Jika anda berhajat untuk memancing kelah, tengas, sebarau atau sikang, hanya satu tempat sahaja yang perlu korang tujui iaitu sungai pergunungan.

Nama pun dah sungai pergunungan tentulah lokasi dan geografi terletak di kawasan pergunungan. Oleh yang demikian perlunya ada panduan dan tips untuk memancing di kawasan ini.

 

Tip 1

Untuk trip melibatkan trekking, persediaan bersenam atau berjoging adalah sesuatu yang wajib dilakukan.

Tanpa persediaan ini anda bukan saja akan menyusahkan diri sendiri malah turut menyusahkan rakan lain.

 

Tip 2

Pilih beg yang sesuai untuk tujuan trekking dan hadkan barang yang akan dibawa.

Kesilapan memilih beg bakal mengundang kesukaran untuk bergerak dan menyakitkan anggota badan terutamanya bahu dan pinggang.

Tip pancingan sungai pergunungan!!

 

Tip 3

Pastikan kasut yang dipakai jenis tahan lasak. Bagi saya dan kebanyakan geng trekking, kasut getah berharga kurang dari RM10, sudah cukup baik.

IKLAN

Pastikan saiznya tidak terlalu ketat dan longgar.

 

Tip 4

Pakai stoking untuk elakkan kaki melecet. Gunakan stoking panjang (stoking bola untuk elakkan serangan pacat dan terkena duri).

Tip pancingan sungai pergunungan!!

 

Tip 5

Pakai pakaian yang cepat kering dan tahan lasak. Jangan lupa bawa hammock dan sleeping bag kerana adalah lebih baik tidak tidur di atas tanah dan cuaca malam sangat sejuk.

 

IKLAN

Tip 6

Maksimum dua joran setiap seorang. Dan jangan pula membawa joran 1 piece. Jika ada travel rod lebih bagus kerana ia diletakkan di dalam beg dan tidak banyak mengganggu perjalanan.

Tip pancingan sungai pergunungan!!

 

Tip 7

Bawa kelengkapan sewajarnya seperti tiub motosikal, minyak petrol tambahan, pam angin, spanar, jika menaiki motosikal.

Untuk perjalanan dalam hutan, sebaiknya tukar tayar kepada tayar berbunga cross.

 

IKLAN

Tip 8

Buang atau tanam sampah (tin kosong, plastik) di satu tempat, jangan sepahkan ia.

Tip pancingan sungai pergunungan!!

 

Tip 9

Pastikan berjalan dalam kumpulan, elakkan dari terpisah jauh dengan rakan sama ada terlalu mendahului atau jauh ketinggalan di belakang.

 

Tip 10

Jangan menegur jika terpandang perkara pelik di dalam hutan, mengambil dan bawa pulang benda-benda yang pelik.

Tip pancingan sungai pergunungan!!

 

Tip 11

Doa, tawakal mohon perlindungan keselamatan dari Allah.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI