Perangai si cantik jelita ala-ala Mira Filzah ini sememangnya sangat-sangat sukar untuk diduga. Justeru itulah pancingan ruby ini lebih mencabar berbanding memancing ikan kerisi.
Setelah termakan umpan biasanya ia akan terus menekan ke dasar dan cuba mencari batu karang untuk memutuskan perambut. Sama seperti kerapu ia akan membenamkan diri pada peringkat awalnya sahaja.
Jika kita lambat membuat hook-up pasti akan tersangkut di batu karang. Ketika ini perlu banyak bersabar menunggu agar ruby kembali keluar dari celah-celah batu karang. Sebab itulah disaran mengggunakan perambut jenis apollo yang berkekuatan 150lb agar tidak mudah putus.
Ads
Batu ladung yang beratnya hingga mencecah 2 kg itu jangan pula tersangkut kat mana-mana lubang karang, kalau tidak puaslah menarik untuk memutuskannya. Bayangkan sendiri untuk memutuskan tali pancing sejauh lebih 200 meter di dalam air.
Oleh demikian ada baiknya gunakan swivel kecil sebagai penyambung atau jambatan agar batu ladung tadi putus dan ikan dapat dinaikkan. Apalah sangat nilai batu ladung dengan si ruby yang merah menyala tu kan.
Ads
Kebiasaannya ruby akan menyerah kalah apabila perlawanan hampir ke separuh kedalaman air. Tekanan yang kuat daripada kekili elektrik akan menyebabkan gelembung udaranya (pelempung) keluar melalui mulut dan ia akan semakin lemah.
Apabila hampir di permukaan air biasanya ia akan timbul dengan sendirinya seolah-olah seperti ikan hanyut. Ketika ini teruskan mengarau walaupun tali utama kendur dan nampak mangsa yang terapung berpuluh meter dari bot kita.
Ads
Kadangkala ia hanyut begitu sahaja apabila mata kail terkeluar daripada rahangnya. Oleh sebab itu gunakan dua mata kail agar lebih selamat. Ketika ini jangan pula ada yu atau jerung yang berkeliaran kalau tidak, pasti di cukainya dengan sekelip mata..!
Untuk memancing ruby snapper umpan hirisan ikan tongkol adalah yang terbaik. Selain itu, sotong segar juga boleh digunakan sebagai alternatif.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Dia naik ambil udara slow-slow je lepas tu dia turun balik dengan rileks. Toman jenis ni sesuai pakai lure top water. Try dulu top water yang senyap (takde ball bearing). Kalau dia tak mau, pakai pulak yang ada ball bearing. Kalau tak mau jugak, pakai yang bising sikit macam popper.
Kalau tak mau lagi, pakai la shallow diving lure sebab dia berenang kedek-kedek kan? Last sekali pakai la deep diving. Kalau toman saiz toman rempit, pakai la propeller. Toman rempit suka hentam propeller. Dia macam geram bila tengok air berkocak halus tu. Toman mega ni kurang sikit nak hentam propeller.
Perangai Gerak Kilat
Kalau jumpa toman yang naik ambil udara laju-laju dan turun pun laju-laju… toman macam ni susah sikit nak dapat strike. Pakai deep diving atau sinking pilihan terbaik. Pakai la sama ada yang panjang-panjang atau yang gemuk macam Rapala Risto Rap 7 atau 8. Toman jenis ni kena rajin pujuk. Kalau ada rezeki ada la dapat strike.
Perangai Santai-Santai
Toman ni berenang santai-santai je macam tak ada apa yang berlaku. Kita boleh nampak dia berenang kurang 1 meter bawah permukaan air. Yang ni best! Ini la pemancing panggil abang kawasan sebab boleh dikatakan kalau perangai dia macam ni biasanya dia la yang punya kawasan. Pakai la gewang shallow dan tuju gewang tu berenang depan muka dia.
Perangai Parental Control
Kalau jumpa mama dan papa toman bawak anak-anak, mana-mana gewang yang disebut kat atas tu boleh pakai. Baling arah anak dia. Dia fikir pemangsa nak kacau anak dia. Nanti dia bedal la gewang tu. Tapi kalau dah berpuluh kali baling dan dah tukar macam-macam gewang pun tak strike jugak… abaikan je la. Mungkin dia sakit mulut sebab semalam orang dah CNR.
Perangai Berkepit
Bila tiba musim mengawan… ini la time korang akan terlihat kelibat toman berenang berdua-duan atau kadang-kadang bertiga. Kita boleh tau sebab time naik ambil udara pun berdua. Kalau yang berenang berdua ni memang susah la nak dapat strike sebab tengah asyik bercinta. Takdenya dia nak layan gewang kita. Tapi kalau ada tiga ekor sekali naik ambil udara tu masih berpeluang tinggi untuk dapat strike.
Perangai Budak Nursery
Kalau jumpa kumpulan baby toman… pakai spoon atau minnow saiz 5cm paling sesuai. Senang cakap, tunngu baby toman ni naik ambil udara lepas tu cast gewang tu berenang melalui kumpulan baby toman. Ni saja main-main je tangkap lepas gian. Untung-untung mama dia masih ada jaga dan bedal gewang tu. Nak lebih best kalau ada badong yang tengah usyar baby toman tu dan hentam gewang korang.
Tabiat kaki pancing berbeza antara satu sama lain. Ada yang bikin trip mengejut, tanpa sebarang persediaan rapi, cukup hanya dengan set pancing, terus sahaja pergi memancing. Ada juga trip yang dirancang masih lambat, tetapi persiapan rapi dilakukan setengah tahun atau setahun lebih awal.
Biasanya trip ini trip memancing agak lama dan tempoh jauh lokasinya seperti memancing di pelantar minyak, luar negara dan juga trekking sungai pergunungan. Membuat persediaan awal, adalah perkara yang baik dan harus sentiasa dipraktikkan, bukan setakat hanya pergi memancing, tetapi juga dalam apa juga perancangan kehidupan seharian.
Dalam setiap pekerjaan yang dilakukan biarlah bersistematik dan apa yang penting jika berlaku sebarang musibah atau kesulitan kita sebenarnya telah cukup bersedia menghadapinya.
Alatan pancing
Lakukanlah persiapan sebaik mungkin. Jika perlu membeli sebarang peralatan baru, lakukanlah lebih awal. Buat tabungan untuk perbelanjaan anda setiap bulan. Sebelum turun memancing periksa set peralatan telah siap. Ingat jangan sesekali mengharapkan kawan anda ada menyediakan perambut, mata kail untuk anda melainkan rakan anda menawarkan barangan mereka sekiranya anda betul-betul tiada atau tertinggal.
Stok Makanan
Perut tidak berisi ibarat mesin yang tidak bermaya. Sebelum turun memancing, senaraikan keperluan makanan dan minuman, dapur, bekas memasak untuk tempoh berapa lama anda turun memancing. Jika berkumpulan, muafakatlah apa yang masing-masing perlu dibawa. Bawalah sedikit makanan di dalam tin seperti sardin sebagai insurans jika tidak berhasil mendapat tangkapan.
Jaket keselamatan
Jika menyewa bot, pastikan bot yang anda bayar itu ada memiliki jaket keselamatan. Jika tidak membebankan dan ingin lebih selesa, boleh bawa jaket keselamatan sendiri. Malang tidak berbau, mana tahu jaket keselamatan yang disediakan sudah uzur atau tidak cukup.
Pakaian
Jika berhasrat memancing lebih 3H 2M, rancanglah bawa pakaian yang sesuai. Bawa pakaian yang ringan, mudah kering dan tidak membebankan beg anda. Bawalah baju lengan panjang, stokin untuk melindungi dari panas, sejuk di waktu malam dan mengelakkan dari gigitan nyamuk dan agas.
Kasut / Topi
Jika memancing di sungai, gunalah kasut yang sesuai, selesa, selamat dan tidak berat. Jangan lupa selitlah juga selipar jepun di dalam beg. Topi juga Item wajib yang perlu ada. Bukan sahaja melindungi kepala dari panas terik matahari. Jika memancing pada musim panas, anda perlulah kerap minum banyak air.
Ubat-ubatan
Jangan sesekali mengabaikan ia. Setidak-tidaknya bawalah kit kecemasan mini ketika memancing. Periksa dulu kit kecemasan sebelum turun. Lengkap atau tidak ‘isinya’ seperti plaster luka, paracetamol, minyak angin, minyak gamat, kapas luka dan sebagainya. Jika berlaku kecemasan, sakit di dalam hutan atau di tengah laut mana nak cari klinik?
Baju hujan
Cuaca sukar diramal, kecuali musim panas terik. Bawalah set baju hujan ketika memancing. Ada yang mengatakan leceh, tetapi ketika memancing hujan turun lebat, basah kuyup dan angin pula bertiup jangan pula timbul perkataan ‘kenapalah aku tak bawa tadi’.
Tali / Wisel
Tali sekurang-kurangnya 10 meter wajib dibawa. Ia mampu memberi kemudahan yang tidak dijangka, sama ada kegunaan berkhemah atau kecemasan. Wisel walaupun kecil dan boleh dianggap tidak perlu, ia patut ada dalam trip memancing anda. Masa bila ia berguna? Sekiranya bot anda rosak, tersesat, tiuplah ia untuk menarik perhatian orang lain.
Parang
Ia wajib tersisip di pinggang, terutama kepada mereka yang gemar memancing di sungai di dalam hutan. 1001 kegunaan ada padanya. Setidak-tidaknya seorang ahli grup wajib membawanya.
Lampu
Waktu malam, ia memang berguna. Bawalah apa yang anda rasakan sesuai untuk menerangi kegelapan, sama ada lampu suluh, headlamp, lampu ayam, lampu karbaid.
Coldbox
Jika memancing di laut kedua-duanya item yang diperlukan. Manakala jika memancing di sungai pergunungan, jika berhasrat membawa pulang ikan, bolehlah fikirkan bekas yang sesuai untuk membawa pulang ikan yang disalai atau yang telah digaramkan.
Kenderaan Trip
Jika berkereta, sila pastikan kereta dalam keadaan sentiasa sudah di servis, pastikan lain-lain perkara seperti cukup perkakasan spanar, tayar simpanan, tayar simpanan ada angin. Jika menaiki motor meredah ke kawasan sungai dan hutan, pastikan bawa tiub, spanar, plug dan minyak petrol tambahan.
Pacu merupakan spesies ikan maserba yang memakan apa sahaja. Namun, dalam ekologi semula jadi, pacu akan menjadikan zooplankton, serangga, siput dan tumbuhan akuatik
yang mereput atau mati sebagai diet utama. Pacu juga menjadikan buah-buahan dan biji benih daripada tumbuhan berdekatan sebagai dietnya.
Antara faktor penting dalam memancing ialah pengaturan umpan anda. Dalam memancing spesies pacu pula, tidak terlalu sukar dalam mengatur langkah menyediakan umpan kerana spesies ini merupakan spesies maserba yang memakan apa sahaja.
Bagi pacu bersaiz kecil, umpan cacing yang merupakan antara umpan terbaik. Pacu yang bersaiz kecil cukup gemar meratah umpan cacing yang juga menjadi umpan universal di kalangan kaki pancing.
Selain cacing, umpan organ dalaman haiwan seperti perut dan hati ayam juga merupakan umpan yang terbaik untuk memancing pacu.
Kulit dan lemak ayam juga boleh digunakan dan tidak mustahil mampu menggoda pacu bersaiz besar.
Selain itu, udang yang dikopek kulit juga antara menu umpan yang anda boleh cuba. Udang kopek yang dicangkuk seekor pada mata kail juga mudah untuk menarik perhatian
si peragut rakus ini. Umpan dedak, pellet atau roti pula merupakan alternatif lain yang anda boleh gunakan.
Kebiasaannya umpan sebegini perlu ‘dirasuah’ terlebih dahulu untuk menarik perhatian sebelum umpan sebenar dilontarkan.
Teknik umpan bagi memancing pacu pula tidak sukar. Anda boleh menggunakan teknik pelampung, teknik dasar atau separa air bergantung kepada situasi padang pancing anda.
Biasanya teknik pelampung lebih berkesan dengan umpan perut atau kulit ayam, pellet dan roti manakala teknik dasar lebih tertumpu kepada umpan hati ayam dan cacing.
Apa pun bergantung kepada usaha anda dan keadaan padang pancing, sedikit pemerhatian pasti akan membantu anda dalam pemilihan umpan dan teknik yang perlu digunakan.
Jangan lupa untuk sering bersedia ketika si peragut akuatik ini melarikan umpan anda.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...