Ketika orang lain sedang sibuk merancang ke mana dan di mana lokasi untuk meraikan sambutan tahun baru, kami 6 orang ahli keluarga pula sibuk merancang ke mana dan di mana lokasi untuk memancing.
Bincang punya bincang, rancang punya rancang akhirnya kami sepakat untuk memanfaatkan cuti tahun baru dengan memancing di kelong atau rumah rakit Teluk Gong.
Sampai di jeti kampung nelayan Teluk Gong, hari dah pun lewat petang. Tanpa berlengah kami cari pengusaha rumah rakit. Perjalanan menaiki sampan/bot fiber dari jeti ke rumah rakit tidaklah memakan masa yang panjang. Dalam 2-3 minit dah pun sampai.
Ads
Rumah rakit pun boleh dilihat dari jeti dengan jelas. Nasib kami agak baik dibawa ke rumah rakit dua tingkat yang selesa. Banyak kelengkapan yang disediakan.
Bilik untuk tidur, dapur untuk memasak, tandas, kipas, televisyen dan set BBQ turut disediakan. Bayaran yang dikenakan adalah RM 350 bagi penuh untuk satu malam.
Ads
Oleh kerana kami kami tidak berhajat untuk menyewa penuh, maka bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 35 seorang. Tambah bernasib baik, hari itu tiada pemancing lain yang menyewa rumah rakit tersebut, maka sangatlah privacy.
Setiba di rumah rakit, kami tidak membuang masa memasang alatan pancing. Tak sampai dua minit melabuhkan umpan, sudah ada ikan yang menggetu umpan.
Ads
Apabila direntap, maka naiklah seekor gelama. Pancing lagi, tak lama kemudian naik pula ikan duri. Begitu juga dengan ahli-ahli keluarga yang lain, hanya gelama dan duri saja yang berjaya dinaikkan.
Namun kami tidak kisah apa ikan yang naik dan terus memancing sehingga air surut. Waktu air surut sememangnya kurang sesuai untuk memancing kerana arusnya terlalu laju. Jadi kami berehat dan tidur dulu menunggu air kembali pasang.
Kami memancing sehingga jam 11 pagi keesokan harinya barulah berkemas-kemas untuk pulang. Meskipun hasil pancingan semuanya ikan duri dan gelama saja, ia sudah cukup menggembirakan kami kerana setidak-tidaknya dapatlah juga berkumpul bersama-sama.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Perairan Sabah sememangnya lokasi kegemaran bagi memburu ikan-ikan yang jarang-jarang bertemu di perairan Semenanjung. Misi tetap diteruskan meskipun kegagalan 4 orang ahli asal yang tidak dapat turut serta atas alasan cuti dan terikat dengan pekerjaan yang tidak dapat pelepasan daripada majikan.
Tanpa gantian kami terpaksa menampung sedikit perbelanjaan dan kos tambahan disebabkan kekurangan ahli. Trip selama 4 hari 3 malam ini menggabungkan separuh ahli yang pernah bertandang dan separuh lagi ingin merasai sendiri pengalaman memancing di Sabah.
Perjalanan panjang
Kali ini bot Seastar III dengan tekong Abdol digunakan. Lewat petang bot memperlahankan kelajuan, berlegar seketika sebelum sauh diturunkan ke dasar. Kunjungan pada lewat hari pertama kami disambut dengan angin yang sedikit kurang mesra terhadap pemancing dari Semenanjung.
Basung (selayang) bersama ikan kayu atau tongkol menjadi sandaran umpan pada sesi pembukaan. Bahagian belakang bot dikosongkan untuk ahli yang ingin jigging. Ketika memasang kekili pada joran, Muslim antara yang mula-mula menurunkan set pancing beliau mengena ikan pertama trip ini.
Seekor ibu kerisi menyuntik semangat buat semua. Bacaan kedalaman pada set kekili elektrik yang digunakan ialah 90 meter, masih cetek lagi jika dibandingkan di sesetengah kawasan laut Sabah. Angin nampaknya lebih kuat daripada arus sehingga semua tali hanyut menuju ke tali sauh.
Depan sudah jadi posisi belakang, satu situasi sukar untuk memancing. Menjelang senja seekor merah coreng membuatkan Hj Din menjadi orang kedua mendapat hasil. Jarak masa sejam sudah menampakkan ikan kurang di lokasi pertama, memaksa tekong berpindah lubuk.
Umpan sotong
Di lubuk kedua, tekong dan awak-awak menumpukan usaha mencandat sotong yang kebetulan cukup banyak timbul di permukaan. Lubuk berkenaan juga adalah tempat ikan jenahak dan siakap merah. Walaupun deruan angin semakin bertambah kelajuan, sotong begitu galak mengejar candat twist saiz kecil.
Umpan cantik tapi ikan dasar pula enggan membuka selera. Kutisan dan getuan ikan dengan sotong cumit hidup cukup lama. Namun satu getuan saiz ikan yang menelan sotong boleh dibanggakan. Sehingga awal pagi ikan terus menyepi apabila seekor jenahak skala 7 kg terlucut ketika di permukaan air.
Awal malam kedua kami menumpukan usaha mengumpul sotong hidup sebagai bekalan. Basung dan ikan kayu dibiarkan sepi dalam bekas ais. Perambut kekuatan 100 lb dua depa dengan dua mata 5/0 kerana sasaran kali ini bukan yang kecil.
Sotong yang baru dapat terus dicangkuk pada perambut yang sedia menanti. Selang beberapa detik kedengaran pemancing hadapan bergaya dengan sekor siakap merah. Kekili elektrik terpakai Digitana SLS Shimano yang baru diuji sebelum ini beberapa kali kecundang akhirnya tidak menghampakan pemiliknya apabila tewasnya seekor kerapu 8.5kg.
Selepas kerapu suasana sepi kecuali aktiviti mencandat semakin rancak. Dari jigging, ramai yang memilih untuk turut serta mencandat sotong, menghilangkan rasa jemu menunggu dan letih jigging, baik layan sotong termasuk tekong sekali.
Siakap merah kedua malam tersebut muncul setelah begitu lama menunggu menjadikan ia siakap merah terbesar dalam trip ini. Iffa yang setia menunggu sotong hidupnya disentap ikan boleh tersenyum apabila jenahak kedua muncul lagi dalam selang tempoh sejam lebih. Proses penantian yang cukup menyeksakan dan berkat kesabaran tinggi.
Fenomena air merah
Hari-hari terakhir, kawasan laut dipenuhi dengan fenomena air merah menjadikan ia kurang sesuai untuk memancing. Mencari kawasan yang bebas dari air merah menjadi tugas jurumudi kerana harapan meninggi pada hari terakhir. Beberapa ekor kerapu bara berjaya dipancing sebelum kehadiran laut merah melanda.
Banyak juga kami dikejutkan dengan strike kasar namun kehilangan hasil kerana perambut sering putus apabila bergesel dengan karang. Nasib sotong yang banyak diperolehi pada malam sebelumnya menjadi umpan pertaruhan apabila malam terakhir tiada sotong di lokasi.
Harapan seperti malam sebelumnya kalau dapat sotong hidup suspens sikit menunggu strike. Ibu kerisi dan anak kerapu memberi semangat buat yang masih berjaga malam berumpan sotong. Paling seronok ialah menikmati sup kerapu bara oleh ahli trip di malam terakhir tanpa mempedulikan joran di sekeliling.
Mangrove Jack (MJ) atau lebih dikenali ikan siakap merah atau kakap merah turut dipanggil dengan gelaran mak janda (MJ), merupakan antara ikan sasaran setiap kali kami turun memancing ke laut dalam.
Ikan yang bersifat pemalu tetapi sangat agresif meragut umpan dan daya lawannya yang hebat sering menjadi buruan dan trofi kaki pancing yang berlabuh di pelantar minyak atau gas pada waktu malam. Ikan ini sangat sukar dijerat dan jarang dapat dipancing kerana tabiatnya yang suka menghuni kawasan tiang yang dipenuhi teritip dasar pelantar.
Kejadian ini berlaku sekitar jam 1.00 pagi setelah penat berjigging. Empat orang daripada kami berehat di luar kabin sambil baring-baring. Salah seorang awak-awak bot memasang set pancingan dasar (set kekili elektrik) dengan menggunakan perambut tanduk berumpankan ikan seekor, dilabuhkan ke dasar kemudian diangkat dua hingga tiga depa dari dasar agar umpan tergantung.
Beliau kemudian meninggalkan rod berikat dan menyambung semula kerja menguruskan ikan hasil jigging untuk disimpan dan membasuh lantai bot penuh lendir ikan.
Sejurus kemudian secara tiba-tiba joran pancingan dasar tersebut melentur. Loceng yang dipasang pada hujung berkerincing seperti direntap ikan bersaiz kasar. Terkejut kami satu bot dibuatnya. Pertarungan agak sengit dan akhirnya mangsa pun timbul di permukaan air.
“Mak janda dah ada kat bawah ni!” Awak-awak bot menjerit.
Kami yang tengah tidur-tidur ayam terus bangkit dan tanpa membuang masa terus melompat ke spot masing-masing dan setting peralatan pancingan dasar. Dua belah kiri dan dua belah kanan bot.
Tidak sampai satu jam satu persatu joran kami direntap penghuni dasar dan bermulalah kisah kenduri mak janda. 12 ekor mak janda berjaya didaratkan. Jangka masa situasi kenduri ini berlaku lebih kurang dua hingga tiga jam sahaja. Kemudian suasana kembali menjadi sunyi sepi sehinggalah terbit fajar.
Menurut tekong bot, Azlan Salleh atau lebih dikenali sebagai Pok Lan, kebiasaannya pada satu-satu trip pemancing hanya mampu mendaratkan ikan kakap merah ini dalam satu hingga ekor sahaja. Tetapi kali ini group kami bertuah kerana berjaya mendaratkan berbelas ekor mak janda bersaiz kasar.
Andai kata tiada kejadian rabut, putus atau terlucut mungkin lebih lagi dapat diangkut keluar dari lubuk mak janda tersebut.
Mitok maaf, saya Penjejak Azmie mohon cakap luor skali dan berharap Dato Bandar Kuala Terengganu buleh dengor luohan hati sahabat2 ngail terutama dari kelab Tanjung Anglers Fish Hunter..
Assalamualaikum Dato.. saya mewakili sahabat2 di Tanjung Angler Fish Hunter (TAFH) ingin memohon kepada Dato dan besarlah hajat kami sekiranya Dato dapat menarik balik larangan memancing di kawasan Drawbridge dan sekitar.. pada firasat saya mungkin kerana Dato berpendapat yg kawasan berkenaan kotor dan semestinya kaki2 pancing mungkin punca.
Untuk makluman Dato, sampah2 yg ditinggalkan bukanlah milik kaki2 pancing tetapi mereka yg datang beriadah dikawasan tersebut tanpa tanggungjawab dan disiplin.. dan untuk pengetahuan Dato juga kami sahabat2 memancing sering melakukan aktiviti2 membersih di kawasan tersebutoleh kaki2 pancing demi menjaga nama baik kelab dan khususnya kawasan Drawbridge yg sering menjadi tumpuan ramai..
Selain itu untuk makluman Dato juga, kawasan tersebut sememangnya menjadi tumpuan kaki pancing dari seluruh Terengganu dan luar Terengganu kerana di situlah seringkali dinaikkan ikan2 bersaiz besar dan secara tidak langsung ianya menarik minat ramai pemancing2 profesional untuk datang ke negeri kita memancing sambil beriadah bersama keluarga malah secara tidak langsung juga kita mempromosikan negeri kita sebagai salah satu tempat syurga memancing pilihan di sini..
Oleh itu kami KELAB MEMANCING TANJUNG ANGLER FISH HUNTER sangat memohon supaya Dato dapat menarik kembali larangan tersebut dan semestinya tidak adil kepada kami yg sering sama2 menjaga kebersihan kawasan itu dengan ikhlas dan tidak pernah mengharapkan apa2 balasan..
(Maklum balas YAB Ahmad Amzad Hashim – Ahli Parlimen Kuala Terengganu / Timb. Menteri Sains, Teknologi & Inovasi)
Isu Larangan Memancing dan Menerbangkan Drone berdekatan Drawbridge Kuala Terengganu
Saya telah dimaklumkan isu ini dan telah mengarahkan pegawai pusat khidmat Parlimen Kuala Terengganu turun ke lapangan untuk memahami isu apa.
Berikut laporan awal diterima oleh saya
Saya telah panjangkan kepada YAB Menteri Besar dan meminta supaya ia dibuat penelitian semula.
Salam semua, ringkasan drpd saya slps apa yg saya selidik.
1) isu melarang memancing seperti gambar diviralkan adlh benar. Ia krn mgkin sampah sarap dan perkara2 vandalism, namun ia amat dibantah oleh ahli kelab Tanjung Angler Fish Hunter (TAFH). Yg mne kumpulan kelab ini kerap mengadakan aktiviti-aktiviti pembersihan di sekitar kawasan tersebut dan menafikan sampah sarap itu dilakukan oleh mereka. Malah kemungkinan sampah sarap itu diwjudkan oleh pengunjung yg tiada moral dan tidak berdisiplin.
2) selepas hangat papan tanda larangan memancing dinaikkan, tular pula signboard larang kawasan terbang.
Seakan-akan perkara ini dirancang dan cube disabotaj utk menunjukkan kejumudan org PAS dalam mentadbir? Waallahualam.
Namun larang kawasan ini ia melibatkan aktiviti menerbangkan drone. Kita jgn lupa, yg byk mempromosikan negeri terenggannu terutamanya drawbridge adalah gambar2 drone yg sgt menarik.
Malah, tempat tersebut out of the Area NFZ.. Means, bkn kwsn yg dalam radar DCA.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...