Warna serta corak yang cantik pada pandangan kita belum tentu menjadi kesukaan dan menarik minat sotong mengabang. Jika di sebelah Pantai Timur candat bintik, pink dan oren menjadi pilihan. Warna serta berat candat yang pelbagai perlu dibawa kerana lain tempat lain pula kesesuaiannya.
Warm jacket merupakan antara teknologi terkini dalam penghasilan candat. Jika sebelum ini kita hanya bergantung kepada cahaya luminous pada candat bagi memerangkap sotong, kini badan candat yang bersuhu suam membuatkan candat seolah-olah umpan hidup sebenar dan sudah tentu ia lebih memperdaya sotong.
Walaupun tanda harga yang dilekatkan pada kotak candat ini membuatkan ‘kening terangkat’ namun berbaloi menggunakannya kerana kelebihannya ini.
Selain itu terdapat juga candat UV seperti Keimura Teknologi keluaran Shimano yang mana candat ini sangat efektif terutama untuk situasi gelap di dasar yang dalam.
Rod
Joran khas untuk casting sotong agak sukar untuk mendapatkannya di pasaran. Sebagai alternatif joran PE 0.6 -1.2, sepanjang 6 hingga 7 kaki sudah dikira sesuai untuk mengilat dari tebing. Saya sendiri menyukai joran sepanjang 8 kaki, aksi sederhana dengan kekuatan 6-12 lb. Untuk mencari joran ready made bagi spesifikasi begini memang agak sulit. Cara mudah adalah dengan mencari blank kosong dah jadikannya rod custom.
Reel
Walaupun ia adalah segmen casting, tetapi tidak bermakna anda perlu menggunakan baitcaster atau kekili menegak. Dalam dunia eging ternyata kekili mendatar lebih efisien kegunaannya walaupun di Jepun.
Kekili mendatar yang kecil bersaiz 500-1000 sudah memadai. Tidak perlu kekili siri 2000 ke atas kerana eging sotong mengabang tidaklah sama seperti memancing ikan. Kecuali jika eging dilakukan di atas bot di unjam-unjam.
Mainline
Penggunaan tangsi lebih efektif berbanding tali sulam kerana ia mempunyai daya regangan. Tangsi hanya dimasukkan ke dalam spool kekili sehingga 80% ruangan spool. Jika tangsi dimasukkan memenuhi spool, masalah sarang burung sering terjadi. Disaran menggunakan tali berkuatan 10 lb-15lb dengan diameter 0.18mm – 0.20mm.
Aksesori
Dakwat hitam merupakan senjata bagi spesies sotong termasuk mengabang. Malah dakwat sotong mengabang lebih banyak berbanding sotong jarum. Perlu berhati-hati mengendalikannya. Sebaik memperoleh mengabang, biarkan ia seketika di dalam air sehingga ia memancutkan dakwat hitamnya sehingga habis. Kalau terus menaikkannya kebarangkalian muka dan pakaian anda akan di sembur adalah tinggi. Bila terkena pakaian bukan mudah untuk mencucinya.
Biasanya dalam sesuatu trip memancing, kita jarang terlupa dalam penyediaan perkara utama. Ada kalanya kita bersedia cukup lama hal ini. Tetapi terlupa dengan perkara kecil yang sebenarnya mampu memberi manfaat besar kepada pemancing.
Ubat-Ubatan
Antara persediaan kecil yang sebenarnya perlu diberi perhatian adalah penyediaan ubat-ubatan. Ramai yang lupa akan hal ini dan kerap kali hanya teringat apabila sudah tiba di lokasi. Sebenarnya tidak perlulah sehingga perlu ada kotak first aid, (kalau ada lebih baik) tetapi seorang pemancing itu perlu sentiasa membawa kotak kecil yang boleh diletakkan ubat.
Paling kerap berlaku di kalangan kaki pancing adalah pening kepala akibat perubahan cuaca, panas terik dan sejuk, luka kecil akibat gigitan serangga, terkena tusukan mata kail. Kerap mood memancing hilang gara-gara pening atau sakit kepala, sedangkan ketika itu mungkin ikan sedang galak memakan umpan.
Oleh itu, sediakanlah ubat-ubatan yang difikirkan perlu seperti minyak angin, ubat paracetamol, ubat luka, plaster luka, balm atau semburan penghalau nyamuk dan sebagainya.
Setidak-tidaknya dengan persediaan sebegini, ia akan membantu anda ketika dalam kesusahan dan sekurang-kurangnya mood memancing anda akan terus ’membara’ sehingga selesai trip. Sila simpan semua ubat ini dalam bekas kedap udara.
Air Minuman
Banyakkan minum air kosong, terutama cuaca panas. Ramai yang bawak bekalan air cukup banyak tapi tak diminum. Sudahnya bawak balik semula semua air tu.
Baju Hujan
Jika memancing pada musim hujan, ada baiknya anda mengenakan baju hujan dan juga jaket keselamatan sebagai perlindungan keselamatan.
Jus Buah
Bawa makanan ringan seperti asam atau air berunsur masam seperti jus oren, air asam jawa ketika pergi memancing. Jus oren mampu meneutralkan kandungan PH badan, jika anda berasa mual, air liur terasa pahit.
Rehat
Jika anda berasa pening, ada baiknya selepas anda memakan ubat, berehatlah di tempat yang teduh dan lelapkan mata seketika.
Berteduh
Jangan terlalu lama terdedah di kawasan terbuka, terutama jika casting. Sebaiknya, pilih lokasi yang agak redup bagi mengelakkan kepanasan melampau.
Jauhi Embun
Elakkan dari terkena embun terlalu lama jika memancing hingga larut malam. Kenakan pakaian yang sesuai dan tebal bagi menghindari udara sejuk. Minum minuman panas amatlah digalakkan.
Elak Mancing Solo
Sebaiknya memancing lokasi atau lubuk yang jauh perlulah berteman. Sentiasa berhati-hati ketika melangkah dan jaga perilaku dan adab semasa memancing.
Korang bercadang untuk beralih konsep pancingan ke laut dalam? Berikut kami senaraikan keperluan peralatan yang korang perlu ada dan bawa ke trip memancing.
Reel
Lumrah kalau memancing laut dalam bukan saja pancing dasar (bottom) yang dipraktikkan. Teknik drifting, jigging, popping, casting dan trolling juga boleh dimainkan. Jadi, tiga set kekili adalah minimum dan kalau mampu bawa peralatan gantian untuk menghadapi sebarang kerosakan atau kehilangan.
Rod
Untuk teknik bottom dan trolling lebih sesuai kalau kita bawa joran panjang 2meter hingga 2.5meter dengan aksi berat 30-80lb, 50-80lb atau PE4-PE8. Jika meminati jigging, guna joran kekuatan PE3-PE5 panjang 2meter sangat sesuai untuk ikan seperti cupak, tenggiri dan gerepoh bawah 15kg.
Kalau GT bersaiz XXXL elok gunakan joran berkekuatan sehingga PE8 dengan panjang yang sama atau 2meter. Bagi popping, joran 2.5meter sangat efektif untuk lontaran jauh. Sedia satu joran selingan berkekuatan PE1 hingga PE3 untuk memancing apollo, anak ikan atau untuk digunakan sebagai pancing candat (bagi mendapatkan umpan sotong hidup).
Mainline
Ini ada hubungan dengan kapasiti atau had muatan kekili berserta kekuatan maksimum drag yang terbina di dalamnya. Lumrahnya tali utama untuk pancing dasar dan menunda ialah 80lb-100lb untuk tali utama kalau menggunakan tali sulam atau 50lb-80lb jika menggunakan tali tangsi.
Bagi kekili yang digunakan aktiviti jigging dan popping pula perlu dipadankan dengan tali sulam 60lb hingga 80lb dan disambung dengan tangsi kekuatan 80lb hingga 100lb sepanjang tiga meter sebagai perambut serap kejutan (shock leader).
Sinker
Penggunaan batu ladung kalau dibandingkan antara Pantai Barat dan Pantai Timur sedikit berbeza. Kalau di Pantai Barat had maksimum saiz 32 (1.5kg) di Pantai Timur pula had maksimum saiz 24 (1kg). Ini berdasarkan arus di pantai barat lebih deras berbanding pantai timur kerana laluan yang sempit. Di Sabah dan Sarawak, arus laut lebih kurang seperti Pantai Timur Semenanjung kerana berada di kawasan yang sama
Umpan
Jenis terbaik ialah bekalan ikan segar atau hidup yang diperoleh atau dipancing ketika perjalanan ke destinasi, membelinya di pasar atau di jeti. Umpan jenis ini adalah prasyarat utama kejayaan misi memancing kerana kesegaran dan keberkesanannya. Jenis umpan seperti ikan pelaling, ikan tongkol dan sotong pasar mencukupi untuk setiap trip.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...