Ketam bakau atau nipah adalah umpan terbaik untuk memancing ketarap tetapi udang hidup dan sotong segar juga boleh digunakan. Oleh kerana ikan ketarap ini selalu berlegar mencari makanan di kawasan karang maka set pancing yang sedikit melampau diperlukan walaupun saiz ikan tak sebesar mana.
Taktik ikan ketarap melepaskan diri bila terkena pancing ialah menyelusup ke dalam karang dan ini menyebabkan perambut selalu putus bila bergesel dengan karang yang tajam. Set yang sesuai ialah reel spinning dikunci dengan drag maksimum dan dipadankan dengan rod PE 3-5 yang keras dan pendek. Tali utama yang sesuai ialah 50lb disambung perambut pendek maksimum 1meter sahaja.
Ads
Bila Ketarap menjamah umpan kita mestilah cepat bertindak mengangkat joran setinggi yang boleh sambil menahan asakan ikan yang akan meluru ke karang. Tahan seketika dan kemudian buatlah 4-5 karauan secepat mungkin supaya ikan ditarik jauh dari kawasan karang.
Ads
Untuk menyediakan umpan, ketam nipah ini mesti dikopek cengkeranya dan dipotong empat bahagian jika umpan itu besar. Ketuk sedikit kaki nya supaya aroma ketam itu keluar membuat ketarap lebih cepat menjejak umpan.
Ads
Setelah umpan dicangkuk ke mata kail, hulur perlahan-lahan dan bila sudah jejak ke dasar, tarik atau pusing kekili untuk menggantung umpan setinggi 1 meter dari dasar. Jika kena musimnya kita tidak menunggu lama untuk ketarap membedal umpan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan kakap putih merupakan antara spesies yang sangat penting dalam industri akuakultur. Dalam akuakultur, spesies ini dibela secara komersial dalam skala yang besar untuk tujuan pemakanan. Secara global, ikan kakap putih dibela secara komersial di Australia, Arab Saudi, Malaysia, India, Indonesia dan beberapa buah negara lain.
Di Asia Tenggara sahaja, penghasilan ikan kakap putih mencecah sehingga 30 000 tan setahun untuk tujuan komersial. Ikan kakap putih mendapat permintaan yang sangat tinggi di restoran dan hotel-hotel untuk tujuan hidangan makanan terutama peminat makanan berteraskan laut.
Dalam pancingan sukan, ikan kakap putih sangat popular dengan kekuatan dan aksi lompatannya. Di Malaysia sahaja, terdapat banyak kolam pancing air masin yang menjadikan kakap putih sebagai spesies tarikan kepada pemancing. Ikan kakap putih boleh dikategorikan sebagai ikan sukan yang hebat.
Aksi lompatan dan cubaan melepaskan diri daripada mata kail pasti mengujakan mana-mana kaki pancing, lebih-lebih lagi jika menggunakan peralatan yang sepadan.
Dalam konteks pancingan menggunakan rod dan tali, ikan kakap putih merupakan spesies yang begitu popular di kalangan kaki pancing di Malaysia. Lompatan akrobatik ikan kakap putih ketika dalam pertarungan merupakan aksi yang hampir pasti akan kelihatan. Malah aksi akrobatik itulah yang ditagih oleh kaki pancing walaupun aksi tersebut memungkinkan ikan tersebut berjaya meloloskan diri.
Selain lompatannya, larian dan sifat tidak mudah menyerah kalah menjadikan kakap putih antara spesies popular di kalangan pancingan ikan sukan. Dan ia menjadi pakej ikan sukan yang lengkap setelah dijadikan juadah yang enak.
Dalam pancingan kakap putih , menjerat menggunakan umpan atau pancingan dasar merupakan cara yang terkenal sejak dari dahulu lagi. Umpan yang popular pastilah menggunakan umpan hidup. Bagi kaki kolam pula, penggunaan umpan udang mati juga merupakan alternatif yang sangat berkesan.
Udang mati biasanya dikopek kulitnya (disebut udang kopek) sebelum dicangkuk pada mata kail. Selain dibiarkan, anda juga boleh cuba menarik perlahan-lahan umpan mati ini bagi menarik minat kakap putih membaham umpan.
Selain daripada umpan udang, beberapa alternatif umpan lain juga boleh dicuba. Antaranya menggunakan ikan selayang yang dipotong. Ikan hidup seperti anak tilapia, lampam, belanak dan puyu juga agak popular sejak kebelakangan ini untuk mendaratkan spesies kakap putih .
Selain pancingan dasar, teknik lain yang popular tentulah menggunakan teknik mengilat menggunakan gewang tiruan. Bagi penggunaan gewang, gewang pilihan yang sesuai bagi menggoda kakap putih ialah gewang yang seakan ikan dengan kemampuan selaman dalam dan sederhana.
Penggunaan gewang juga sangat popular menjerat kakap putih apatah lagi saat kakap putih membaham gewang. Boleh pecah dibuatnya. Persembahan gewang pula perlu pelbagai dengan sedikit henjutan atau jerk ketika karauan.
Lebih elok, cari struktur berbatu dan berkayu sebagai lokasi untuk membaling gewang. Ikan kakap putih akan menggunakan sisi pipinya yang tajam selain permukaan mulutnya yang kasar untuk memutuskan tali perambut.
Set pancing bersaiz sederhana dengan kekuatan tali 10 lb hingga 25 lb sudah memadai dan ianya adalah disyorkan jika pemancing ingin satu pertarungan yang adil serta sengit. Anda perlu gunakan mata kail yang tajam kerana gerut-gerut yang bersaiz di antara sekilogram dan ke atas dan mempunyai bahagian mulut yang keras terutama pada sebelah atas bahagian lelangit.
Jika memancing di perairan yang mempunyai kedalaman lebih dari 15 meter peluang untuk mendapatkan spesies yang lebih besar adalah cerah jika dibandingkan air yang cetek. Spesies ini memakan umpan anda seperti ikan kecil, henjutan pada hujung joran begitu tidak ketara sehingga mata kail sudah masuk ke dalam mulutnya.
Saiz mulut yang tidak begitu besar memberi kelebihan kepada spesies ini dan pemancing akan kehilangan hasil jika mata terlalu besar. Saiz mata kail yang disyorkan ialah 1/0 atau 2/0.
Untuk mengelakkan umpan dicuri ikan yang lebih kecil, pendapat saya penggunaan sotong kurita (jejari) adalah umpan terbaik selain cumit hidup, udang dan ikan bilis bergantung kepada jenis umpan ada. Mungkin di kawasan perairan Pulau Sembilan, umpan ikan bilis adalah paling mudah dan sesuai digunakan.
Waktu paling sesuai ialah ketika air mati dengan umpan udang hidup, jejari sotong kurita dan juga perumpun. Kawasan tersebut adalah berpasir dan dasar mendatar di kuala selat (Pelabuhan Klang) dan mempunyai kedalaman sekitar 15 meter hingga 25 meter.
Masa kini ikan gerut-gerut turut banyak dipancing melalui teknik jigging. Ia membuktikan spesies dasar ini juga boleh diperdaya dengan umpan tiruan seperti jig. Penggunaan sotong getah pada assist hook turut membantu memikatnya.
Masakan
Gerut-gerut lebih enak dimasak kari, tumis pedas atau stim. Anda juga perlu berwaspada kerana sesetengah gerut-gerut mempunyai daging yang agak liat dari kebiasaan. Kes ini biasanya terjadi pada spesies yang mati mengejut (pendapat orang lama) selepas dinaikan terutama separuh badan hilang disambar pemangsa yang lebih besar.
Kelong-kelong memancing khususnya yang didirikan lebih jauh ke tengah laut ternyata lebih berpeluang untuk menaikkan ikan cencaru berbanding kelong yang berada di kawasan sungai atau muara. Kelong-kelong yang terletak di perairan penyabong seperti Kelong Acheh merupakan destinasi terbaik untuk anda cuba melayan ikan cencaru ini.
Kawasan sekitar kelong boleh dianggap sebagai cetek. Oleh yang demikian kebanyakan ikan pemangsa atau pelagik seperti cencaru akan turut turun ke dasar jika menemui makanan. Disebabkan inilah memancing ikan cencaru menggunakan sabiki atau apollo yang diletakkan umpan segar lebih berkesan berbanding sekadar menggunakan apollo saja.
Tidak dinafikan malah sememangnya penggunaan sabiki atau biasa disebut sebagai apollo amat berkesan untuk memancing ikan cencaru. Namun di Kelong Acheh, penggunaan sabiki sahaja amat perlahan hasilnya. Berikut merupakan perkongsian pemilik Kelong Acheh untuk memancing cencaru.
Pertama sekali perlulah mencari ikan umpan seperti tamban dan selar dengan menggunakan apollo. Sebaiknya dapatkan ikan tamban. Untuk dapatkan ikan tamban ini gunalah apollo saiz 4 hingga 6.
Manakala apollo yang bagus untuk digunakan ialah apollo udang warna-warni (udang getah pada mata kail). Jika boleh biarkan ikan umpan ini hidup dengan menyimpannya di dalam bekas simpanan berudara. Atau disimpan bekas berais kerana kesegaran umpan amat penting untuk memancing cencaru.
Apabila mendapati kehadiran ikan cencaru mula memasuki kawasan kelong, gunalah ikan tamban ini sebagai umpan. Ikan tambah dibuang sisik dan kemudian dipotong kecil. Isi ikan ini kemudian dicangkukkan pada mata kail apollo saiz 12 hingga 16.
Apollo enam mata kail ini tidak perlu digunakan kesemuanya. Memadai hanya menggunakan 3 mata saja dengan cara memotongnya kepada dua bahagian. Secara tidak langsung ia lebih menjimatkan.
Apollo 3 mata kail yang telah dicangkukkan isi ikan tamban itu kemudiannya dilontarkan ke spot berdekatan kelong. Ia tidak perlu dilontar jauh. Biarkan batu ladung mencecah dasar dan kemudian sekadar tegangkan tali pancing dan tunggu. Konsepnya sama seperti pancingan dasar memancing ikan merah dan lain-lain lagi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...