Air cantik

Terubuk Sarawak yang datang nun jauh dari Kuching pun tidak kurang hebatnya pada hari tersebut. Berkat kerajinan dan ketekunan beliau mengilat dan sedikit trekking di tebing berbatu, beliau juga berjaya mendaratkan beberapa ekor MJ dan tetanda.

 

Biarpun saiz yang kurang memberangsangkan, namun beliau yang baru pertama kali membuat kunjungan ke sini tetap berbangga kerana berjaya mendapat lesen tangkapan di MPG.

 

Manakala kumpulan Pak Anjang telah memilih spot Batu Hampar yang berada betul-betul sebelah seberang spot Tanjung tempat kumpulan saya.

Suara yang sayup-sayup kedengaran dengan sorak gembira memberikan tanda yang kumpulan mereka juga berjaya mendaratkan ikan buruan.

 

Kumpulan Pak Anjang yang terdiri daripada Azizul TambyChin, Zurkanain Majidi Wong, Boy dan beberapa orang lagi meneruskan sesi casting menggunakan bot untuk mencari MJ yang lebih besar.

Beberapa ekor MJ dan tetanda juga menjadi koleksi tangkapan kumpulan Pak Anjang pada hari tersebut.

 

Oleh kerana keasyikan mengilat, tak terasa pula jam sudah menunjukkan ke angka 2 petang. Semua ahli komplot ternyata berpuas hati dengan sesi pagi tersebut.

Tidak kurang juga rungutan daripada ahli komplot yang gagal mendaratkan apa-apa tangkapan, meskipun mendapat beberapa sambaran.

 

Saya yang sering berkunjung ke tasik ini juga berasa agak musykil, ke mana hilangnya gerangan MJ yang bersaiz 1-2 kg seperti kebiasaannya serta kerapu, siakap putih dan spesies predator yang lain pada hari tersebut.

 

Ahli komplot yang sudah letih memerlukan rehat untuk sesi seterusnya petang tersebut. Ahli komplot segera bergerak ke bandar Mukah untuk makan tengah hari dan membuat kunjungan ke kedai pancing.

IKLAN

 

Namun begitu, kumpulan Pak Anjang yang terpaksa balik awal pada petang tersebut, masih meneruskan acara mengilat hingga ke jam 4 petang sebelum berangkat ke Sibu.

 

Komplot pada hari tersebut terpaksa ditamatkan awal kerana keadaan air yang sudah mula surut besar. Ahli komplot mencuba pula di sebuah muara sungai yang bersambung dengan Tasik MPG, namun gagal mendatangkan sebarang hasil.

Setelah hampir sejam mencuba, ahli komplot kembali semula ke Tasik MPG untuk merancang aktiviti yang seterusnya.

 

Lewat petang, keputusan telah dibuat oleh pengilat-pengilat dari Bintulu untuk kembali lagi pada keesokan harinya yang rupa-rupanya telah pun menempah hotel di bandar Mukah untuk bermalam.

 

Hari kedua

Komplot pada hari kedua cuma melibatkan pengilat-pengilat dari Bintulu yang terdiri daripada AdieZul Chabe, Sanip Noh, Frank Joseph, Mathius Ventorum dan Uncle ‘Burn’.

Awal-awal lagi saya telah menempah sebuah bot yang mampu memuatkan lima orang pengilat untuk satu-satu masa.

 

IKLAN

Untuk sesi pagi ini saya tidak dapat menyertainya kerana komitmen kerja. Namun begitu saya mengikuti perkembangan sesi pagi tersebut dengan SMS dan panggilan beracun daripada AdieZul.

 

Perkhabaran gembira diterima mereka berjaya mendaratkan beberapa ekor MJ dengan saiz yang boleh dibanggakan.

Kalau semalam, Frank Joseph sering dikecewakan dengan kes rabut dan gagal untuk mendaratkan ikan sasaran, namun komplot hari kedua ini dia cukup menjadi.

 

Selesai urusan kerja, petang berkenaan saya kembali ke MPG untuk menemui geng Bintulu. Komplot pada hari kedua ini berakhir juga setelah semua pengilat berpuas hati dengan hasil tangkapan masing-masing.

Sebelum berangkat pulang, kami sempat juga menjamu selera sekali lagi di bandar Mukah.

 

Kesimpulan daripada Komplot

Komplot ini dapatlah dikatakan berjaya dengan masing-masing berjaya mendaratkan ikan sasaran meskipun saiznya yang tak seberapa. Ini membuktikan bahawa Tasik MPG ini memang berpotensi untuk aktiviti sukan pancingan.

 

IKLAN

Di samping itu menerusi komplot ini juga berjaya menyatukan ahli-ahli MAG dengan geng pancing dari Bahagian Sarawak yang lain.

Biarpun acara ini julung-julung kali di adakan dan juga masih di tahap percubaan, namun sikap profesional di kalangan pengilat-pengilat yang hadir telah menjayakan komplot ini.

 

Info mpg

Tasik MPG merupakan sport casting popular di Mukah, Sarawak. Ia merupakan kolam takungan air yang besar untuk kegunaan jana kuasa elektrik arang batu.

Apabila air pasang, ikan dari laut akan memasuki tasik ini dan terus menjadikan tasik ini habitatnya ekoran tebing dan dasarnya berbatu.

 

 

 

Spot ikan

Paras air tasik ini dipengaruhi pasang surut air laut. Di sebabkan Tasik MPG ini luas, lokasi sport ikan adalah secara rawak.

Terdapat beberapa struktur seperti pokok tumbang, bot usang tenggelam. Casting pelbagai cara dan teknik perlu dipraktikkan sehampir mungkin dengan struktur ini. Kebarangkalian gewang sangkut adalah tinggi.

 

Pemancing digalakkan melepaskan hasil tangkapan terutama bersaiz juvenil. Sepanjang berada di sini, kaki pancing perlu mematuhi larangan dan tidak dibenarkan sama sekali menceroboh ke dalam stesen jana kuasa.

 

Set sesuai:

Ikan di sini kini jarang melebihi saiz 2 kg berbanding MPG mula-mula dibuka. Jadi penggunaan set ringan untuk perlawanan mengasyikkan dan juga gewang bersaiz mikro hingga 7cm adalah amat disarankan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI