Basic knot atau hook knot merupakan ikatan yang menyambungkan mata kail dengan tali pancing.
Ia antara ikatan terawal yang direkacipta tetapi keberkesanan penggunaan terus kekal sehingga hari ini. Ia agak mudah untuk dilakukan walaupun oleh pemancing baru.
Anda boleh menggunakan perambut tangsi mahupun kevlar bagi mengikat mata kail dengan basic knot ini.
Langkah 1
Masukkan hujung tali perambut kira-kira sejengkal melalui lubang cincin mata kail.
Langkah 2
Masukkan kembali hujung tali perambut melalui lubang cincin arah hadapan.
Langkah 3
Loloskan hujung tali ke dalam simpulan yang terhasil.
Langkah 4
Kecilkan simpulan pertama yang terhasil tadi dengan menarik tali perambut utama.
Langkah 5
Mulakan lilitan dengan bahagian hujung tali perambut pada teras mengarah ke mata kail.
Langkah 6
Lakukan 5-7 kali lilitan dan masukkan hujung tali perambut ke dalam simpulan.
Langkah 7
Basahkan lilitan tali perambut dan tarik kedua-dua tali perambut perlahan-lahan.
Langkah 8
Sila pastikan lilitan tersusun kemas kemudian barulah tarik ikatan sehingga kemas. Potong lebihan tali dan ikatan telah siap.
Improved Albright Knot merupakan ikatan bagi menyambungkan tali utama (tali sulam atau braided) dengan perambut kejutan atau shock leader sama ada mono filamen atau fluorocarbon.
Ia satu ikatan yang agak mudah untuk dilakukan tetapi sangat kemas.
Langkah 1
Lingkarkan hujung perambut (floruocarbon) dan pegang keduanya bersama.
Langkah 2
Ambil tali utama (tali sulam) dan masukkan hujungnya melalui bawah lingkaran.
Langkah 3
Panjang tali utama untuk dibuat lilitan sekurang-kurangnya 6 inci dan mulakan lilitan pada lingkaran tersebut
Langkah 4
Buat lilitan 7-10 kali
Langkah 5
Teruskan lilitan dengan melawan arah pula
Langkah 6
Lakukan lilitan dengan jumlah yang sama seperti lilitan tadi
Langkah 7
Masukkan hujung tali utama ke dalam lingkaran dari bahagian atas pula
Langkah 8
Pegang kedua-dua tali dan tarik sehingga ketat. Boleh basahkan lilitan untuk ikatan yang lebih kemas
Langkah 9
Ikatan Improved Albright yang sudah boleh digunakan.
Langkah 10
Sulamkan tali utama dengan mulakan dari bahagian atas dan tarik hingga ketat
Langkah 11
Selangseli pula dengan sulaman dari bahagian bawah
Langkah 12
Setelah terhasil sulaman sekitar 10 kali, matikan simpulan tersebut
Langkah 13
Potong lebihan tali utama dan tali perambut
Langkah 14
Sebaiknya juga bakar hujung tali untuk kemasan yang lebih baik
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...