Perumpun sarang merupakan sejenis umpan yang paling popular untuk sukan memancing. Perumpun sarang biasanya mendiami kawasan berpaya bakau dan berlumpur. Umpan ini begitu unik sekali kerana ianya tidak seperti perumpun yang lain, di mana ia bersembunyi di dalam sarang atau sarangnya yang berwarna hitam.

 

Ketahui Habitat & Kelebihan Perumpun Sarang

 

Jika dibandingkan dengan kebanyakanperumpun, perumpun sarang merupakan umpan yang paling diminati oleh pemancing. Ada juga yang memanggilnya perumpun sarang atau umpun sarang.

 

Ini kerana ia merupakan umpan yang sangat berkesan bagi kebanyakan ikan. Malah saya sendiri pernah mendaratkan seekor ikan daun baru seberat 2kg dan siakap putih 6kg hanya menggunakan umpan perumpun sarang.

 

Ketahui Habitat & Kelebihan Perumpun Sarang

 

IKLAN

Antara kelebihan lain perumpun sarang ialah kerana ia lebih tahan lama. Selagi ia berada di dalam sarangnya dalam keadaan lembab, ia mampu hidup selama beberapa hari. Perumpun sarang juga panjang-panjang dan mampu memanjang sehingga dua kaki.

 

Untuk mencari dan dapatkan perumpun sarang juga tidaklah susah sangat. Ia biasanya boleh ditemui di kawasan berlumpur atau pasir berlumpur di pesisiran pantai atau tebing-tebing muara sungai. Cara untuk mendapatkannya juga tidak berapa sukar.

 

Ketahui Habitat & Kelebihan Perumpun Sarang

 

Apa yang diperlukan adalah alatan penggali seperti alatan skop dan waktu yang sesuai ketika air sedang surut habis. Apabila ke kawasan ini pada waktu air surut, anda boleh mengesan sarang perumpun sarang di permukaan pasir atau lumpur di mana pintu rumah perumpun sarang sering bertanda dengan tompokan hitam dan bersabut serta ditutupi daun reput atau sarangnya tertonjol ke atas permukaan.

IKLAN

 

Kunci kejayaan mencari perumpun sarang adalah kepantasan! Hanya dengan kepantasan yang tepat akan membuahkan hasil. Ini kerana perumpun sarang amat sensitif pada persekitaran.

 

Ketahui Habitat & Kelebihan Perumpun Sarang

 

Hanya dengan sedikit tekanan atau getaran pada sarangnya ia akan menyusup jauh ke dalam pasir atau selut. Oleh yang demikian apabila mengesan kedudukan sarangnya, jangan berlengah untuk menyodok dengan menggunakan skop di sekitar sarangnya.

IKLAN

 

Selain menggunakan skop, perumpun sarang juga boleh didapatkan tanpa menggalinya. Sebaliknya dengan cara mengumpannya keluar dari sarang. Dengan menggunakan isi ikan, parutan ubi kayu, nasi atau juga nenas cincang, ia kemudian disumbat ke dalam stoking atau jut kain (macam kain penapis teh). Basahkannya dan biarkan ia berjus kemudian perah di pintu sarang perumpun tersebut.

 

Ketahui Habitat & Kelebihan Perumpun Sarang

 

Sekiranya ia ada di dalam sarang, dalam masa singkat ia akan terpesona dengan aroma bauan tersebut dan ia akan keluar. Sebaik saja ia mengeluarkan kepalanya dari sarang, sepantas kilat pegang atau cubit kepalanya (pastikan jangan sampai kena gigit kerana gigitannya sakit juga macam terkena kejutan eletrik kecil) dan tarik ia keluar secara perlahan-lahan. Ia tidak boleh ditarik dengan kuat atau kasar kerana ia mudah putus.

 

Ketahui Habitat & Kelebihan Perumpun Sarang

 

Bagi memanjangkan hayatnya pula, perumpun sarang hendaklah diambil bersama sarangnya dan hendaklah dibungkus dengan kertas surat khabar yang telah dilembabkan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI