Pertama sekali, yang paling penting memancing ikan siakap ni kenalah pandai baca air. Sebab siakap ni suka duduk muara sungai.

 

Seelok-eloknya masa nak mancing dia ni ialah masa air dah dekat-dekat nak pasang penuh sebab masa tu tahap kemasinan (kepayauan) air laut yang bercampur dengan air sungai cukup sesuai dengan siakap ni. Lagi pun masa tu arus dah tak kuat, senang nak buat kerja.

 

Tip Padu Dari Masta Siakap

 

Keseronokan utama memancing siakap ialah dengan teknik casting menggunakan umpan tiruan. Namun, jika tidak ingin menggunakan gewang, boleh juga menggunakan umpan hidup. Malah ia merupakan teknik paling mujarab menggunakan umpan hidup seperti udang, belanak dan juga jenjulung. Dan sebaiknya gunalah teknik hanyut menggunakan pelampung.

 

Tali utama dalam 10-20lbs dah cukup. Rod jenis fast action sesuai dengan kekuatan tali utama. Perambut kena kasar sikit dalam 30-50lbs dari jenis abasion resistant sebab siakap ni cekap memutuskan perambut dengan menggunakan penutup insangnya yang tajam tu.

 

Tip Padu Dari Masta Siakap

 

Tidak perlu guna perambut dawai sebab tips yang saya dapat dari pakar siakap mengatakan perambut dawai ni mengakibatkan wujubnya tenaga elektrik yang menjadikan siakap culas untuk mendekati umpan.

 

Teknik setting perambut berpelampung ialah batu ladung kecil diletakkan di antara umpan dengan pelampung supaya umpan tenggelam dan tak dapat berenang menghampiri tali yang akhirnya menyebabkan tali berselirat dengan perambut dan umpan.

 

Jarak umpan dengan pelampung bergantung kepada kedalaman air, kalau sungai tu dalam kena panjangkan lagi sebab siakap berlegar mencari mangsa di antara pertengahan air ke bawah permukaan air.

 

Tip Padu Dari Masta Siakap

 

Itulah sebab dia cukup suka dengan belanak sebab belanak duduk dekat permukaan air, jadi senang dia serang hendap dari bawah.

 

Kalau nak casting atau trolling di muara pula waktu afdal adalah masa air surut ataupun mula-mula nak pasang. Waktu ni senang sikit nak perdaya siakap sebab pada waktu ini mereka duduk di kawasan yang ada struktur.

 

Contohnya batu-batu, kayu-kayu, tiang-tiang jambatan, kapal pecah dan sebagainya. Mereka menunggu untuk menyerang hendak anak-anak ikan. Jadi, pergilah casting di kawasan-kawasan strategik seperti ini.

 

Tip Padu Dari Masta Siakap

 

Ketika pasang, dipercayai siakap masuk ke dalam kawasan bakau mengikut anak-anak ikan yang masuk ke dalam kawasan bakau untuk cari makan. Jadi, ia mendatang masalah sedikit untuk casting oleh kawasannya terlalu meluas.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI