Set Joran

Rasanya tak perlu nak cerita panjang pasal joran ni sebab kat kedai pancing memang dah tersedia joran khas untuk pancing udang. Yang penting joran tu lembut, mudah lentur dan liat. Joran jenis ini akan memberi signal kepada kita bila udang dah sangkut. Kalau pakai joran yang keras, sebarang tindak balas udang kita tidak dapat lihat.

 

Tali Utama

Gunakanlah tali utama yang berdiameter halus. Kekuatan tali maksimum 10-15lb pun sudah memadai. Pastikan tali utama adalah tali benang atau braided supaya mengurangkan risiko dipotong ikan buntal. Paling leceh sebab nak kena set semula perambut mata kail dan rugi batu ladung hilang.

 

Batu Ladung

Batu ladung jenis berlubang di tengah atau batu biji kana biasa digunakan. Ia penting sebab bila udang dah tersangkut secara automatiknya ia akan menarik terus tali utama. Batu jenis ini membantu dari segi tahap kesensitifan joran. Berat batu adalah bergantung kepada arus sungai. Saya biasa menggunakan batu no 4 hingga 6.

 

Perambut Mata

Yang pasti kekuatan perambut adalah kurang berbanding mainline. 6-10lb sudah memadai. Berdasarkan purata terberat udang galah di sungai ini tidak melebihi 700gram. Sekiranya anda mendapat lebih dari berat itu, jackpot untuk anda. Perambut yang halus akan membantu menyelamatkan wang dan masa anda sekiranya mata tersangkut.

 

IKLAN

Mata Kail

Mata kail khusus untuk udang memang banyak dijual. Di sini saya biasa menggunakan mata kail saiz  sederhana iaitu no 4 hingga 6. Walau bagaimanapun, penggunaan mata ini bergantung kepada keadaan. Adakala mata kecil ok… kekadang kena pakai mata saiz besar. Sediakan lah pelbagai saiz.

 

Umpan

Lazimnya memang guna cacing tanah saja. Umpun-umpun adakalanya mengena juga. Jantung ayam juga digunakan dan biasanya udang saiz jenggo suka ambik umpan jantung ayam. Jantung ayam kena hiris halus-halus supaya mata kail senang sangkut.

 

Spot / Port

Di sini cuba cari kawasan air yang berarus. Tapi mengikut pengalaman di Sungai Pontian ni memang ada udang galah. Cuba la kat mana pun dari tepi hingga ke tengah sungai. Selain itu suhu air juga memainkan peranan. Sekiranya air terlalu sejuk udang macam malas nak cari makan.

IKLAN

 

Petua memilih waktu dan tempat

Berdasarkan pengalaman… time udang makan selepas 2 atau 3 hari hujan lebat diikuti cuaca panas. Udang biasanya suka melepak kat kawasan yang ada rimbunan kayu. Kawasan berarus dengan selekoh-selekoh sungai memang port dia.

 

 

 

Cara udang makan

IKLAN

Apabila udang galah beratnya lebih 300 gm maka umpan akan terus dilarikan dan hujung joran akan terus melentik ke bawah.

 

Untuk udang ukuran sederhana biasanya sewaktu umpan dimakan, hujung joran akan dipegang dan ditarik-tarik. Ini disebabkan ia mengutisdengan sepitnya sehingga hujung joran akan terangguk-angguk seperti ikan kecil yang makan.

 

Untuk udang yang berukuran kecil biasanya pola makannya hampir sama dengan yang berukuran sederhana, oleh kerana itu sering-seringlah memantau dengan menaikkan ujung joran dan apabila berat atau ada tarikan maka umpan sedang dimakan.

 

Memancing udang galah harus sabar, lembut dan penuh perasaan. Pada saat umpan dimakan oleh udang, joran akan melengkung, yang perlu kita lakukan tahan saja jangan disentap kerana berkemungkinan akan terlepas.

 

Kadang-kadang udang ni dia tak terus telan macam ikan sebab tu jangan disentap dengan kuat . Angkat joran pelan-pelan sambil menggulung kekili pelan-pelan dengan posisi hujung joran di atas udang sehingga tali tegak lurus dengan permukaan air.

 

Udang bisanya bila terkena pancing akan mundur ke belakang dan membengkokkan tubuhnya, jika disentap atau ditarik terlalu kuat akan membuat mulutnya sobek terkena kail dan terlepas.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI