Tidak dinafikan malah sememangnya penggunaan sabiki atau biasa disebut sebagai apollo amat berkesan untuk memancing ikan cencaru.
Namun di Kelong Acheh, penggunaan sabiki sahaja amat perlahan hasilnya. Berikut merupakan perkongsian pemilik Kelong Acheh untuk memancing cencaru.
Langkah 1
Pertama sekali perlulah mencari ikan umpan seperti tamban dan selar dengan menggunakan apollo. Sebaiknya dapatkan ikan tamban.
Untuk dapatkan ikan tamban ini gunalah apollo saiz 4 hingga 6. Manakala apollo yang bagus untuk digunakan ialah apollo udang warna-warni (udang getah pada mata kail).
Jika boleh biarkan ikan umpan ini hidup dengan menyimpannya di dalam bekas simpanan berudara. Atau disimpan bekas berais kerana kesegaran umpan amat penting untuk memancing cencaru.
Ads
Langkah 2
Apabila mendapati kehadiran ikan cencaru mula memasuki kawasan kelong, gunalah ikan tamban ini sebagai umpan. Ikan tambah dibuang sisik dan kemudian dipotong kecil.
Isi ikan ini kemudian dicangkukkan pada mata kail apollo saiz 12 hingga 16.
Apollo enam mata kail ini tidak perlu digunakan kesemuanya. Memadai hanya menggunakan 3 mata saja dengan cara memotongnya kepada dua bahagian.
Ads
Secara tidak langsung ia lebih menjimatkan.
Langkah 3
Ads
Apollo 3 mata kail yang telah dicangkukkan isi ikan tamban itu kemudiannya dilontarkan ke spot berdekatan kelong. Ia tidak perlu dilontar jauh.
Biarkan batu ladung mencecah dasar dan kemudian sekadar tegangkan tali pancing dan tunggu.
Konsepnya sama seperti pancingan dasar memancing ikan merah dan lain-lain lagi.
Penjelasan lanjut:
Kawasan sekitar kelong boleh dianggap sebagai cetek. Oleh yang demikian kebanyakan ikan pemangsa atau pelagik seperti cencaru akan turut turun ke dasar jika menemui makanan.
Disebabkan inilah memancing ikan cencaru menggunakan sabiki atau apollo yang diletakkan umpan segar lebih berkesan berbanding sekadar menggunakan apollo saja.
Selamat mencuba!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Memancing ikan pari merupakan salah satu cabaran memancing yang mengujakan. Pari boleh dipancing sama ada dengan menggunakan sampan atau bot, kelong atau juga pancingan pantai. Untuk perkongsian ini, kami berikan sedikit teknik dan taktik untuk pancingan pari di pantai.
Ketahui keadaan geografi tempat korang memancing. Jika korang memancing di kawasan landai dan berbeting, cubalah jelajah kawasan tersebut sewaktu air surut. Dengan itu korang mengenal pasti lopak yang biasanya menjadi kawasan pari berkumpul.
Waktu paling berkesan untuk memburu pari ialah pada waktu pergerakan air mula pasang dan mula surut. Namun pari juga agak aktif pada waktu air timpas iaitu surut sepenuhnya. Jadi, pastikan korang rujuk jadual pasang surut air laut sebelum memancing.
Jarak lontaran umpan bukanlah menjadi faktor utama untuk korang mendaratkan pari. Ada masa dan ketika pari juga berlegar di tepian pantai. Namun lebih jauh lontaran umpan yang korang mampu lakukan maka peluang untuk strike pari agak lebih cerah terutama pada waktu air bergerak pasang yang mendorong ikan turut bergerak ke tepian.
Apabila pari melarikan tali pancing, sebaiknya korang jangan cuba menghentikan atau melawannya kembali. Biarkan ia pergi seketika dan bila ia mula menghentikan larian barulah korang mengepam joran menarik tali kembali.
Apabila pari memekapkan badan pada dasar, jangan berputus asa untuk terus memutuskan tali. Cubalah memujuk ikan tersebut dengan menjentik tali atau biarkan tali dalam keadaan kendur seketika sehinggalah pari tersebut kembali bergerak.
Pari dewasa lazimnya berpasangan. Jika korang berjaya mendaratkan seekor sama ada jantan atau betina, lontarkan umpan pada lokasi yang sama dan berkemungkinan korang bakal memperoleh pasangannya. Lebih-lebih lagi jika korang berjaya mendaratkan pari jantan yang besar maka ada peluang korang akan mendaratkan pari betina yang saiznya lebih besar dari saiz pari jantan.
Lain lokasi, lain teknik dan taktik memburu pari terutamanya penggunaan perambut. Jadi, ringan-ringan lah mulut bertanya kepada pemancing yang lebih arif di lokasi tersebut.
Air yang dimaksudkan ini bukannya bermaksud jenis air minuman sebaliknya merujuk kepada warna, paras dan pasang surut air laut.
Memahami keadaan air amat penting kerana ia banyak mempengaruhi teknik pancingan dan ikan sasaran yang ingin diburu.
AIR BULU KERA
Air bulu kera ini merujuk kepada warna air khususnya di lubuk-lubuk sungai atau muara yang hampir menyamai warna bulu kera.
Air bulu kera ini dikatakan air yang cantik kerana ia tidak terlalu keruh dan tidak juga terlalu jernih.
Ia dianggap air yang cantik untuk memancing kerana banyak rekod tangkapan yang bagus berjaya didaratkan ketika air berwarna bulu kera ini.
Namun ia tidak menjamin korang tidak akan kumpau jika memancing pada waktu ini. Walaupun keadaan air yang cantik kadangkala tidak juga membuahkan hasil Ini bergantung kepada keadaan cuaca semasa dan suhu persekitaran
AIR MENYORONG KECIL
Air menyorong kecil ini merujuk kepada air laut ketika air pasang besar yang mula bergerak perlahan dan akan bani atau mati selepas 3 hari.
Ketika ini air keruh mula jernih dan arus perlahan. Kebanyakan kawasan sesuai untuk memancing.
Kebiasaannya waktu ini sesuai untuk memburu spesis kurau, senangin dan jenahak di kawasan pantai dan kawasan dalam yang lain.
Waktu air menyorong kecil juga dianggap terbaik bagi pemancing yang ingin memburu spesies bersisik melalui teknik slow jigging terutamanya di Selat Melaka.
AIR BANI / AIR MATI
Air mati dan tidak berarus bermaksud, keadaan air begitu jernih dan sekiranya umpan di jatuhkan, arus tidak mampu menghanyutkan batu ladung walaupun bersaiz kecil.
Malah ada ketikanya umpan tanpa batu ladung pun tak hanyut. Keadaan air seperti ini menyebabkan ikan kurang aktif.
Hanya waktu air mula pasang atau air mula surut yang mempunyai arus sesuai untuk memancing.
Sekiranya hujan, suhu air bertambah sejuk dan ini memburukkan keadaan. Kebanyakan spot sesuai berada di laluan tengah selat seperti laluan kapal dan kawasan tertentu yang lain.
Ketika ini, air jernih di kawasan anak sungai amat sesuai untuk teknik casting. Umpan perumpun atau udang hidup sesuai untuk menjerat tetanda dan siakap yang bergerak di dalam anak sungai.
Aktiviti jigging ketika air mati ini juga boleh menyebabkan sesalan yang tak berkesudahan.
AIR MENYORONG BESAR
Air menyorong besar bermaksud, keadaan air mati yang mula berarus. Biasanya berlaku 3 hari sebelum air besar.
Ketika ini ikan yang berada di kawasan zon pasang surut air mati mula aktif dan bergerak mengikut arus. Ketinggian air pasang boleh dilihat meningkat sedikit demi sedikit.
Kebiasaannya pada hari ketiga, nelayan akan keluar menjaring untuk memburu spesis ikan senangin yang mula bergerak bersama air pasang.
Jika nelayan keluar menjaring senangin ia bermakna para jigger juga berpeluang untuk mencari senangin atau gubal ketika ini.
AIR BESAR
Air besar bermaksud, keadaan air pasang tinggi dan arus deras. Biasanya air bergerak bersama lumpur menyebabkan air menjadi keruh.
Ia biasanya berlaku selama 7 hari sebelum air mengecil semula. Ketika ini air pasang akan menenggelamkan reba-reba kayu dan batu tebing di sekitar tebing selat.
Kebanyakan spesies berlindung ketika arus di kawasan tengah terlalu laju. Kebanyakan spesies predator malah ikan semilang juga amat aktif ketika ini.
Kawasan muara dan anak sungai ketika air mula masuk, adalah yang paling sesuai.
Kebanyakan ikan Pari kecil di bawah 2 kg biasanya banyak terdapat di kawasan pantai yang cetek.
AIR TAK ADA
Bagi yang tidak biasa dengan istilah air apabila tekong beritahu terpaksa turun awal atau lewat kerana air tak ada.
Pemancing yang berstatus `pembaris’ akan bertanya pula ke mana perginya air? Takkan air laut boleh tak ada?
Air tak ada lazimnya dikaitkan dengan air surut rendah di kawasan pangkalan atau jeti di mana bot parkir.
Keadaan di mana bot tidak boleh masuk atau keluar kerana air surut rendah inilah yang dikatakan air tak ada.
Timah atau timah hitam adalah unsur logam berat yang sangat berbahaya. Kandungan Pb (plumbum) ini dianggap ancaman yang sangat serius.
Namun, penggunaan logam ini masih sangat meluas di negara kita, termasuk dalam dunia pancing.
Sememangnya pemberat atau batu ladung daripada timah merupakan pemberat paling popular dalam dunia memancing.
Tidak dinafikan banyak kelebihan penggunaan batu ladung timah, namun kita masih boleh menggunakan bahan lain sebagai penganti timah sebagai pemberat.
Besi
Besi juga sebenarnya berpotensi untuk dijadikan pemberat. Carilah besi-besi terbuang atau terpakai yang memiliki lubang dan berpermukaan tidak terlalu tajam.
Perkara ini agak penting agar mudah digunakan dan tidak merosakkan tali pancing. Bahkan ramai juga pemancing menggunakan besi bar untuk menggantikan ladung timah di pancingan laut dalam.
Cuma kelemahan besi, ia mudah berkarat jika digunakan di air masin. Untuk kegunaan jangka masa panjang, mungkin cat boleh membantu.
Kaca
Pernah juga terdengar kaca diusulkan jadi pengganti timah. Isi padu kaca agak padat dan sisinya mudah dibentuk halus dan tidak melukai.
Selain itu, kaca berbentuk cembung (bebola) tidak mudah pecah. Selain itu, dikatakan warnanya yang transparent dapat menarik perhatian ikan.
Cuma pembentukkannya agak rumit dan kos yang sedikit tinggi tetapi masih boleh dilakukan jika benar-benar mahu menggantikan timah.
Batu
Batu adalah barang alami yang dianggap paling mesra lingkungan untuk dijadikan pengganti timah. Cuma batu agak sukar untuk ditebuk untuk membuat lubang.
Dikatakan, beberapa pemancing menggunakan bungkusan plastik untuk menyambungkannya ke rangkaian pancing.
Masalahnya, plastik itu sendiri adalah satu sumber pencemaran. Yang pasti batu adalah mesra alam.
Mungkin anda mampu memikirkan cara-cara untuk menggunakan batu sebagai batu ladung.
Lain-lain alternatif
Banyak barang lain yang boleh dijadikan pengganti timah sebagai pemberat pancing. Bancuhan simen dan pasir yang dikeraskan dalam acuan tertentu juga boleh dijadikan pemberat. Begitu juga dengan stainless steel.
Stainless steel berbentuk bar merupakan pengganti timah yang paling ideal, kecuali harganya yang sekeras sifatnya juga.
Dan yang paling popular digunakan sejak dahulu ialah spark plug.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...