Ikan kelah pernah dilabel sebagai 3S. Apa itu 3S? Susah, syok, sedap! Susah untuk dicari, syok dipancing dan sedap dimakan. Itulah ungkapan untuk raja air tawar – ikan kelah.
Sememangnya bukan senang untuk memancing ikan kelah yang bersifat sensitif ini.
Pertama sekali kena pastikan sungai atau lubuk tersebut menjadi habitat ikan kelah kerana tidak semua sungai meskipun berpotensi pada pandangan mata didiami ikan kelah.
Ads
Jika memancing secara berkumpulan, elakkan daripada membuat bising mengata sibunyi persekitaran atau melakukan aktiviti berlebihan di dalam air kerana ia akan menakutkan ikan-ikan kelah yang bersifat sensitif.
Ads
Sebaiknya pakailah pakaian yang tidak terlalu kontras dengan persekitaran semula jadi. Dan pastikan juga tidak berada begitu rapat dengan gigi air kerana ia boleh membuat kan ikan berasa curiga untuk menghampiri umpan.
Pastikan juga umpan yang digunakan bersesuaian dengan diet ikan kelah di lubuk tersebut. Buatlah sedikit kajian kerana umpan yang salah hanya akan menyebabkan usaha menjadi sia-sia.
Ads
Jangan kedekut untuk merasuah atau menabur umpan di lubuk yang berpotensi. Rasuah yang berterusan akan meningkatkan peluang ikan mendatangi kawasan pancingan sekali gus menyambar umpan .
Gunalah set pancing yang sepadan atau bersesuaian. Ketepatan mata kail, tali pancing, perambut, kekili, joran serta cara pengendalian akan menentukan nasib anda untuk memiliki lesen utama air tawar.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Hujung minggu ini anda sudah membuat temu janji bersama rakan untuk memancing udang di Teluk Intan. Segala persiapan semua dah buat, cuma beg kamera sahaja belum. Ah, tak payah bimbanglah… kamera mesti baik punya. Bateri pun dah cas.
Ketika di Teluk Intan, entah macam mana, anda tekan banyak kali tapi ia tidak berfungsi. Anda tengok lens ada fungus dan penuh habuk. Kamera ‘jem’ tiba-tiba menyebabkan anda hilang mood. Untuk elakkan perkara sebegini, ikuti langkah-langkah membersihkan kamera dengan betul.
Kamera DSLR amat sensitif terhadap habuk. Bahkan bukan itu sahaja, habuk juga boleh menyebabkan fungsi kamera akan terhenti secara tiba-tiba.
Untuk itu, anda hendaklah selalu membersihkan kamera supaya ia sentiasa terjaga dan berada dalam keadaan sempurna ketika menggunakannya.
Mesti ada kit pembersih kamera Untuk membersihkan kamera DSLR ini, anda perlu membeli set alatan pembersih kamera yang ada dijual di kedai-kedai kamera.
Ia dipanggil kit pembersih kamera. Mula-mula, anda ambil kain sintetik khas dan lapkan lens anda. Lap beberapa kali permukaan lens tersebut.
Kemudian, tarik keluar kamera tersebut dan gunakan blower untuk menyedut habuk-habuk disekitar lens tersebut. Seterusnya, gunakan kain sintetik tadi dengan mengelap cermin pantulan didalam kamera.
Setelah itu, anda ambil berus dan sapu setiap tempat di sekeliling kamera anda terutamanya di kawasan-kawasan yang kecil seperti di tempat menekan kamera, di sekitar tempat lens.
Paling penting apabila menggunakan berus lembut ni, anda juga hendaklah membersihkan slot kad kerana banyak habuk akan berkumpul di situ.
Bersihkan viewfinder
Viewfinder ialah tetingkap yang kita selalu lihat sewaktu mengambil gambar. Anda hendaklah membuka penutup getah viewfinder dan lap permukaan cermin tersebut menggunakan kain sintetik. Setelah itu, bersihkan skrin kamera anda.
Ini adalah kerana LCD skrin juga tempat paling banyak merangkap habuk.
Ketika mula-mula terjebak dengan pancingan haruan, saya lebih banyak menggunakan `mata sampan’ dan umpan katak.
Namun sekarang pelbagai pilihan boleh digunakan sama ada menggunakan mata kail tunggal, mata kail tunggal yang ditambah dengan weedless hook atau mata anti sangkut.
Kalau menggunakan gewang seperti jumpfrog, mata dua atau double hooks menjadi pilihan utama
Pilihan saiz mata kail adalah penting bergantung kepada saiz ikan haruan yang terdapat pada sesuatu lubuk.
Jika anda sedang memburu spesies ibu atau haruan mega melebihi 1kg ke atas, dinasihatkan gunakanlah mata kail bersaiz sedikit besar, tajam dan kukuh bagi
menguatkan cengkaman apabila haruan melawan dan lebih penting lagi ketika mengeluarkan ikan dari dalam air.
Penggayaan umpan
Kepada pemancing baru adalah dinasihatkan untuk belajar dan melihat orang lama memancing. Walaupun ikan haruan mudah dipancing tetapi adakalnya untuk memujuk ia menyambar umpan memerlukan beberapa teknik asas yang perlu diketahui.
Terdapat 3 pengayaan umpan iaitu; penggayaan umpan di permukaan, penggayaan umpan separa tengelam, penggayaan umpan di dasar.
Ketiga-tiga penggayaan umpan ini hanya boleh digunakan jika anda menggunakan umpan katak. Tapi hari ini anda boleh menggunakan umpan softplastic bagi menggantikan umpan katak.
Ketiga-tiga penggayaan umpan ini perlu dilakukan bagi mengenal pasti kolum air yang menjadi kawasan serangan haruan.
Kadang-kadang ada lubuk yang haruan menyambar di permukaan air saja, ada yang menyambar di pertengahan air dan ada juga di dasar.
Tempoh masa untuk sentap
Untuk mendapatkan hook up yang kemas, buat sentapan ke arah atas bukan ke arah kiri atau kanan. Namun sekiranya ikan haruan terus melarikan umpan buat sentapan melawan arah larian ikan.
Sentiasa pastikan tali dalam keadaan tegang semasa proses menaikan ikan. Ini kerana haruan mudah meleraikan mata kail apabila tali kendur.
Sekiranya anda mengunakan katak, biarkan dahulu dalam kiraan 2-3 saat selepas haruan menyambar umpan. Kemudian barulah membuat sentapan.
Jika anda mengunakan jumpfrog, anda boleh terus membuat sentapan kerana mata kail pada jump frog mudah membuat hook yang kemas.
Berbeza dengan penggunaan softfrog atau softplastic, ia lebih kepada ketepatan masa. Ada masa boleh disentap terus jika disambar ketika umpan sedang bergerak.
Tetapi anda boleh mengunakan teknik membiarkan dahulu dalam kiraan 2-3 saat dan anda boleh terus menyentap.
Sekiranya ingin menjadikan ikan pemangsa bergigi tajam seperti alu-alu dan tenggiri, disyorkan penggunaan perambut dawai nylon coated wire 20lb sepanjang sejengkal untuk mengikat mata kail saiz 1 atau 2 yang disambung dengan tangsi 30lb semeter untuk umpan tamban.
Sekiranya todak atau talang pandan dijadikan umpan. Sekiranya todak atau talang pandang dijadikan umpan, gunakan mata kail saiz 5 atau 6, diikat dawai 49 strand 60lb yang disambung tangsi 60lb sebagai insuran.
Beberapa kes putus semasa mengunakan perambut tangsi 70lb dan tali sulam setebal 100lb tanpa dawai. Jadi lebih baik bersedia sebelum berputih mata.
Kaedah pancingan dasar pula biasanya dipraktikkan pada waktu malam. Spesies yang dicari seperti tetanda, jenahak, pari, gerut-gerut dan siakap. Sotong hidup yang ditangguk di bawah kelong merupakan umpan pembunuh untuk jenahak dan tetanda.
Sekiranya sotong tiada, tamban hidup masih boleh dijadikan alternatif yang kadang kala mampu menjerat senangin dan alu-alu. Perambut pula sama seperti yang digunakan untuk memancing pari.
Jika menggunakan tamban hidup, selek-eloknya mata kail dicangkuk di bahagian bawah selari dengan siri atas tamban dan pastikan mata kail mengenai garisan kuning pada badan ikan.
Itu penting untuk memastikan umpan tidak terlucut semasa membuat balingan kerana batu ladung biasanya dari saiz 5 ke 8. Spesies pari pula biasanya dipancing menggunakan potongan ikan tamban dan udang hidup.
Manakala umpun-umpun pula boleh menghasilkan gerut-gerut, sembilang, ketuka dan beberapa spesies dasar yang biasa hidup di perairan pesisir. Siakap paling dicari pemancing di kebanyakan kelong. Pemburuan biasanya dilakukan dengan kaedah koyan pada waktu malam.
Koyan ini memerlukan tangsi setebal 300lb sebagai tali utama, dawai 49 strand setebal 100lb sebagai perambut, mata kail saiz 8 atau 9 dari jenis yang tebal dan ladung saiz 18 ke 24 sebagai pemberat.
Kaedah ini hanya digunakan dicelah-celah tiang kelong yang berpotensi sebagai kawasan laluan siakap dengan konsep kasar lawan kasar. Ikan yang terkena koyan perlu ditarik secara kasar dan seseorang perlu turun ke bawah untuk menangguk ikan.
Siakap bawah 5 kg kurang memberi masalah tetapi sekiranya kena yang melebihi 5kg, kita perlu pandai mengendalikan koyan kerana kesilapan mampu mencederakan tangan. Umpan terbaik adalah udang hidup dan ikan jenjulung atau tamban boleh dijadikan alternatif.
Teknik koyan sangat mudah. Perambut perlulah disediakan dahulu sepanjang 1 atau 2 kaki sahaja. Sekiranya lebih panjang, ikan akan melilit tali koyan pada tiang kelong untuk melepaskan diri.
Perambut kemudian dipasang pada tali koyan dan hujung tali koyan dipasang batu ladung. Pastikan perambut yang dipasang bebas bergerak ke atas dan ke bawah melalui tali koyan supaya umpan yang dipasang kelihatan lebih semulajadi.
Ladung kemudian dijatuhkan di tepi ataupun melalui lubang di lantai kelong. Pastikan umpan hanya berada pada pertengahan atau suku permukaan air sahaja kerana siakap dan alu-alu selalunya mencari makan dalam radius ini.
Kemudian buat satu simpulan pada tali utama dan diikat pada tiub tayar yang telah siap diikat pada tiang kelong. Tiub getah digunakan untuk menyerap bebanan ketika siakap melakukan sambaran pertama. Kemudian letakkan loceng pada tiup getah atau simpulan tali koyan tadi sebagai pemberi isyarat apabila ikan telah mengena.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...