Tasik Kg. Beng mempunyai banyak suak kecil dan besar yang boleh dijelajahi bergantung kepada ketinggian paras air. Spot pancingan di sini mengandungi pelbagai spesies ikan air tawar biarpun spesies PB dilihat mendominasi kawasan ini.
Baling gewang anda dengan pantas jika kelihatan boiling di permukaan air.
Jika melakukan blind cast, lontarkan gewang anda ke arah kawasan samai. Jika menggunakan gewang pencil dan mahu menggayakan di atas samai, tukarkan mata gewang kepada mata tunggal.
Waktu terbaik untuk aktiviti casting ialah awal pagi dan lewat petang.
Ads
TRIVIA KG. BENG
Sekitar perairan Kampung Beng ialah Tasik Kampung Beng dan bukannya kawasan Tasik Raban. Ramai beranggapan di sini masih di dalam kawasan Tasik Raban.
Terdapat 2 akses ke kampung ini. Anda boleh melalui jalan air dari Tasik Raban menggunakan bot dan jalan darat. Bagi mendapatkan suasana sebenar Kampung Beng, anda boleh memilih jalan darat melalui simpang Galeri Arkeologi Lenggong di Kota Tampan sekitar km 58 menuju arah Gerik.
Ads
Kampung Beng merupakan sebuah penempatan lama dengan panorama yang di kelilingi oleh gunung dan tasik.
Keindahan panorama Kampung Beng telah menjadikan lokasi ini sebagai tempat penggambaran bagi beberapa drama dan iklan termasuk iklan Hari Raya oleh Petronas.
Ads
RASENGAN LIMITED
Rasengan Limited merupakan produk keluaran daripada Juara Tackle. Produk Rasengan Limited merupakan pelbagai jenis gewang dan sesudu yang diberi nafas baru dengan talaan warna dan cat kemasan yang baharu.
Proses talaan warna dan cat kemasan yang dibuat secara tangan ini juga menambahkan lagi keunikan pada gewang dan sesudu Rasengan. Selain itu, penghasilan gewang Rasengan ini dibuat secara terhad membuatkannya menjadi lebih istimewa. Pastikan anda memiliki gewang Rasengan di dalam kotak pancing anda.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ada yang beranggapan ikan jenak atau jenahak amat cerewet memilih umpan dan ada pula yang menyatakan ikan jenahak ini bersifat pelahap dan bedal apa saja umpan yang melintas depan matanya. Pendapat tersebut ada pro dan kontranya tersendiri. Walaupun spesies jenahak ini merupakan ikan yang oportunis, umpan-umpan berikut antara umpan yang dianggap terbaik untuk memancing jenahak.
Sotong jarum (sotong cumit)
Tidak kiralah perairan di Selat Melaka atau Laut China Selatan, sotong jarum atau sotong cumit merupakan umpan yang paling killer untuk menjerat ikan jenahak. Terutamanya jika menggunakan sotong hidup pada malam hari. Sotong hidup ini boleh dijadikan umpan dengan mencangkukkan mata kail pada bahagian sirip atau hujung ekornya.
Sekiranya ia sudah mati dan masih berkeadaan segar ia masih merupakan umpan yang sangat berkesan. Ia boleh dihiris secara kepingan atau dicangkuk seekor pada mata kail.
Sotong kurita
Di sesetengah tempat atau perairan mungkin sotong kurita tidak selaris sotong cumit jika dijadikan umpan jenahak.
Namun di sesetengah tempat terutamanya di perairan zee zone Pelabuhan Kelang (laluan kapal), sotong kurita merupakan umpan paling killer dan WAJIB dibawa sekiranya ingin memancing jenahak.
Ekoran daripada itulah harga sotong kurita di sini melambung sehingga RM20 seekor. Sotong kurita sangat berkesan digunakan ketika hidup sama ada menggunakan tentakel (tangan) sahaja atau seekor.
Jika menggunakan seekor, mata kail perlu disangkut tidak terlalu dalam pada bahagian kepalanya.
Udang lipan
Udang lipan atau ada sesetengahnya memanggil udang mentadak merupakan umpan alternatif sekiranya tidak berjaya mendapatkan sotong cumit atau sotong kurita. Udang lipan sebenarnya merupakan umpan yang killer jika digunakan ketika ia masih hidup.
Namun jika sudah mati, ia sudah hilang keberkesan untuk menggoda jenahak atau spesies lain. Justeru ia haruslah disimpan di dalam bekas yang terdapat air masin (laut) dan udara mengalir masuk ke dalamnya. Manakala bekas simpanan udang lipan pula sebaiknya tertutup atau tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari.
Sebelum menjadikan udang lipan sebagai umpan, terlebih dahulu perlu diketahui cara-cara pengendalian udang tersebut bagi mengelak sebarang kecederaan berikutan keupayaan kuasa jentikan kaki depannya. Udang lipan perlu dipegang dari arah belakang dengan menekan kepala dan ekornya sehingga berlipat.
Kemudian barulah dua mata kail dicangkukkan pada sisi ekor dan sisi badannya bergantung pada saiz udang dan perambut mata kail itu sendiri.
Udang putih (hidup)
Sebagaimana udang lipan, udang putih juga sangat berkesan untuk memikat jenahak ketika ia masih hidup. Apabila sudah mati ia lebih merangsang selera ikan-ikan lain yang merupakan bukan ikan sasaran seperti duri dan seangkatan dengannya. Pada kebiasaannya juga udang hidup lebih sesuai untuk memburu jenahak diperairan cetek sekitar 30 kaki dan ke bawah.
Ia mungkin sesuai dengan habitat udang yang tidak berada di perairan dalam. Namun jika ingin mencari jenahak di muka kuala atau muara sungai, udang hidup sememangnya umpan terbaik.
Ikan hidup & hirisan ikan
Ikan hidup seperti belanak, tamban dan pelata merupakan antara umpan hidup yang bersesuaian untuk menjinakkan jenahak. Namun sebagaimana udang, ia memerlukan penjagaan yang rapi untuk mengekalkan kesegarannya. Namun umpan ikan hidup ini tidak sesuai untuk digunakan agak lama kerana ia mudah mati.
Justeru ia perlu diperiksa kesegarannya untuk tempoh tertentu. Manakala untuk hirisan ikan segar pula, ikan-ikan seperti selar, selayang dan kembung merupakan alternatif terbaik jika kehabisan umpan hidup. Malah ada ketikanya umpan hirisan ikan ini lebih laris berbanding umpan hidup.
Gewang
Tidak dinafikan teknik pancingan jenahak menggunakan umpan tiruan seperti jig merupakan trend terkini. Disebabkan keberkesanan penggunaan jig inilah membuatkan ikan jenahak semakin ramai peminatnya. Berbanding penggunaan umpan hidup, penggunaan umpan tiruan ada kelebihan dan kekurangan.
Umpan tiruan (jig dan lain-lain) berupaya menggoda jenahak datang menerkamnya dan boleh dikatakan spesimen yang didaratkan menggunakan umpan tiruan ini lebih besar namun ia masih kalah jika dibandingkan jumlah atau kuantiti hasil yang diperoleh.
Pancingan apollo biasanya merujuk kepada proses mencari umpan ikan hidup dengan menggunakan perambut sabiki. Malah ia bukan sekadar untuk memancing ikan umpan saja tetapi juga boleh digunakan untuk memancing ikan pelagik seperti cencaru, kembung atau selar.
Sepanjang menggunakan apollo ini, pernah tak korang berhadapan dengan situasi di mana selepas satu atau dua kali menggunakan apollo dan terpaksa tukar apollo yang lain kerana ia sudah berpintal atau berbelit antara satu mata dengan mata yang lain.
Kalau stok apollo masih banyak tak mengapalah, tapi bagaimana kalau stok tak banyak? Nak betulkan apollo yang berbelit bukan saja menyusahkan malah turut memakan masa.
Sedangkan waktu itu sangat berharga. Tau tak anda kenapa ia boleh terjadi dan bagaimana untuk mengatasinya?
Kenapa terjadi?
Apabila ikan tersangkut pada mata kail apollo, tidak mengira berapa jumlah ikan yang tersangkut, mereka akan berusaha untuk melepaskan diri dengan aksi renangan yang sekuat tenaga dan mengelirukan.
Sama ada berenang ke atas, ke tepi atau ke bawah. Hal ini pasti lebih bercelaru sekiranya ikan yang bersaiz kasar dan banyak yang tersangkut pada mata apollo. Ia lebih mudah menyebabkan mata apollo berpintal sesama sendiri.
Bagaimana untuk mengatasinya?
Apabila ada ikan yang tersangkut pada apollo, pastikan kayuhan dilakukan tanpa berlengah. Jangan tunggu sehingga kesemua mata apollo terkena ikan baru nak kayuh.
Ini akan menyebabkan ikan berenang bebas dah berbelit pada mata kail. Kayuhan yang dilakukan pula haruslah lebih laju dari renangan ikan.
Tip kedua pula pastikan batu ladung yang digunakan agak berat yang tidak mengizinkan ikan berkemampuan berenang ke atas sehingga membawa batu ladung tersebut.
Jika ini berlaku maka ia berpintal dengan mata apoloo di bahagian atas pula.
Satu lagi tipnya ialah ketika kita menaikkan apollo ke atas bot, elakkan dari meletakkan keseluruhan apollo tersebut di atas lantai bot kerana pergerakan ikan dengan mudah akan membuatkan apollo bersimpul.
Cara terbaik ialah, sentiasa tegangkan apollo dengan memastikan hanya batu ladung yang diletakkan di atas lantai bot dan apollo diangkat supaya tegang.
Untuk lebih cepat, seeloknya sesi mengunjun apollo ini dilakukan berkumpulan 2 orang. Seorang mengunjun dan seorang lagi mencabut mata kail apollo dari mulut ikan.
Sama ada pengusaha kolam pancing air tawar atau kaki kolam, sedikit sebanyak ilmu kolam ini korang perlu ambil tahu.
Jika pemancing lemas di kolam itu perkara lumrah. Tetapi, tau ke korang bahawa ikan pun boleh lemas di dalam kolam!
Apabila ikan lemas maka peluang ia untuk hidup apatah lagi untuk memakan umpan yang digunakan oleh pemancing amat tipis sekali.
➡ Kurang oksigen
Saiz kolam yang kecil dan tiada kincir udara antara menjadi penyumbang kepada masalah kekurangan oksigen.
➡ Air terlalu kotor dan berbau
Antara sebab kenapa umpan berasaskan minyak dan umpan organik seperti usus haiwan dilarang penggunaannya di kebanyakan kolam pancing.
Terutamanya kolam yang tiada saliran air keluar masuk yang baik.
➡ Lebihan makanan dan bahan perkumuhan
Timbunan umpan seperti dedak dan pelet serta najis yang dilepaskan oleh ikan juga boleh menyebabkan ikan menjadi lemas.
➡ Kandungan ammonia yang tinggi
Bekas lombong tinggal atau lombong yang pernah menjadi pusat pembuangan sampah merupakan tapak yang tidak sesuai dijadikan kolam memancing.
Kandungan toksik itu umpama racun yang akan membunuh ikan secara perlahan-lahan.
➡ Ikan terlalu padat
Stok ikan yang berkurangan akan membuatkan kolam menjadi krik-krik… stok ikan yang berlebihan pula akan membuatkan ikan pula yang menjadi krik-krik.
➡ Persaingan dapatkan oksigen
Apabila jumlah ikan yang agak padat dan sistem pengudaraan yang kurang bagus maka akan menyebabkan ikan bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan oksigen.
➡ Pengurusan tidak sistematik
Pokok pangkalnya terletak kepada pihak pengurusan kolam untuk menjamin kualiti dan kesihatan ikan yang mereka tawarkan untuk pemancing.
Sekiranya pandai menguruskan survival ikan maka akan kekal sihat untuk dipancing oleh pemancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...