Shock leader knot adalah satu ikatan untuk menghubungkan perambut (leader) dengan tali utama (tali sulam). Ia adalah satu ikatan yang kuat dan amat sesuai untuk digunakan dalam pancingan teknik dasar (bottom) khususnya pancingan dasar di laut lepas.
Tutorial 1
Buatkan satu simpulan biasa (over hand knot) pada hujung leader (perambut).
Tutorial 2
Masukkan tali utama (tali sulam) ke dalam simpulan pada leader tersebut.
Tutorial 3
Ketatkan simpulan pada leader dengan seketat mungkin.
Ads
Tutorial 4
Biarkan satu loop (lingkaran) sebelum membuat lilitan pada leader.
Tutorial 5
Buatkan sekurang-kurangnya 7 lilitan pada leader tersebut.
Tutorial 6
Ads
Lilit kembali dengan jumlah yang ke arah bertentangan.
Tutorial 7
Masukkan hujung tali utama ke dalam loop dan lilitkan pada leader.
Tutorial 8
Seterusnya lilitkan sekali lagi pada leader tersebut.
Ads
Tutorial 9
Tarik perlahan-lahan hujung dan tali utama sambil menyusun simpulan yang terhasil.
Tutorial 10
Kemaskan semua simpulan dengan seketat-ketatnya.
Tutorial 11
Potong lebihan hujung tali utama dan leader dan kemudian bakarkan sedikit hujungnya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikatan sulaman jarum atau nail loop knot adalah satu ikatan untuk menghubungkan tali perambut dengan mata kail. Simpulan ikatan ini sangat kuat dan amat sesuai digunakan bagi teknik hanyut menggunakan umpan hidup.
Ikatan ini tidak membebankan umpan sekaligus dapat memanjangkan usia umpan hidup sekaligus membuatkan umpan tersebut lebih aktif.
Tutorial 1
Pertama sekali masukkan bahagian hujung tali ke dalam lubang cincin kira-kira sejengkal panjang.
Tutorial 2
Kemudian letakkan straw di tengah-tengah tali tersebut.
Tutorial 3
Buatkan lilitan dengan hujung tali pada tali utama dan straw.
Tutorial 4
Lakukan lilitan ke arah lubang cincin.
Tutorial 5
Buatkan lilitan kira-kira 5-7 kali.
Tutorial 6
Masukkan hujung tali ke dalam straw hingga keluar di hujungnya.
Tutorial 7
Keluarkan straw kerana ia sudah tidak diperlukan lagi.
Tutorial 8
Tarik simpulan perlahan-lahan sambil menyusunnya agak tidak berpintal.
Tutorial 9
Kemaskan simpulan yang dihasilkan dengan seketatnya.
Pilih sotong yang segar. Sotong yang masih segar biasanya memiliki mata hitam bergelang putih dan berkilat. Pilihlah badan sotong yang kelihatan bersinar umpama pelangi apabila dilihat dari sudut yang terkena biasan cahaya. Lihatlah badan sotong dari berbagai sudut untuk memerhati biasan cahaya.
Jika tidak ada sinaran seperti warna pelangi itu bermakna ia kurang efektif untuk dijadikan umpan. Jika masih ada sinar pelanginya itu bermakna sotong tersebut masih mempunyai pigmen yang berupaya untuk menyerap cahaya dan memantul kembali seperti luminous.
Sotong hendaklah disimpan dalam satu baris di dalam kotak atau tupperware. Jika sotong hendak diletakkan di dalam keadaan bertindan, sebaiknya anda letak kain lembut atau plastik di antara keduanya supaya tiada kesan tindanan di antara satu sama lain. Badan sotong yang bertindanan akan menyebabkan ia cepat rosak. Kemudian simpan dalam peti sejuk.
Jika anda memancing pada waktu malam, sebelum umpan sotong dilabuhkan, sebaiknya suluh dulu umpan tersebut dengan lampu suluh anda dalam anggaran 30-45 saat. Jika ada lampu biru atau cahaya ultraviolet atau lampu LED lebih baik.
Pigmen pada badan sotong akan menyerap cahaya tersebut dan akan memancarkannya kembali di dalam air laut yg gelap. Ini akan membuatkan umpan kelihatan seperti sotong hidup yang dalam kesakitan.
Semua jenis sotong mempunyai pigmen tersebut, oleh itu pandai-pandailah anda memilih sotong untuk kegunaan pancingan anda.
Umai adalah makanan yang dianggap penting dan popular bagi pelbagai etnik di Sarawak. Ia merupakan satu hidangan yang ringkas dengan variasi yang cukup mudah untuk disediakan.
Apakah itu umai? Ia adalah hirisan ikan mentah segar yang diperap dengan jus limau kasturi, bawang merah, bawang besar dan cili, garam dan sedikit penambah perisa.
Makanan ini disediakan dengan langkah tersusun. Ia bermula dengan pemilihan ikan yang segar dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dihiris secara halus dan digaul serta diperap
dengan jus limau kasturi terlebih dahulu untuk menghilangkan bau ikan, dan proses ini menyebabkan isi ikan tersebut kelihatan seolah-olah sudah masak.
Hirisan ikan mentah digaul atau diperap dengan jus limau kasturi terlebih dahulu untuk menghilangkan bau ikan, dan proses ini menyebabkan isi ikan tersebut kelihatan sudah masak.
Setelah itu barulah dicampurkan dengan bahan-bahan seperti yang disebutkan di atas tadi. terpulang kepada cita rasa individu sama ada mahu menambah cili untuk rasa lebih pedas atau tidak.
Tidak semua ikan boleh dibuat umai. Selain ikan terubuk, hanya beberapa jenis ikan lagi boleh dan sangat sedap dibuat umai iaitu tenggiri, bawal putih, ikan yu ataupun udang. Ingat hanya ikan segar yang baru ditangkap sahaja, baru sesuai dibuat umai.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...