Sentiasa memakai jaket keselamatan yang diikat kemas pada badan (jangan hanya menyarung pada badan tanpa mengikatnya).
Pastikan bot dan enjin berada dalam keadaan baik sebelum keluar memancing. Juga pastikan kelengkapan peralatan membaiki dan minyak tambahan mencukupi.
Pastikan bot memancing mempunyai tali dan pelampung keselamatan. Ramai yang meremehkan perkara ini malah tidak ambil peduli langsung.
Ads
Jaga adab dan tutur kata ketika memancing di tengah laut mahupun kawasan terpencil. Yang penting, mulut jangan CABUL!!!
Waspada terhadap ancaman ribut. Jika boleh, tamatkan trip atau cari kawasan berlindung dengan segera sebelum ribut melanda.
Ads
Bawa lampu suluh jika merasakan pulang hingga lewat petang. Kalau boleh bawa je bukan berat pun sebutir lampu suluh ni.
Sentiasa waspada terhadap tunggul kayu atau kayu balak hanyut.
Ads
Elakkan memegang joran ketika hujan lebat atau ribut petir untuk elakkan risiko daripada terkena renjatan.
Untuk casting di dalam bot, adalah lebih baik jika pemancing bertolak ansur untuk cast dan harus sentiasa memastikan jarak yang selamat sebelum melontar gewang.
Bawa peti keselamatan yang lengkap dengan ubat-ubatan dan sewaktu dengannya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Casting di sungai pergunungan atau lubuk-lubuk di pinggir hutan sememangnya menyeronokkan.
Namun ia boleh bertukar suasana sekiranya anda main redah tanpa persiapkan diri terlebih dahulu.
Berikut beberapa tip yang kami sediakan untuk anda perhatikan.
Informasi lengkap tentang spot
Cari dulu maklumat selengkapnya tentang spot yang bakal anda kunjungi. Terutama bentuk geografi dan jenis gewang yang sesuai untuk menjerat spesies yang terdapat di spot berkenaan.
Status bot memancing
Sekiranya akan casting dengan menggunakan sampan atau bot fiber, pastikan dulu saiz dan kondisinya dalam keadaan baik agar terhindar dari kejadian yang tak diinginkan.
Alas kaki yang terbaik
Jika casting di kawasan sungai pergunungan atau berbatu, pastikan alas kaki atau kasut yang digunakan bukan saja bersesuaian malah juga masih dalam keadaan sempurna. Jangan sampai anda terpaksa berkaki ayam kerana masalah tersebut.
Elak bersendirian
Soal lubuk merupakan rahsia besar oleh mana-mana caster. Walaupun takut lubuk diketahui orang lain sekali pun, berusahalah dari memancing secara berseorangan. Paling tidak pun ajaklah seseorang walaupun dia langsung tidak minat memancing.
Maklumat cuaca
Perubahan cuaca kadang kala tidak dapat diduga. Apabila kondisi cuaca tiba-tiba bertukar mendung dan hujan turun dengan lebat disertai kilat dan petir, segeralah cari tempat berlindung yang selamat. Sebaiknya juga dapatkan matlumat cuaca sebelum ke lokasi.
Persiapan peralatan
Alatan pancing dan gewang merupakan senjata utama dalam teknik casting. Oleh yang demikian persiapan alatan perlu diambil berat sebelum pergi memancing.
Elakkan dari terbawa alatan yang tidak menepati untuk bertarung dengan sasaran dan tertinggal gewang yang sepatutnnya dibawa bersama.
Ketepatan dan keselamatan
Ketepatan balingan gewang ke sasaran merupakan perkara paling asas untuk kejayaan casting. Dalam pada masa yang pastikan juga ketika membuat lontaran, gewang tersebut tepat ke sasaran dan bukannya tepat mengenai badan rakan yang berhampiran.
Bekalan
Jangan lupa bawa bekalan makanan dan minuman sekiranya pergi casting seharian. Tubuh badan yang sudah terisi makanan dan minuman bukan saja membekalkan tenaga malah mendorong tahap kosentrasi ketika memancing.
Parkir kenderaan di lokasi selamat
Pastikan kenderaan ditinggalkan dalam keadaan berkunci dan selamat dari sebarang kejadian yang tidak diingini. Kegagalan berbuat sedemikian sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan atau hilang focus sepanjang tempoh memancing.
Jangan tidak percaya, perkara ini juga menjadi salah faktor berlakunya kumpau.
Pakaian
Gunakan pakaian yang bukan sahaja selesa ketika memancing bahkan bagus untuk perlindungan diri khususnya terhadap terik matahari.
Sekiranya anda memiliki pakaian yang dianggap ‘tuah’ pada korang, maka pakailah. Setidak-tidaknya ia akan mendorong keyakinan diri.
Pakai life jacket
Walaupun sekadar meranduk sungai, tiada salahnya jika anda ingin memakai life jacket atau jaket keselamatan.
Manalah tahu anda terjatuh ke dalam air atau dihanyutkan arus. Setidak-tidaknya ia membantu ketika kecemasan. Sebaiknya gunalah jaket keselamatan dari jenis foam yang selesa.
Jaga perilaku dan tutur kata
Hindari bahasa ataupun ucapan-ucapan yang kurang manis ketika tiba di lokasi pemancingan. Begitu juga dengan tingkah laku. Lebih-lebih lagi jika anda memancing di kawasan asing.
Spesies belitong merupakan antara spesies yang agresif dan mempunyai kekuatan. Lantas spesies ini menjadi antara kegemaran bagi pemancing sukan untuk didaratkan. Dalam pertarungan ikan ini sangat pantas dan mampu memperlihatkan aksi akrobatik semasa cubaan melepaskan dirinya daripada mata kail.
Dalam pertarungan, dapat dilihat dengan jelas warna terang pada badannya yang sangat menonjol dan juga saat baru dinaikkan. Bagaimanapun, warna pada badannya akan beransur menjadi kusam dan gelap jika terlalu lama di atas air atau pun ketika mati.
Belitong sering menarik kunjungan pemancing rekreasi dan terdapat juga beberapa kawasan yang menangkap ikan ini untuk tujuan komersil. Kebanyakan kaki pancing memburu ikan ini kerana kekuatan pertarungan, pesona warna badannya serta populasinya. Beberapa kawasan menjadikan ikan ini sebagai menu hidangan untuk dimakan.
TAKTIK & TEKNIK
Belitong sering berkumpul di sekeliling serpihan laut seperti papan terapung, pelepah hanyut dan sering kali dijumpai di kawasan yang mempunyai sargassum, iaitu sejenis rumput laut. Kawasan yang mempunyai sargassum selalunya merupakan suatu kawasan ekosistem yang sempurna bagi organisma mikro seperti ketam kecil, kuda laut dan ikan kecil yang menjadi diet bagi ikan besar.
Dalam pancingan spesies ini, antara teknik yang digunakan ialah teknik menunda atau trolling. Bot perlu ditumpukan ke arah kawasan yang mempunyai kedalaman sekitar 30-40 meter, lebih-lebih lagi kawasan rumput laut. Kekuatan tali utama yang biasa digunakan untuk pertarungan dengan spesies ini ialah sekitar 30-50lb.
Selain teknik menunda, teknik jigging dan casting juga popular untuk merasai tentangan akrobatik sang belitong. Oleh kerana belitong gemar bergerak dalam kumpulan, apabila seekor belitong mengena pancing, kebiasaannya balingan jig ke kawasan berhampiran pasti tidak mengecewakan.
Selain penggunaan gewang tiruan, penggunaan umpan hidup seperti ikan tamban dan selar juga mampu memikat spesies ini. Teknik drifting umpan hidup menjadi pilihan peribadi penulis kerana telah beberapa kali teknik drift ini berjaya menaikkan sang belitong.
Saat pertarungan, anda pasti dapat merasai pesona tersendiri spesies ini. Asakan yang kuat, pecutan larian yang meluncur laju dan lompatan akrobatiknya cukup membuatkan adrenalin dalam badan anda menjerit kepuasan. Apatah lagi dengan pesona warna terang pada badannya. Cukup berbaloi untuk pertarungan dan pastinya lensa kamera tersedia untuk tugasan mengambil foto kenangan bersama spesies trofi ini.
Tahukah korang, ada beberapa item yang telah digunakan selepas memancing masih elok dan boleh digunakan lagi?
Maksudnya, ia masih boleh digunakan untuk sesi memancing berikutnya. Contohnya, mata kail.
Memang tidak dinafikan ada kaki pancing yang membuang terus mata kail selepas digunakan atas beberapa sebab dan tanggapan.
Sesetengahnya menganggap jika digunakan selepas itu ia tidak lagi kuat, tidak tajam dan mudah patah.
Jika jenis harga murah terpulanglah kepada anda sama ada mahu menggunakannya semula ataupun tidak.Tetapi bagaimana dengan mata kail berharga mahal?
Assist hooks contohnya, berapa harga sepasang mata kail assist hook? Tentunya sayang untuk membuangnya bukan?
Dan belum pernah lagi saya nampak ada yang membuang assist hook ke laut sejurus habis trip jigging.
Tahukah anda mata kail tersebut sebenarnya masih lagi boleh digunakan dan berfungsi baik jika anda mengendalinya dengan baik.
Untuk penjimatan juga, adalah lebih baik sebenarnya anda menggunakan mata kail tahan karat.
Ia tahan lama dan selamat digunakan berulang kali. Jika ingin memancing di laut, pilih mata kail yang bertulis salt water pada bungkusannya kerana ia sememangnya berupaya menahan hakisan air masin.
CARA PENJAGAAN MATA KAIL
Sejurus habis memancing sama ada di air tawar apatah lagi air masin, jangan dicampur adukkan mata kail yang sudah digunakan bersama mata kail yang belum digunakan di dalam kotak mata kail.
Sebaiknya sediakan bekas asing khusus untuk mata kail atau swivel. Begitu juga dengan assist hooks. Jangan dicampur adukkan.
Selepas pulang daripada trip memancing di laut. bersihkan dan bilas dengan air tawar. Kemudian keringkan di bawah sinaran cahaya matahari.
Selepas keringkan, perhatikan mana bahagian yang ada tanda karat. Jika ada, gosok dengan kertas pasir.
Penting untuk anda menyimpannya dalam kotak pancing anda. Sila amati semula, jika kurang tajam, boleh gunakan kikir halus (handlife) dan asah pada bahagian berkenaan.
Jika mata kail agak berkarat adalah lebih baik anda membuangnya sahaja. Paling penting, sekali lagi mata kail yang telah anda bersihkan ini jangan sesekali dicampurkan ke dalam bekas atau pek mata kail yang masih belum digunakan.
Anda perlu menyediakan satu bekas khas untuk mata kail yang terpakai.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...