan dan ia telah siap untuk digunakan.
Harrison’s Loop lebih banyak digunakan bagi ikatan gewang namun ia sangat sesuai bagi mengikat mata kail menggunakan umpan hidup, dengan teknik drift atau menghanyut khususnya memburu sang layaran.
Langkah 1
Buatkan satu simpulan biasa kira-kira sejengkal dari hujung perambut. Loop atau gelungan tidak perlu terlalu besar tetapi pastikan tidak menjerutnya.
Langkah 2
Masukkan mata kail menerusi cincinnya ke perambut mendekati simpulan yang dihasilkan.
Langkah 3
Masukkan hujung tali ke dalam simpulan yang dihasilkan tadi.
Langkah 4
Lilitkan hujung perambut sebanyak 3-7 kali pada perambut utama.
Langkah 5
Selitkan hujung perambut pada simpulan pertama yang dihasilkan tadi.
Langkah 6
Basahkan simpulan perambut dan tarik hujung perambut dan mata kail sehingga ketat. Buang hujung perambut yang berlebihan dan simpulan Harrison’s Loop telah siap untuk digunakan.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Buka kesemua bahagian reel tersebut. Sila pastikan semua komponen disimpan dalam satu bekas supaya tidak hilang.
Langkah 2
Kemudian gunakan kertas pasir untuk menggosok semua bahagian badan reel tersebut. Ini bertujuan untuk meratakan bahagian cat asal supaya tidak berlekuk yang akan menjejaskan cat baru. Jangan gosok terlalu kuat sehingga menjejaskan badan reel.
Langkah 3
Kemudian, basuh semua bahagian reel supaya tiada benda benda asing dan minyak melekat pada badan reel tersebut. Kemudian gunakan masking tape untuk menutup bahagian bahagian reel yang dirasakan perlu.
Langkah 4
Kemudian, gunakan penyembur cat Tamiya dan sembur ke semua bahagian badan reel. Semburan pertama nipis sahaja dan biarkan kering sebentar.
Setelah kering periksa semula bahagian badan reel jika terdapat kesan kesan tidak rata atau berlekuk. Jika terdapat kesan tidak rata dan sekata, sila gosok semula bahagian tersebut.
Ulang sehingga hilang kesan. Warna hitam flat ini tidak memerlukan undercoat atau clear, jadi ini akan menjimatkan kos.
Langkah 5
Badan reel yang sudah siap disembur menggunakan penyembur cat jenama Tamiya. Setelah berpuas hati dengan lapisan warna pada reel tersebut, tanggalkan masking tape.
Langkah 6
Kemudian, pasangkan semula semua bahagian bahagian reel tersebut. Boleh juga menggunakan part asal atau part part custom yang boleh didapati di pasaran.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...