Buka skru dengan cermat pada pengayuh kekili menggunakan pemutar skru.
Step 2
Keluarkan plate pada kekili selepas skru dibuka.
Ads
Step 3
Selepas keluarkan plate, gunakan rachet spanar untuk membuka nat.
Step 4
Selepas nat dibuka, buka pengayuh kekili. Kemudian anda boleh membuka nat yang berada pada bahagian dalamnya.
Ads
Step 5
Setelah itu, buka skru yang berada pada badan kekili.
Step 6
Kemudian buka bahagian penutup sisi kekili. Inilah keadaan mekanikal setelah dibuka. Kemudian anda perlu keluarkan pinion gear yang terdapat di dalamnya (warna hitam).
Step 7
Pinion gear yang telah dikeluarkan. Susun dengan cermat dan teratur agar tidak hilang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Merupakan spot ikan bersaiz besar terbaik untuk teknik surfcasting namun sangat merbahaya dan telah meragut beberapa nyawa.
Air sangat dalam biarpun di tebing berbatu dan pukulan ombak mampu menarik pemancing ke tengah laut dan hampir mustahil untuk berenang ke tebing jika
terjatuh,sebaiknya berenang ke tengah dan cuba mencapai boya. Beberapa kes dihanyutkan ombak dilaporkan.
Spesies target – Spesies Trevally, tuna
➡ Devil Hole, New York
Terletak dalam Sungai Niagara. Ancaman daripada air berpusar kuat yang disebabkan oleh air terjun dan kipas daripada 3 buah power plant.
Pernah menghanyutkan pemancing selama 6 hari sebelum dijumpai.
Spesies target – Steelhead
➡ The Red Triangle, California
Sangat popular di kalangan pemancing kayak atau kayak fishing. Namun risiko terbesar datang daripada serangan ikan jerung putih.
38% kes serangan jerung kepada manusia di Amerika Syarikat terjadi di sini.
Spesies target – Halibut, Sailfish
➡ Gulf of Riga, Latvia
Merupakan spot pancingan popular terutama ice fishing. Namun, Riga juga mempunyai reputasi menakutkan kerana ais yang bergerak dengan cepat ditambah dengan perubahan suhu dan angin boleh menyebabkan perkara tidak diingini berlaku pada pemancing.
Spesies target- Garfish, Sea bass
➡ Umba River, Russia
Antara lokasi terbaik bagi pancingan salmon. Namun perlu berhati-hati kerana kemungkinan beruang menjadi peneman tanpa disedari.
Spesies target – Salmon
➡ Tasik Baikal, Russia
Salah satu tasik terbesar di dunia ini terletak di kawasan Siberia. Selain pecahan ais, pemancing di sini terdedah kepada penyakit tick-borne encephalitis, satu penyakit berjangkit yang datang dari hutan di sekeliling Baikal.
Penyakit ini mampu menyebabkan kematian dan pemancing biasanya mengambil vaksin jika ke sini.
Spesies target- Omul
➡ The Arctic
Terletak di utara Russia, kawasan ini terdedah kepada serangan beruang polar dan juga suhu yang terlampau rendah.
Spesies target- Arctic Char
➡ The Great Lakes
Antara lokasi popular di kalangan ice fishing. Great Lakes terdedah kepada risiko pecahan ais. Pada 2009, dengan bantuan airbone, kapal dan helikopter, seramai 135 orang pemancing berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat akibat dihanyutkan oleh ais yang pecah.
Spesies target – Salmon
➡ Chernobyl (Kiev Reservoir), Ukraine
Ancaman risiko terdedah kepada radioaktif akibat daripada letupan loji nuklear Chernobyl 1986. Pemancing dan pengunjung ke sini dinasihatkan agar tidak makan, minum, merokok atau menyentuh tumbuhan di kawasan terbuka.
Banyak langkah yang perlu diambil untuk pastikan sesebuah trip memancing menemui kejayaan. Antara langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut:
Kenali siapa tekong anda.
Pastikan anda tahu siapakah tekong anda nanti. Sebaiknya kita hubungi dia… tanya teknik, perambut, saiz batu, jenis mata, tali yang sesuai sebelum tiba trip memancing. ‘Kemesraan’ ini banyak membantu bila kita berada di atas bot nanti. Jika tidak ada tekong, pastikan anda berkomunikasi dengan pemancing yang kerap memancing di lubuk yang sama.
Buat Homework
Adakan homeworks berkaitan keadaan air sebelum turun memancing di satu-satu lubuk. Ketahui bila air mati, bila air pasang, pasang surut air, faktor hujan, pendek kata semua yang berkaitan dengan fasa air.
Spesies sasaran
Kenal pasti apakah spesies yang hendak diburu. Dari spesies anda akan dapat menentukan apakah peralatan yang sesuai sebelum turun ke satu-satu lubuk pancing. Jika rajin buka internet, cari info berkaitan sifat dan tabiat spesies ikan tersebut.
Ketahui Umpan Terbaik
Apakah umpan sesuai untuk target spesies kita. Sekali lagi menuntut anda merujuk kepada mereka yang biasa dengan padang pancing tersebut. Jangan malu bertanya.
Peralatan Perlu Saja
Hanya bawa peralatan yang sesuai sahaja, jangan amalkan bawa semua peralatan bila turun ke satu-satu lubuk.
Doa
Last sekali, solat dan doa pada Allah SWT yang hari ni aku keluar rumah untuk mencari rezeki untuk keluarga, InsyaAllah. Inilah petua saya dan Alhamdulillah saya jarang mangkor.
(Admin: Sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham Nasir Yusof yang meninggal dunia pada 17 Oktober 2022.)
Ada jenis ikan yang tabiat makan secara menyambar, ada dengan cara mengutis atau mencuit, meragut, menyedut dan lain-lain lagi. Mengetahui cara ikan makan umpan adalah amat penting kerana melalui cara ini membolehkan kita memilih mata kail yang sesuai untuk memancingnya.
Ikan Makan Menyambar
Ikan yang mengambil umpan secara menyambar ini pada kebiasaannya dari jenis ikan pemangsa atau predator yang bergigi tajam. Maksud menyambar di sini ialah ia akan memakan umpan semasa bergerak mahupun ketika mangsa itu sendiri yang bergerak.
Antara ikan yang memakan umpan secara menyambar termasuklah tenggiri, barracuda, talang, gerepoh dan haruan tasik.
Kebanyakan mata kail boleh digunakan untuk memancing ikan jenis ini tetapi adalah disarankan mata kail dari jenis live bait atau big game hook yang mana matanya menegak lurus ke pangkal. Ini kerana ia membolehkan mata kail tertancap terus pada mulut ikan ketika menyambar umpan.
Lazimnya mata kail dari jenis ini juga mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan tidak mudah melurus ketika sentapan atau hentakan.
Seperkara yang perlu diingat ialah kekuatan hentakan ketika proses sambaran hampir sepuluh kali ganda berbanding berat ikan tersebut. Justeru itu kekuatan mata kail amat penting bagi mencangkuk ikan jenis ini.
Ikan Makan Meragut
Maksud meragut di sini ialah jenis ikan pemangsa yang memakan umpan yang bersifat pegun atau tidak bergerak. Sejurus mengambil umpan dengan tindakan pantas dan dengan pantas juga ia melarikan diri. Teknik pancingan dasar kebanyakannya menggunakan umpan mati begini.
Manakala ikan yang bersifat meragut antara jenahak, merah, pari dan lain-lain lagi. Tiada mata kail yang lebih baik bagi memanfaatkan ikan yang meragut umpan seperti ini selain dari jenis mata kail yang melingkar sedikit hujung matanya iaitu mata kail lingkar atau circle hook. Mata kail lingkar direka bentuk agar ikan tercangkuk dengan sendiri pada hujung mulutnya.
Ketika umpan diragut dan dilarikan, mata kail lingkar tidak akan terus tercangkuk sebaliknya akan melurut keluar dan hanya akan tercangkuk pada hujung bibir mulut ikan. Oleh yang demikian, apabila umpan dilarikan pemangsa, sebarang tindak balas sentapan akan menyebabkan mata lingkar ini akan rabut atau lucut begitu saja. Dan apabila tercangkuk dengan kemas, ia hampir mustahil untuk terlucut.
Ikan Makan Mengutis
Ikan yang memakan umpan secara menggetu atau mengutis memberi makna ikan yang memakan umpan dan kekal berada di tempat umpan dimakan. Ikan jenis tidak bergerak ketika memakan umpan dan umpan itu sendiri juga tidak bergerak dengan ketara. Oleh yang demikian amatlah susah untuk pemancing mengetahui proses tersebut secara nyata.
Untuk membolehkan isyarat bahawa umpan sedang dimakan ikan, peralatan memancing yang sensitif pada getuan perlu digunakan. Begitu juga kesukaran mata kail untuk tercangkuk dengan sendiri juga sukar. Bagi menghadapi ikan yang memiliki tabiat makan seperti ini, adalah disarankan mata kail yang jenis lurus atau mempunyai hujung mata yang mendongak ke tepi.
Mata kail yang digunakan juga sebaiknya tidak terlalu besar, halus dan tajam. Dan apabila merasai getuan, pemancing perlulah peka dan segera melakukan sentapan balas. Antara ikan yang memakan umpan secara mengutis ini antaranya ialah lampam, tilapia, rohu, gelama, duri, anak-anak ikan atau ikan yang bersaiz kecil.
Ikan Makan Menyedut
Ikan yang memakan umpan dengan cara menyedut atau menghisap umpan pastinya tidak perlu dihurai dengan lebih meluas kerana tidak menyembunyikan maksud yang lain. Ikan yang menyedut umpan ini terdiri dari ikan yang bergigi tajam mahupun tidak bergigi. Lazimnya ia memiliki mulut yang luas atau bibir yang boleh dilaraskan.
Kebanyakan ikan jenis kap termasuklah kelah memiliki tabiat makan sebegini. Ikan kerapu dan gerong belang merupakan antara spesies ikan air masin yang tersohor dengan tabiat makan secara menyedut atau menghisap umpan.
Cara menyerang mangsa pula sama ada mengejar atau menunggu mangsa melintas di hadapannya di kawasan persembunyian. Banyak jenis mata kail boleh digunakan namun disyorkan mata kail yang berteras panjang dan sedikit bengkok pada hujungnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...