Ketika memilih ikan, pastikan isi ikan pari berwarna cerah dan tidak gelap. Hidu ikan-ikan tersebut sama ada berbau hancing atau tidak. Sebaiknya, pilih ikan yang tidak berbau hancing kerana ia memudahkan proses memasak.
Bagi ikan ketuka pula,biasanya ia dijual tanpa dipotong (seekor). Oleh itu untuk mengenal pasti tahap kesegarannya adalah dengan cara tekan badan ikan dan pastikan ia mempunyai tekstur pejal serta tidak lembik.
Jika ikan pari atau ketuka yang anda beli berbau hancing, jangan dibuang kerana ia masih boleh dimasak dan dinikmati tanpa membantutkan selera. Apa yang anda perlukan ialah menyediakan bahan berikut:
Ads
Asam jawa
Air
Ads
Cara penyediaan:
Bersihkan ikan pari atau ketuka. Buang perut dan organ-organ dalamannya. Bilas hingga bersih.
Ads
Lumur asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ratakan dan perap selama 20 minit.
Bilas menggunakan air bersih dan toskan.
Sedia untuk dimasak mengikut citarasa anda.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Spesies talang pandan dan todak biasanya berada di sekitar kelong setiap waktu, manakala yang lain lebih dipengaruhi oleh musim dan pasang surut. Air bunga pasang dan bunga surut adalah waktu terbaik. Air mati pula kurang sesuai untuk buru spesies mega.
Tamban merupakan umpan terpenting dan saiz umpan yang besar menjanjikan hasil yang besar. Ikan selar pula kurang dapat perhatian. Sebaik-baiknya gunakan apollo saiz 5, 7 atau 9 dari jenis sisik / kulit ikan untuk mencari tamban dan selar.
Apollo juga kadangkala mampu menjerat sagai, todak dan talang pandan. Untuk memancing alu-alu besar, umpan talang pandan dan todak saiz 200 ke 400gram adalah yang terbaik, malah ada pemancing menggunakan talang sehingga 900gram untuk menunggu alu-alu belasan kilo.
Menghanyut tanpa pemberat dan pelampung lebih efektif, dan biarkan ikan hanyut mengikut arah arus. Umpan yang dihanyutkan berhampiran kelong mudah menjerat talang, talang pandan dan todak. Jika menyasarkan tenggiri dan alu-alu, sebaik-baiknya lepaskan umpan kira-kira 50 meter atau lebih dari kelong.
Ini memberi kelebihan untuk kita melemahkan mangsa sebelum ia menghampiri kelong, takut-takut nanti ikan melakukan pecutan terakhir ke arah tiang kelong.
Sekiranya hendak menggunakan pelampung, pastikan jarak umpan dan pelampung sedepa atau lebih. Jika kurang, umpan pasti menjadi perhatian sang todak terlebih dahulu.
Kalau umpan tamban banyak tak apa juga juga kerana ada masa-masa tertentu amat susah hendak mendapatkan tamban, lebih-lebih lagi radius permainan tamban melangkaui tahap balingan apollo. Alamatnya kenalah makan angin, tunggu kumpulannya menghampiri kelong.
Sebagaimana yang dinyatakan dalam segmen info spesies ikan telinga gajah, terdapat satu spesies ikan telinga gajah yang makan pancing atau boleh dipancing. Untuk memancing telinga gajah ini kita terlebih dahulu perlu tahu lokasi habitat, kesesuaian waktu, jenis umpan, cara persembahan umpan dan peralatan yang tepat.
Ikan telinga gajah boleh ditemui secara konsisten di kawasan tukun kapal karam, tukun-tukun konkrit yang besar atau struktur tiang konkrit dengan kedalaman sehingga 50 meter. Antara lokasi popular untuk menemuinya ialah di gugusan pelantar minyak, rumah api Pematang Sedepa atau One Phantom Bank dan kelong konkrit seperti Kelong Paradise di Sabak Bernam.
Di Kelong Paradise dan rumah api One Phantom Bank contohnya sudah sekian lama menjadi medan pancingan telinga gajah.
Kesesuaian waktu
Tiada waktu khusus untuk pancingan ikan telinga gajah. Ini kerana ia aktif mencari makan pada waktu siang dan malam. Walau bagaimana pun ia dikatakan lebih sesuai dipancing ketika air kecil dan kurang berarus. Dan lebih agresif memburu makanan ketika air pasang mula berhenti.
Umpan dan persembahan.
Ikan-ikan kecil, krutesia dan alga merupakan diet utama telinga gajah. Maka tidak hairanlah ia memilih lokasi seperti tukun dan struktur tiang-tiangan yang menjadi tumpuan sumber makanan sebagai habitatnya.
Selain udang hidup yang banyak digunakan sebagai umpan, ikan telinga gajah juga boleh dipancingan dengan menggunakan dedak ayam. Malah penggunaan dedak ayam sebagai umpan sudah menjadi trend sejak sekian lama oleh para penggemar telinga gajah.
Peralatan
Kesesuaian peralatan banyak bergantung kepada habitat telinga gajah itu. Sebagaimana diketahui, habitat kegemaran telinga gajah dipenuhi dengan struktur yang menjadi bentang kepadanya untuk menyelamatkan diri.
Justeru peralatan yang berkuasa perlu digunakan. Kekili yang mempunyai kuasa putaran yang tinggi dan mampu menghalang telinga gajah memasuki struktur. Begitu juga dengan joran. Sekiranya joran digunakan lembik maka peluang untuk mendaratkannya adalah rendah.
Sebagaimana yang semua ketahui, batu ladung adalah pemberat yang banyak digunakan dalam aktiviti memancing. Kita juga sudah mengenali jenis-jenis pemberat yang lazimnya diperoleh di pasaran terutamanya kedai pancing.
Sekiranya kurang puas hati dengan ladung sedia ada atau sebagai langkah berjimat cermat, anda boleh buat sendiri batu ladung atau pemberat dari bahan-bahan selain timah. Berikut disenaraikan pemberat alternatif sebagai pengganti ladung timah.
Ladung Besi Bar
Pemberat yang diperbuat daripada besi bar (besi yang biasa digunakan untuk tiang konkrit) merupakan pemberat alternatif paling popular. Besi bar diameter 1-2 inci biasanya dipotong dalam ukuran panjang 6-12 inci bagi menghasilkan pemberat dalam anggaran 500-1000gram setiap satu.
Besi ini dipaterikan dengan dawai separa bulat bagi membolehkan ia disambung ke tali perambut. Kelemahan pemberat ini ia mudah karat kerana diperbuat daripada besi. Untuk itu ia biasanya dicat tebal bagi menghindarnya dari cepat karat.
Ladung Batu
Memang jarang-jarang pemancing buat ladung jenis ini. Biasanya hanya batu yang mempunyai lekuk atau lubang sahaja yang dipilih. Lekuk pada batu ini akan disimen bersama pencangkuk bagi membolehkannya disambung ke perambut pancing. Untuk lebih jimat lagi, anda juga boleh mengikat batu dengan tali tangsi.
Ladung Spark Plug
Pemberat yang diperbuat daripada palam pencucuh atau spark plug ini merupakan pemberat alternatif yang paling popular dan banyak digunakan. Ia sangat mudah digunakan hanya diikat tali perambut saja. Namun ia hanya sesuai untuk pancingan ringan dan kurang sesuai di padang pancing yang aliran arusnya kuat.
Ladung Lemang
Tidak kira apa jenis acuan sama ada tanah liat, buluh atau sarang telur… ia merupakan ladung buatan sendiri yang diperbuat daripada logam yang dicairkan terutamanya timah. Ini kerana timah lebih mudah dicarikan berbanding logam tak berkarat lainnya. Ladung acuan sememangnya alternatif terbaik menggantikan pemberat sedia ada di kedai pancing.
Ladung Simen
Selain logam, serbuk simen juga boleh dibentuk dan dijadikan pemberat alternatif. Memandangkan simen tidaklah padat dan mampat (harga pun mahal juga sebenarnya), apa saja logam atau batu boleh digunakan dan disalut dengan simen.
Ladung Pasir
Jika terdesak dan sangat perlukan pemberat untuk memancing, anda boleh guna sumber berdekatan sebagai altenatif. Contoh terbaik adalah pasir. Caranya, carilah satu plastik (macam plastik aiskerim) dan letakkan pasir di dalamnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...