Perancangan untuk beraksi semula di lokasi Pulau Bidan, Pulau Telor dan Pulau Song Song sudah lama kami sepakat untuk datang semula ke sini sejak kali terakhir tahun lalu menjejakkan joran di sini.

Namun istimewanya kali ini, kami memfokuskan pancingan light jigging dengan beberapa ketul gewang tiruan pilihan dari Bakau jadi sandaran untuk diaplikasikan.

 

Kenapa Light Jig?

Beberapa kali kehadiran kami di sini tidak sekalipun terlintas ketika itu mencuba aplikasikan rantaian gewang-gewang light dari Bakau.

Kebetulan ketika di sini, kami berpakat untuk sebulat suara maksimumkan penggunaan gewang light jig jenama Bakau dan ghairah ingin lihat sendiri kehebatannya!

 

Istimewanya Di Sini!

Mungkin bagi sesetengah pemancing tegar enggan mencuba untuk memancing di ketiga-tiga pulau ini kerana khabarnya agak susah untuk ‘strike’ ikan yang besar.

Namun, istimewanya di sini kejutan saiz ikan yang acap kali dinaikkan barangkali boleh mengejutkan pemancing jika bernasib baik.

Tempoh memancing sedikit sebanyak mempengaruhi suasana trip secara keseluruhan. Kami kurang bersetuju jika ada pemancing setempat katakan lokasi ini kurang ikan!

 

Cukup Ke 1 Hari?

Untuk trip yang memfokuskan light jigging sambil mencuba-cuba aplikasikan gewang memadailah sekadar 1 hari trip bagi kami.

Cumanya, perlulah bergerak awal untuk dapatkan aksi pertembungan satu lawan satu yang epik lagi berbaloi dengan ikan yang dihajati.

 

Bermulalah Segalanya 

Masing-masing di antara kami terus sahaja mencapai set light jigging yang telah disediakan lebih awal.

Maklumlah, hendak memancing light jig ini set kekili dan joran tidak perlu bertugasan berat memadailah sekiranya set ringan dan sederhana ringan diguna pakai.

Disebabkan sebelum kedatangan kami ke sini sempat sedikit research dilakukan, penggunaan gewang light jig punyai berat dari skala 30 – 80 gram sudah cukup berkemampuan membuktikan sesuatu pada kami.

IKLAN

 

Trip Light Jigging 3 Pulau

 

Untuk itu, kami memilih Bakau Jig (BSJ 2208) yang beratnya 40g, sebagai gewang uji kaji kami.

Kami melihat, keadaan arus tidaklah begitu kuat dan sedikit tenang, jadi kami berharap berkemungkinan pilihan kami ini berpotensi meraih sesuatu nanti.

 

Bersilih Ganti Strike

Bila sampai di spot dikehendaki, unjunan jig daripada KC Yap sekali lagi berjaya terlebih dahulu naikkan ebek.

Aksi pertembungan hampir 10 minit ini dikejutkan dengan teriakan Samson Khor yang turut berjaya mendaratkan Jenahak.

Mujurlah, kekuatan tali sulam dari Ajiking membataskan asakan padu dan berturut-turut. Cukup mengagumkan apabila tali langsung tidak sangkut atau putus sebaik menerima hentaman yang kuat.

Turut dibantu dengan pengalaman yang lalu, selang beberapa minit kemudian spesies ikan gelama pula berjaya digoda.

 

Trip Light Jigging 3 Pulau

IKLAN

 

Kami dimaklumkan oleh pemancing setempat, spesies ikan gelama agak jarang kelihatan sejak beberapa tahun lalu.

Kami bolehlah dikira beruntung dan bernasib baik, kerana ikan spesies gelama ini tergoda dengan gewang Bakau yang di kemudi kemas oleh Samson walaupun pada mulanya ikan ini bukanlah sasaran kami.

 

Sotong Oh Sotong!

Menyedari persekitaran tiga buah pulau ini memiliki banyak sotong menggabang, kami tidak ketinggalan untuk mencarinya. Untung-untung boleh dibawa pulang masak tumis pedas.

Selepas beberapa kali casting, akhirnya kami berjaya memperdaya beberapa ekor sotong dengan set ringan dan menggunakan candat sotong jenama Bakau.

Kaedahnya adalah lontarkan sejauh mungkin candat ini ke pinggir batu pulau, biarkan ia tenggelam seketika dan karau. Selain itu, candat ini juga di unjun ke bawah dan ke atas ketika kami berada di atas bot.

 

Trip Light Jigging 3 Pulau

 

Samson Khor dan KC Yap masing-masing berjaya menaikkan saiz sotong yang diinginkan setelah hampir 25 minit mencuba. Sememangnya kawasan berbatu di sekitar Pulau Song Song, Pulau Bidan dan Pulau Telor adalah lubuk sotong menggabang.

 

IKLAN

Mencuba Teknik Appolo!

Tidak lama selepas itu, kami bertukartukar lakukan teknik pancingan appolo, bagai sudah rezeki kami bertalu-talu ikan yang berjaya didaratkan dengan strike berganda-ganda.

Agak penat terutama Samson melayan semua ikan yang berjaya naik ke permukaan.

 

Trip Light Jigging 3 Pulau

 

Pertempuran Belum Selesai 

Kami terus bergerak menuju ke beberapa spot khas khusus mencari ikan seperti jenahak dan ebek.

Dengan keadaan air mula bergelora, kami teruskan menuju ke spot berpotensi di sekitar kawasan antara Pulau Telor dan Pulau Bidan iaitu lokasi tulen spesies Jenahak berlegar-legar.

 

Trip Light Jigging 3 Pulau

 

Jumpa Lagi!

Walaupun hakikatnya kami tidaklah disajikan dengan aksi yang begitu bertenaga. Trip kali ini bolehlah dianggap sukses.

Ini kerana gewang tiruan jenis light jig yang dieksperimen berjaya hasilkan sesuatu yang membanggakan.

Tempoh yang singkat dengan beberapa strike yang boleh dikira dengan jari mungkin kerana nasib yang tidaklah begitu menyebelahi kami. Matahari terbenam simbolik untuk kami terpaksa pulang.

(Oleh: Muhammad Safuwan)

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI