IKLAN

Trip ulangan kali kedua menduga lautan Sabah benar-benar mencapai misi seterusnya ‘memecah tong’. Jika anda ingat lagi, tahun lepas kami buat pertama kalinya mencuba nasib di Sabah, dan kerana keterujaan dengan hasil laut Sabah inilah yang membuat kami dari Kelab Pemancing Wanita Malaysia (WAC) gigih membuat trip ulangan pada tahun ini.Peserta trip kali ini seramai 12 orang ahli Kelab Pemancing Wanita Malaysia iaitu Normala, Shima, Zahra, Liza, Farah, Laili, Anun, Azimah, Amy, Fred, Shida, Atteh dan diketuai guider kami iaitu Pok Mud.

Trip 3 hari 2 malam di atas bot bukanlah perkara remeh temeh bagi kami, lebih-lebih lagi memandangkan kami semua adalah wanita. Persiapan rapi serta persediaan diri dan mental sangat penting. Tidak lupa juga pengurusan tiket kapal terbang dan perubatan. Dari segi peralatan memancing, kesemua peserta membawa dan menggunakan set reel elektrik untuk bermain ‘bottom’ dan ada juga yang membawa set jingging untuk mencuba nasib di sana.

9hb april 2017, kami berkumpul pada jam 9 pagi di Jeti KK Waterfront bersebelahan pasar besar selepas membeli beberapa bekalan makanan ringan di pasar itu. Lebih kurang jam 10 pagi, bot memancing kami yang pandu kapten Mazlan mula bergerak meninggalkan jeti. Perjalanan menuju ke destinasi atau port memancing kami memakan masa lebih kurang 6 jam. Sepanjang perjalanan, kami menggunakan masa sebaik mungkin dengan membuat persedian memancing, memasang rod dan sebagainya.

IKLAN

Destinasi pertama kami tiba pada jam 4 petang. Sebaik sahaja sauh dilabuhkan, kami tanpa membuang masa memulakan aktiviti permancingan kami. Untuk trip kali ini, peserta pertama yang ‘memecahkan telur’ paling awal adalah cik Anun dengan ‘double strike’ ikan kerapu dan merahnya. Teruja melihat hasil cik Anun, semua peserta yang lain gigih mengendalikan set pancingan masing-masing.

Hasil bersilih ganti, bertuahnya kami kali ini kerana kapten bot kami rajin menukar port apabila peserta sunyi dari hasil yang dinaikkan. Setiap port mempunyai hasil yang berbeza-beza tetapi tetap memberangsangkan. Cuma pada malam yang ke-2 sahaja hasil agak hambar dan lebih menhambarkan apabila umpan kami habis. Untuk meneruskan memancing, kami mencari umpan ikan menggunakan teknik apollo.

IKLAN

Antara ikan yang berjaya kami naikkan ialah ikan merah, ikan kerapu, ikan ibu kerisi, ikan ayam, ikan ‘mata liza’, ikan uji rashid (mata besar), ikan kacang, ikan haruan tasik, siakap merah, ikan tanda karang , ikan tanda tanya dan lain-lain.

Cukup menarik perhatian kami, untuk pertama kalinya kami melihat ikan ‘scorpion’ (dinaikkan oleh Shida) dan ‘electric eel'(dinaikkan oleh Normala). Tetapi  tekong membuang semula ikan itu ke laut kerana bimbang kami tersentuh ikan itu yang dikatakan merbahaya dan berbisa. Juga turun dinaikkan ikan ‘Wobbegong Shark’ oleh Shida tetapi dilepaskan semua ke laut untuk memelihara spesis ikan ini agakntidak pupus.

Pagi-pagi hari ke-3 (11hb april 2017), bot sudah bergerak untuk pulang ke darat. Dalam perjalanan pulang, inilah aktiviti yang ditunggu-tunggu kami semua iaitu mengeluarkan semua hasil dalam tong dan bergambar kenangan. Untuk pengetahuan anda semua, tong ikan pertama dan kedua kami sudah penuh,selebih ikan pancingan kami masukkan dalam tong sejuk bot. Pada tahun lepas kami tak dapat merasa bergambar dengan ikan penuh atas meja. Kali ini, hasil pancingan kami seperti ikan dipasar. Menarik dan suatu pengalaman yang tak akan dilupakan.