Trip Kemasin ini setiap orang dari kami masing-masing membawa 2-4 set joran seorang dari kelas light ke heavy action. Rod light amat penting untuk mencari ikan apollo dan mencandat sotong bagi mencari umpan hidup.
Bagi kekili pula saiz 4000 ke atas bagi spinning reel. Drum (multiplier) dan 4 set kekili elektrik (bangla) menjadi taruhan perairan di sini. 4 buah bateri kereta diperlukan disebabkan soket untuk kekili elektrik tidak disediakan.
Rod holder tidak perlu dibawa kerana bot milik tekong Mat Yie dilengkapkan dengan deretan rod holder. Ia ternyata meringan beban pemancing untuk membeli dan membawa rod holder sendiri.
Ads
Kedua-dua kekili dilengkapi dengan tali utama braided dan mono yang berkekuatan 40-100lb. Panjang tali utama kesemua kekili adalah melebihi 200meter.
Shockleader atau perambut serap kejutan pula kami bekalkan dalam pelbagai regangan iaitu dari 50-100lb. Adalah penting untuk bawa perambut pelbagai saiz berpandukan saiz ikan sasaran dan situasi struktur di dalam laut.
Ads
Perambut dawal lembut juga kami bawa di antara saiz 40-70lb. Set mata kail pula kami bawa di antara saiz 3/0-7/0.
Ranggung yang dibawa adalah jenis tanduk dan jenis tiub yang slot in. Bagi batu ladung pula pelbagai saiz iaitu no 5-16. Saiz 5-10 untuk apollo dan 12-16 untuk pancingan dasar. Ladung pelbagai saiz diperlukan mengikut kesesuaian arus.
Ads
Apollo set saiz 10-14 (2 set setiap saiz) setiap seorang untuk pancingan ikan kerisi, selayang dan kerapu kecil. Set candat sotong pula kami bekalkan jenis candat mayat (merah putih), candat payung dan candat berbentuk udang.
Bagi set jig pula kami bawa set 40-60gm sahaja yang berwarna redhead, pink dan blue greenish.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Senangin makan gewang ke… biar betul? Iya… memang betul! Tak dinafikan kebanyakan pemancing hanya mengetahui ikan senangin hanya boleh dipancing dengan teknik umpan hidup dan jigging saja. Sebenarnya ikan senangin juga boleh dipancing dengan teknik mengilat atau casting.
Untuk memikat senangin, terutama sekali pemancing harus tahu keadaan pasang surut air. Pada kebiasaannya, paras air pasang dari 1.8 ke 3.0 meter merupakan waktu yang terbaik.
Apabila air mula pasang, tunggu sehingga paras air naik ke separuh nak penuh baru boleh cuba untuk memikat senangin. Keadaan air pula wajib berarus.
Tetapi tidak terlalu laju dan tidak pula terlalu perlahan. Cubalah memikat sehingga paras air hampir pasang penuh.
Apabila air sudah pasang penuh, senangin agak kurang makan dan tidak aktif. Tunggulah sehingga air mula bergerak sudut dan mencuba lagi memikat sehingga paras air surut dan kembali normal.
Lazimnya senangin sangat suka dengan keadaan dasar yang berpasir dan tidak terlalu dalam. Jangkaan dalam 2-3 meter kedalaman air.
Untuk memikat senangin, pemancing boleh cuba teknik top water (popping), gewang crank selaman dalam dan micro jig (10-20 gram) mengikut tempat dan kelajuan air.
Pemilihan gewang sebaiknya tidak terlalu besar. Memadai gewang bersaiz 7cm hingga 9 cm. Untuk teknik popping pula, pemancing harus memilih popper yang agak bising (bunyi kuat) untuk menarik perhatian senangin.
Selain itu teknik karauan juga memainkan peranan. Kebiasaannya, karauan laju dan jerk menjadi keutamaan. Bagi penggunaan gewang crank selaman dalam pula, lakukan karauan seperti biasa sahaja.
Hanya baling dan karau santai. Bagi penggunaan micro jig pula, teknik jerk hujung joran dan karau untuk dua atau tiga pusingan dilakukan berulang kali.
Sebaiknya setiap balingan ke sesuatu spot yang sama itu diulang beberapa kali sebelum beralih ke spot yang lain.
Kebiasaannya senangin memburu makanan secara berkumpulan. Oleh yang demikian, pemancing boleh melontar gewang di tempat yang sama apabila nampak ada pemangsa mula menyambar gewang. Kemungkinan senangin yang lain pula akan menyambar gewang yang anda lontarkan.
Senangin juga memiliki aksi akrobatik apabila terkena gewang. Seperti siakap, ia juga berkebolehan memutuskan tali pancing dengan pipinya yang tajam. Jadi pemancing harus pandai control drag sewaktu ikan mengena dan berhati-hati melayan sehingga ikan selamat didaratkan.
Untuk pengetahuan semua, tip dan panduan ini amat berkesan di padang pancing khususnya di muara Sungai Penor, Kuantan. Mungkin di lokasi lain sebelah pantai barat sedikit berbeza namun tiada ruginya jika pemancing ingin mencubanya.
Bagi kaki pancing yang berkunjung ke sangkar ikan Greenway, antara spesies ikan yang sering menjadi sasaran utama kaki pancing ialah kerapu, senangin dan jenahak. Menurut Vincent, kerapu sering menjadi sasaran utama kaki pancing yang biasa datang ke sini. Pun begitu, beberapa spesies lain seperti daun baru, ketuka, merah, tanda, gelama dan lain-lain juga boleh dipancing.
Keadaan arus di sini agak laju dan penulis menyarankan agar pemancing yang menggunakan batu ladung yang agak besar. Penggunaan umpan hidup seperti anak ikan paling efektif semasa kunjungan penulis namun umpan udang dan ikan kembong juga turut efektif berdasarkan pengalaman Vincent.
Secara keseluruhan, keadaan Greenway Fish Farm and Chalet memang sesuai sebagai lokasi untuk anda meluangkan masa bercuti bersama keluarga atau bersantai sambil memancing bersama rakan-rakan. Kaki pancing yang mahukan lokasi memancing santai dan merasakan angin laut, apa kata anda luangkan masa di sini nanti.
BAGAIMANA KE SINI?
Dari Kuala Lumpur, pandu ikut Lebuhraya Persekutuan hingga ke Pelabuhan Klang. Manakala jika anda dari Petaling Jaya boleh memandu mengikut NKVE. Pandu terus menuju ke Pelabuhan Klang (South Port).
Pilihan lain adalah menggunakan komuter. Dari Stesen KL Sentral, ambil perjalanan ke Stesen Pelabuhan Klang yang mengambil masa kira-kira 1 jam.
Apabila anda tiba di jeti, anda boleh pilih perkhidmatan bot atau feri ke Pulau Ketam. Jika anda mahu terus ke Greenway, ambil bot ke sana kerana perkhidmatan feri membawa anda ke Pulau Ketam dan anda perlu menaiki bot lain ke Greenway.
(Untuk pakej terkini bolehlah hubungi pihak Greenway)
Apabila memancing ikan sungai pegunungan seperti tengas, kita perlu banyak ‘mengendap’ iaitu bergerak senyap, perlahan dan menyamarkan diri dengan persekitaran. Kaedah mengendap ini lebih penting berbanding pemilihan umpan. Tengas hidup dalam persekitaran yang terdapat makanan mengalir laju mengikut air, jadi spesies ini tidak begitu memilih makanan.
Namun walau apapun umpan terbaik yang digunakan, tengas tidak akan menyentuhnya sekiranya ia dapat melihat anda. Jadi, anda perlu berpakaian hijau, berselindung di sebalik batu atau pokok ataupun duduk di bawah bayangan sekiranya mahu mengendap tengas.
Berkenaan dengan umpan pula, tengas menggemari pelbagai umpan termasuklah pelet, biskut (campur sedikit kunyit sebagai pewarna) dan juga roti canai! Belalang, cengkerik, cacing dan lundi pasir juga merupakan kegemarannya lebih-lebih lagi dalam air keruh.
Umpan utama yang biasa digunakan oleh rakan-rakan saya ialah sejenis serangga yang dipanggil belalang togel, iaitu belalang hijau dengan perut yang bulat gemuk dan kaki belakang yang panjang. Tengas memang pantang nampak belalang ini, pasti disambarnya. Walau bagaimanapun, umpan terbaik apabila air keruh ialah perut ayam.
Jika anda ingin memancing tengas pada siang hari dan menjangkakan mampu mendapat ikan kecil tidak lebih dari 500gm, peralatan ringan dengan ketahanan 2-6lb sudah memadai.
Kekili mendatar jenis kecil dengan sistem tegangan yang licin paling sesuai. Joran yang panjang mungkin menyukarkan bagi yang kurang berpengalaman tetapi banyak kelebihan di sebaliknya.
Perairan tengas biasanya kecil dan sempit, oleh itu umpan perlu dilontarkan dengan cara menghayun (bukan melontar) atau hanya menjatuhkan terus ke dalam olak di belakang batu. Jadi joran yang panjang dapat menjalankan tugas ini dengan baik sekali.
Pengawalan hanyutan umpan dan tarikan ikan juga menjadi lebih mudah. Joran sepanjang 7-9 kaki juga boleh digunakan kerana ia sudah cukup lembut untuk mengawal tali halus. Gunakan tali perambut sepanjang 20 hingga 25 cm yang diikat pada cili dan batu ladung yang cukup kecil supaya hanyutan umpan kelihatan lebih semulajadi.
Untuk ikan kecil, gunakan mata kail bersaiz 16 hingga 10 (skala Mustad). Saiz yang kasar sesuai untuk umpan belalang dan cengkerik. Kebiasaannya, tengas kecil suka bermain di kawasan sempadan antara air deras dan olak tenang.
Cara yang banyak digunakan ialah dengan melontar umpan ke arah arus deras sambil tali dilepaskan beberapa meter ke hilir, kemudian karau.
Umpan akan hanyut ke olak tenang dan biasanya ragutan berlaku apabila umpan melewati sempadan yang disebutkan. Anda tidak perlu merembat joran dengan kuat kerana tengas sangat rakus menyambar umpan. Sentapan yang lembut sudah memadai.
Sekiranya anda ingin memburu spesies ini lebih-lebih lagi pada waktu malam, sebaik-baiknya gunakan tali yang kasar iaitu 8-12lb. Kaedah batu ladung hidup diperlukan, begitu juga dengan saiznya supaya sepadan dengan tali. Dengan ini, lontaran lebih mudah dilakukan dan penyampaian umpan kelihatan seperti semulajadi.
Spot kesukaan tengas pada malarn hari ialah pada bahagian ekor lubuk. Ikan ini lebih berani pada waktu malam kerana perairan yang agak tenang di bahagian tersebut menjadi medan perburuannya.
Anda perlu membiasakan diri dengan kawasan sebegini sebelum mengail kembali pada waktu malam lainlah sekiranya anda lebih gemar memancing pokok setiap kali lontaran! Memancing pada waktu malam di dalam hutan serta sungai berbatu amat membahayakan, jadi pastikan anda sentiasa berteman.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...