Bertempat di salah sebuah pangkalan atau jeti Kampung Sepayang, yang sebenarnya lebih merupakan port parkir sampan, sebanyak 8 buah bot fiber berkapasiti 2-3 pemancing, dengan purata enjin 4-8hp bersama guide dan tekong sambilan sedia menanti untuk memberikan perkhidmatan. Malahan set pancing turut disediakan oleh pihak penyelia trip ini.
Dengan berumpankan cacing tanah dan jantung, tekong-tekong membawa kami ke beberapa spot menarik di sepanjang Sungai Pontian. Sekitar 15 minit menghilir Sungai Pontian, spot yang dipercayai lubuk jenggo segera diuji.
Beberapa sampan yang dinaiki oleh ahli trip yang terdiri dari pengamal media tempatan dan antarabangsa serta pihak Tourism Malaysia tidak menunggu lama untuk mendaratkan spesies yang diburu.
Hilir Sungai Pontian yang cantik persekitarannya, hijau airnya, lembut arusnya dan damai keadaannya ini bertukar suasana umpama berada di fiesta apabila semakin ramai pemancing yang berjaya menarik keluar jenggo dari lubuknya.
Ads
Menariknya, memancing udang galah di Sungai Pontian ini kebanyakan jenggo yang dinaikkan mendiami spot di pertengahan sungai terbuka. Sementara udang berstaus udang megi pula mudah dipancing di kawasan berhampiran tebing atau lubuk-lubuk di bawah pokok nipah.
Jantung ayam menjadi umpan pilihan utama jenggo. Biarpun lebih lambat menerima getuan dari berumpankan cacing tanah, hampir majoriti jenggo yang dinaikkan berumpankan jantung ayam.
Selesai sesi pagi, rombongan trip menjenggo ini kembali ke pangkalan bagi menikmati makan tengah hari yang disediakan oleh pihak penyelia.
Ads
Juadah istimewa jenggo dan ikan pelaling celup tepung ternyatakan melalikan semangat sebahagian besar pengamal media antarabangsa untuk meneruskan sesi kedua menjenggo.
Ads
Hanya pengamal media dari negara China saja yang mula terkena getah tarikan si jenggo. Biarpun sekadar mendaratkan beberapa ekor udang saja, beliau seperti jatu cinta dengan keunikan pancingan udang galah.
Rumusan dari trip ini bolehlah disimpulkan bahawa Sungai Pontian berpotensi besar untuk dimasukkan dalam kalendar lokasi menjenggo bagi pecinta pancingan udang galah .
Dengan sedikit kenaikan taraf jeti atau pangkalan, bot fiber dan servis pakej memancing, nescaya Kampung Sepayang dan Sungai Pontian akan menjadi destinasi utama kaki jenggo.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Bila dapat ikan kerapu manis (pemancing je tau kerapu manis ni apa), hanya satu resepi yang terbayang di mata admin. Masak sweet & sour la. Kalau buat kari kurang sikit kerapu ni. Kalau korang dah terliur, baik simpan segera resepi ni.
Bahan-Bahan Keperluan:
1 ekor ikan kerapu (diambil isi dan dipotong kiub… kalau rajin la. Kalau ikan kecik, goreng sekor pun boleh)
120 gm tepung jagung (dicampur sedikit garam)
1 biji telur (dipukul)
Minyak masak secukupnya
Bahan Untuk Sos:
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih (dikisar)
3 cm halia
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 cawan air
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
Gaul ikan dengan telur dan tepung jagung.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan tadi sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Sos:
Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Selepas itu masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan air, sos cili, sos tomato dan garam secukup rasa.
Apabila sudah mendidih, angkat dan tuangkan kuah ke atas ikan.
Ikan haruan memang sudah diketahui umum memiliki khasiat perubatan yang tinggi. Kandungan asid amino dan lemak yang terdapat pada ikan itu mampu menyembuhkan luka serta amat baik menyembuhkan penyakit tertentu antaranya gastrik.
Ikan haruan juga mengandungi vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan serta melambatkan proses penuaan. Lendirnya pula mengandungi asid olelik dan linolik tidak tepu dan menariknya, kandungan kolagen nya dapat mencantikkan kulit. Ikan haruan boleh dimasak pelbagai cara, sama ada masakan sup, kukus ataupun digoreng sahaja. Untuk variasi, ikan ini juga enak dimasak tempoyak.
BAHAN-BAHAN (3-4 ORANG)
5 – 8 keping potongan ikan haruan.
8 belimbing buluh, dibelah dua.
½ biji kelapa parut.
3 batang serai, dititik.
1 camca besar tempoyak.
5 tangkai cili padi (boleh ditambah jika suka).
2 inci kunyit hidup.
1 camca teh garam kasar.
2 sudu besar tempoyak (boleh ditambah jika perlu).
Langkah penyediaan
Cuci bersih ikan haruan dengan asam jawa.
Tumbuk cili padi, kunyit hidup dan garam kasar hingga lumat. Masukkan tempoyak dan gaul dengan bahan-bahan ini hingga rata.
Dapatkan satu cawan santan dan tambahkan air ke dalam periuk.
Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk.
Masukkan dua batang serai yang telah dititik. Masak hingga mendidih, gunakan api sederhana, masukkan potongan ikan haruan dan belimbing buluh.
Kacau perlahan hingga mendidih dan gunakan api sederhana saja.
Hidangan sedia untuk dihidangkan. Lebih enak, masakan ini disertakan sekali dengan ulam dan sambal belacan.
Nota:
Ikan haruan tadi, boleh juga dipelbagaikan dengan cara ia juga boleh dipanggang di atas bara api terlebih dahulu.
Kata orang aktiviti memancing ni mendedahkan kita kepada kekotoran, bau hanyir, busuk dan sebagainya. Jadi, soal fesyen dan penampilan memang jarang sekali dijadikan isu.
Tetapi sejak akhir-akhir ini memang dapat kita lihat elemen penampilan di kalangan kaki pancing semakin berubah saban hari.
Kalau dulu berlengging sewaktu memancing tu memang perkara biasa. Pakai baju t-shirt pagoda dengan topi jenama sukan pun tak kisah.
Berjemur tengah panas sampai rentung pun tak jadi hal. Tapi sekarang tak lagi! Kaki pancing era baru semakin berani bergerak ke hadapan.
Lengkap dengan seluar khas memancing, kemeja atau baju lengan panjang, topi, dan ini semua belum masuk kasut, jam tangan outdoor, cermin mata polarized dan buff lagi.
Semua ini semakin menjadi trend di kalangan pemancing Malaysia. Memang mengikut peredaran zaman sungguh pemancing masa kini.
Apa pun, fesyen yang cuba diterapkan oleh kaki pancing masa kini memang wajar diberi pujian.
Setidak-tidaknya ia mengangkat hobi memancing daripada nampak selekeh kepada satu hobi yang beridentiti tersendiri.
Ia sekali gus mengubah norma ‘mind set’ orang lain bahawa hobi memancing ada kelas. Tapi, Perlu Ke?
Benar, soal gaya atau penampilan ni bukanlah isu besar untuk digebangkan. Semuanya terpulang kepada individu itu sendiri untuk menggayakan apa jua pakaian atau aksesori ketika keluar memancing.
Jika berkemampuan, tidak salah pun untuk bergaya lebih.
Tetapi persoalan yang ingin dibangkitkan di sini ialah adakah gaya dan penampilan itu sesuatu yang perlu buat kaki pancing?
Sejauh mana gaya memainkan peranan untuk mendapatkan ikan? Atau adakah gaya dan penampilan hanya perlu untuk tujuan bergambar sahaja?
Pokoknya, sekali lagi dijelaskan bahawa penampilan tidaklah memberi apa-apa makna tertentu buat kaki pancing.
Tidak pernah pula terjadi pemancing yang bergaya lebih banyak mendapat ikan daripada kaki pancing yang berpenampilan biasa.
Ia lebih kepada gaya yang melambangkan identiti kaki pancing. Soal rezeki itu semua ketentuan dari-Nya.
Dan buat yang bergaya, janganlah pula memperlekehkan pemancing yang pakai biasa-biasa ketika keluar memancing.
Gaya bukanlah menjadi penentu dan lambang kaki pancing sebenar. Ingat, gaya hanyalah salah satu usaha untuk menjadikan kaki pancing lebih beridentiti.
Tidak ada betul dan salahnya untuk mengenakan pakaian atau aksesori apa pun untuk keluar memancing.
Dan bagi penulis sendiri, penulis lebih selesa memakai pakaian yang ‘simple’ dan tidak terlalu sarat.
Pada hemat penulis, asalkan pakaian itu menjadikan anda selesa sewaktu memancing, itu sudah fesyen pancing memadai.
Begitulah sedikit sebanyak yang dapat penulis kongsikan mengenai topik bergaya ketika memancing untuk slot wacana kali ini.
Jadi, apa pula kata kaki pancing sekalian? Jom kita lihat pandangan dan pendapat kaki pancing untuk isu wacana kali ini.
Apa kata netizen:
“Perlu! Walaupunpemancing sering terdedahdengan persekitaran yangkotor/semak, berhujan dan berpanas cara pemakaian yangbaik (mengikut bajet poket) juga menjadi faktor utamauntuk kita tampil lebih selesa semasa memancing.
Attitude seorang pemancing itu juga bolehdigambarkan dari segi pakaiannya yang nampaklebih segak.
Ini kerana aktiviti memancing sudahmenjadi salah satu sukan yang diiktiraf di peringkatantarabangsa.
Penggunaan buff, hand sleeve, cerminmata, sarung tangan & kasut bukan saja sebagai alatperhiasan diri, malah ia diguna pakai untuk faktorkeselamatan.”
“Aksesori diciptaadalah untuk menambahbaik bersesuaianmengikut persekitaran,jadi adalah wajar bagi pemancingmengenakan baju, sleeve , buff etc mengikutselera masing-masing.
Barulah up to date!Secara tak langsung ia juga mencerminkankemajuan arena memancing ini dipandangtinggi dan berada pada standard semasa yangtinggi.
Yang penting tepuk dada tanya selera,mampu lebih belilah yang branded, kalauseadanya, pakailah yang sederhana…”
“Pakaian khasmelambangkan identiti seorangpemancing, bukan nakmenunjuk tapi untuk keselesaandiri sendiri.
Sebab kadang–kadangada yang beranggapan buruk jika melihatpenampilan pemancing yang selekeh ketikamemancing.
Apa-apa pun ikut kemampuan poket,jangan sampai poket rabak gara-gara nak bergaya.Keh…keh…keh.”
“Tak nak lananti orangyang tak minatmemancingakan kata, `Memancing ni untukorang yangselekeh dan pengotorsaja!’.
Jadi sama-samalah kitamenjaga imej kita sebagai pemancing.Tunjukkannilai-nilaimurni dan etika seorang pemancingyang profesional.
Hobi sukan, hobimain golf pun adaIdentitipakaiannya, jadi memang perlu kakipancing Malaysia bergaya.”
“Bagi saya perlu untukbergaya ketika memancing. Tapibila dah bergaya ni biasalah,mesti ada yang akan menyindirdan majoriti di kalanganpemancing sendiri.
Sebab sesetengah pro dalamdunia memancing ni akan pakai biasa-biasa je sebabda lama dalam industri. Bila newbie pakai, mesti akankeluar ayat ‘budak baru nak up’.
Ni memang kerapterjadi. Kalau pandangan umum tu biasa la sebabdiorang bukan dalam arena ni, dan diorang takfaham. So, kita tak payah amik ‘pot’ sangat.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...