IKLAN

 

Langkah 1

Terlebih dahulu anda perlu memotong sepanjang mana kabel yang ingin digunakan. Kemudian masukkan salah satu hujung kabel dalam lubang cincin (dari bahagian atas) kira-kira sama panjang dengan teras mata kail.

 

Langkah 2

Ambil bahagian kabel yang panjang kemudian mulakan lilitan dari arah lubang cincin ke arah hujung mata kail. Lakukan sekurang-kurangnya 5 lilitan.

 

IKLAN

 

Langkah 3

Setelah itu masukkan hujung bahagian kabel yang melilit itu ke dalam lubang cincin melalui arah bawah.

 

IKLAN

Langkah 4

Tarik hujung kabel agar simpulan pada teras mata kail menjadi kemas.  Kemudian bolehlah potong lebihan kabel pada mata kail dan perambut kabel ini boleh disambung dengan perambut mono dengan kaedah ikatan Albright yang telah pun kita pelajari sebelum ini.

 

 

(Video tutorial)

 

 

** Jangan lupa subscribe You Tube Majalah Umpan