Skirt tundaan merupakan gewang utama untuk memikat ikan berparuh yang diguna pakai oleh pemancing di seluruh dunia. Berikut merupakan 9 gewang terbaik untuk menunda ikan berparuh serta pelbagai spesies tuna.
Moldcraft Wide Range
Gewang yang luar biasa mendaratkan marlin 1,742lb serta redunia class line 80lb, marlin biru 1,189lb. Standard Range Wide Range memiliki beberapa catatan rekod mendaratkan tuna.
Wide Range bertanggung jawab untuk memecahkan rekod blue marlin di Venezuela, Puerto Rico dan Afrika. Di Hawaii, itu adalah salah satu kegemaran pemancing.
Profil kepala yang lebih besar dan daya pikat yang lebih stabil pada kecepatan tinggi dan air yang bergelombang.
Mold Craft Super Chugger
Skirt pemikat ini telah menghasilkan Blue Marlin IGFA World Record 1,402lbs. Ditangkap oleh Paulo Roberto Amorin dari Brasil pada 29 Februari 1992. Catatan ini belum dipecahkan.
Super Chugger Lure memiliki kepala ceenkung yang dalam dan tubuh meruncing yang lebih panjang, lebih berat, dan terbalik daripada Tsunami Chugger asli.
Penambahbaikan ini membuat ia berjalan dengan baik dalam kondisi air yang tenang dan kasar. Ia dapat dikendalikan antara 6 dan 14 knot.
Pakula Lumo Sprocket
Pakula Sprocket adalah legenda. Daya tarik yang panjang, terutama dalam warna Lumo, telah menyumbang banyak tangkapan dan ikan terbesar dalam pertandingan.
Aksi renangnya yang hebat bekerja di semua kondisi dengan kelajuan trolling tanpa had. Jangan meninggalkan rumah tanpa Sprocket Lumo!
Tournament Tackle Ilander Lure
Salah satu gewang skirt trolling terbaik yang pernah dihasilkan. ILander memiliki penampilan dan gerakan alami yang menarik semua spesies ikan buruan.
Pembinaan holloe head yang unik membolehkan anda menyambungnya dengan terminal tackle lebih sempurna untuk peratus strike yang lebih tinggi.
Copa Fishing Lures Tado
Steve Coggin adalah master craftman dan pemancing handalan. Ia menghasilkan gewang buatan tangannya sendiri.
Setiap umpan dihasilkan dengan sempurna dan diposisikan dengan penuh hati-hati untuk memberikan refleksi maksimum dan membuatnya tak tertahankan untuk marlin, mahi-mahi dan tuna di seluruh dunia.
Joe Yee Super Plunger
Joe Yee Super Plunger adalah gewang hebat yang telah menangkap lebih banyak Marlin. Banyak marlin yang berjaya ditumpaskan olehnya dalam sejarah sukan memancing.
Marlin Magic Ruckus
Marlin Magic Grander Ruckus, versi yang lebih besar dari Ruckus yang terkenal. Daya pikat ini bekerja sangat baik ketika berlari di sudut pendek, sudut panjang, dan posisi rigger panjang. Panjangnya sekitar 15inci, paling ngam dengan mata kail 12/0.
Black Bart 1656
Black Bart 1656 hadir dengan dukungan kuat dari legenda Bart Miller, “Jika aku hanya bisa menggunakan satu umpan untuk sisa hidupku, inilah dia!”
Bob Schneider Yap
Bob Schneider Yap adalah hasil perintis gewang terkemuka sejak lebih 40 tahun yang lalu. Sehingga ini gewang rekaannya terus berjaya memikat ribuan ikan berparuh di serta dunia.
Spesies gergasi dari Lembah Amazon ini diakui menjadi spesies yang ganas. Spesies ini mula memasuki perairan tempatan atas kepentingan sebagai ikan hiasan dan juga ikan sukan. Arapaima tidak dinafikan lagi menjadi buruan bagi mana-mana kaki pancing.
Akibat pancingan tanpa kawalan, spesies ini dikatakan semakin sukar ditemui. Bagi ekosistem tempatan pula, ikan ini mampu menurunkan populasi spesies tempatan dengan drastik jika dilepaskan tanpa kawalan ke dalam satu ekosistem.
Spesies ini merupakan spesies yang berasal dari Amerika Selatan. Pengenalan spesies ini kepada habitat tempatan ialah menerusi kepentingan dalam bidang ikan hiasan serta ikan bagi buruan pemancing sukan.
Kekuatan ikan ini menjadikannya menjadi spesies ikan sukan yang semakin popular di kalangan pemancing tempatan. Terdapat kolam-kolam pancing komersial sudah mula memperkenalkan spesies ini di kolam mereka.
Walaupun diakui ganas, namun masih tiada rekod jelas menunjukkan ancaman risiko tinggi kepada ekosistem tempatan ataupun kemampuan spesies ini untuk membiak sendiri di ekosistem bebas tempatan.
Patin Mekong merupakan antara spesies ikan buruan kaki pancing yang terbesar. Patin Mekong berasal dari Sungai Mekong dan sehingga kini spesies ini dikatakan semakin berkurangan akibat eksploitasi tanpa kawalan.
Pengenalan spesies ini kepada perairan tempatan awalnya atas dasar penyelidikan perikanan dan akuakultur. Dewasa ini, spesies ini menjadi kegilaan bagi pemancing tempatan dan semakin banyak spesies ini boleh ditemui di kolam pancing komersial.
Tiada rekod jelas bagi spesies ini terlepas ke dalam ekosistem bebas, justeru tiada ancaman jelas terhadap spesies tempatan lain.
Giant pangasius atau lebih popular sebagai patin Chao Phraya berasal dari lembangan sungai Mekong dan Sungai Chao Phraya ini telah disenaraikan dalam spesies yang terancam berikutan aktiviti penangkapan secara berlebihan.
Spesies benthopelagik dan bermigrasi ini menjadikan krustasea dan ikan ikan sebagai makanan utama. Ia kini menjadi ikan sukan khususnya di kolam-kolam pancing air tawar komersial dan sangat berbahaya sekiranya terlepas ke sistem badan sungai.
Ikan giant barb, Siamese carp atau kap Siam merupakan spesies Cyprinid terbesar di dunia dan hanya terdapat di Lembah Mae Klong, Mekong dan Chao Phraya di Indochina. Ia telah merosot secara drastik akibat kehilang habitan dan penangkapan ikan secara berlebihan dan kini dianggap kritikal terancam.
Ikan yang mampu membesar panjang sehingga 3 meter dan 300 kg berat ini kini lebih mudah ditemui kolam-kolam pancing dan di dalam industri akukultur.
Ikan catla atau juga dikenali sebagai karak adalah ikan air tawar Asia Selatan yang paling penting dari segi ekonomi di dalam keluarga Cyprinidae. Ia berasal dari sungai dan tasik di utara India, Nepal, Myanmar, Bangladesh dan Pakistan tetapi juga diperkenalkan di tempat lain di Asia Selatan dan dan biasanya diternak.
Ikan karak adalah ikan yang makan di permukaan dan pertengahan air. Catla mencapai kematangan usia purata 2 tahun dan purata berat 2 kg. Spesies yang terdapat di kebanyakan kolam air tawar malam ini tidak dapat dipastikan kesannya jika mencerobohi perairan kita.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Dengan bot fiber 12 kaki dan enjin 15 kuda, Jepp memacu bot dengan laju menuju Lubuk Makan Darah. Perjalanan yang mengambil masa 45 minit dari jeti hanya di isi dengan berbual-bual kosong sambil menyiapkan kelengkapan dalam bot.
Walaupun menaiki bot pada waktu malam, Jepp amat arif dengan selok belok sungai ini. Dengan hanya berpandukan lampu kepala kecil, dia mampu mengenal pasti laluan mana yang selamat untuk botnya. Maklumlah dia anak jati kampung ini.
Sauh terus sahaja dijatuhkan sebaik sahaja sampai di lokasi. Jam menunjukkan 10 malam dan masing-masing kelihatan tidak sabar mencampak umpan. Kelihatannya hanya mereka sahaja yang memancing di situ.
“Elok juga tiada orang lain, kita bolot semua ikan yang ada kat lubuk ini,” teriak Basir sambil diikuti tawa dua orang rakannya.
Umpan yang baru dibaling tidak menunggu lama untuk diragut ikan. Atan orang pertama yang beraksi. Setelah 5 minit bertarung seekor baung dalam skala 1 kilogram berjaya dinaikkan.
Tidak lama selepas itu, joran Jepp pula ditarik dengan kuat. Dia mengambil masa yang agak lama untuk menaikkan ikan itu. Basir dan Atan berteriak memberi semangat.
Akhirnya seekor belida yang agak besar saiznya berjaya ditumpaskan. Begitulah mereka begitu asyik melayan ragutan ikan sehingga bekalan yang dibawa masih belum diusik dan dijamah lagi. Banyak betul ikan malam tu. Naik lenguh tangan mereka dibuatnya. Ada baung, patin, tapah dan bermacam lagi.
Jam menunjukkan tepat pukul 12.00 malam. Ragutan ikan yang galak tadi tiba-tiba terhenti. Ikan seperti tidak lagi berminat dengan umpan mereka.
“Mana pulak perginya ikan ni. Nak kena tuba kot lubuk ni” kata Basir geram.
“Aku rasa elok kita balik. Lagipun dah banyak ikan kita dapat ni,”cadang Jepp.
Dia dari tadi tidak sedap hati. Dirasakan olehnya telinganya seolah-olah ditiup sesuatu. Macam bunyi nafas yang mendengus kuat. Cadangannya ditolak mentah-mentah oleh rakannya. Ingin diberitahu takut kalau dikatakan pengecut pula. Baru sebentar tadi dia terlihat kelibat putih atas pokok ara yang memayungi lubuk itu.
Namun dia hanya mendiamkan diri. Basir dan Atan terus berbual. Sesekali terdengar tawa mereka yang agak kuat dan terbahak-bahak memecah kesunyian malam. Entah apa yang dibualkan.
Tiba-tiba bot yang mereka naik seakan bergoyang. Mulanya agak perlahan tapi semakin lama semakin kuat goyangnya. Terkejut tiga sahabat itu. Mereka berpegang dengan kuat pada bot takut terjatuh.
“Kenapa pulak ni?” tanya Atan dengan suara yang terketar-ketar. Dalam pada itu, Basir terlihat sesuatu muncul di permukaan sungai dengan jelas apabila lampu kepalanya dihalakan kepadanya.
Hanya kepalanya sahaja yang jelas kelihatan. Itu pun setakat mulut sahaja. Dengan matanya merah Rambutnya panjang dan matanya merenung tajam ke arah mereka bertiga. Jepp dan Atan juga sedar dengan kehadiran makhluk itu yang kira-kira 10 meter dari bot mereka.
Dalam suasana kaget tersebut, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara perempuan mengilai nyaring diselang seli dengan tangisan bayi.
Seram dan naik bulu roma mereka. Tanpa membuang masa tali sauh terus dipotong dan bot terus dihidupkan dan dipacu dengan laju meninggalkan lubuk itu.
Mujur enjin bot dapat dihidupkan dengan mudah. Pucat lesi wajah tiga sahabat itu. Dari jauh jelas kelihatan sekujur tubuh seorang perempuan sedang memandang mereka sambil mendukung sesuatu seperti bayi.
Sampai sahaja di jeti, ketiga orang sahabat tadi senyap membisu tanpa suara. Mereka bagaikan tidak percaya, kejadian mistik yang sering didengar dari orang lain benar-benar berlaku kepada mereka bertiga. Terketar tangan Basir ketika menambat tali bot.
Kejadian itu telah menggemparkan penduduk Kampung Ulu Cah. Kebanyakan penduduk tidak berani menghampiri kawasan lubuk itu lagi. Rupanya terdapat kisah lama tentang lubuk itu.
Menurut Pak Ngah Talib iaitu orang lama di kampung itu beberapa tahun dahulu, seorang gadis pernah membunuh diri bersama bayinya di situ.
Ini kerana dia melahirkan anak luar nikah dan teman lelakinya tidak mahu bertanggungjawab. Disebabkan malu dan tertekan dia mengambil jalan mudah dengan menamatkan hayatnya di situ.
Akibat kejadian itu juga Atan demam hampir seminggu dan sejak dari itu juga, tiga orang sahabat itu mengambil keputusan untuk tidak sesekali turun memancing di lubuk berkenaan dan mereka juga serik untuk keluar memancing pada waktu malam.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...