Lain lokasi lain panduan dan kaedah memancingnya walaupun memburu spesies yang sama. Begitu juga dengan situasi padang pancing popular Air Ganda di Gerik, Perak ini.

Berikut merupakan serba sedikit panduan & tip untuk korang yang kali pertama ke Air Ganda.

 

Penginapan

Khidmat memancing di sini berkonsepkan pakej casting harian. Jika kaki pancing bercadang nak memancing ekstra, perlulah menginap di hotel di pekan Gerik sebelum keesokan harinya datang semula ke Air Ganda.

 

Pancing layang

Selain casting menggunakan umpan tiruan atau gewang, Air Ganda juga menjadi kegemaran kaki fly fishing untuk bergasak dengan toman.

Malah jika korang berhasrat untuk memancing toman dengan menggunakan umpan keli pun bukanlah satu kesalahan.

 

Sesat

IKLAN

Korang juga boleh membawa bot sendiri sini, tetapi tidak ramai yang berani membawanya, lantaran landskap Air Ganda yang berliku-liku yang mampu menyesatkan. Jadi, gunakan saja khidmat guide yang ditawarkan.

 

Taktik & Teknik Casting Toman Air Ganda

 

Taktikal gewang

Pada awal pagi gunakanlah gewang jenis permukaan atau top water kerana toman lebih tertarik dengannya.

Selain itu pada ketika inilah korang berpeluang melihat sambaran-sambaran rakus gewang di depan mata.

IKLAN

 

Zon strike

Peluang untuk mendapatkan strike toman amat tinggi sekiranya gewang dilontar sehampir mungkin di bahagian hadapan atau sisinya.

Lontaran di bahagian belakang (bahagian ekor) agak sukar mendapat sambaran.

 

Penyelamat gewang

Alat penyelamat gewang atau lure retriever jangan sesekali terlupa bawa jika ke sini. Lebih-lebih lagi jika menggunakan gewang selam dalam atau kes tersangkut.

IKLAN

 

Tiada musuh

Populasi toman Air Ganda sentiasa membiak ekoran faktor makanan (ikan loma) yang banyak selain faktor dipenuhi bangkar-bangkar kayu dan tiada musuh.

 

Tapau

Makanan tengah hari perlu dibeli siap-siap dari luar atau bagi yang rajin memasak bolehlah membawa kelengkapan ringkas.

 

Sayangi nyawa

Bekalan air terutama air mineral juga perlu cukup kerana casting seharian memerlukan tenaga dan air yang banyak. Dan tentu saja jangan dilupakan jaket keselamatan.

 

Taktik & Teknik Casting Toman Air Ganda

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI