Kami sering menerima soalan dari pencinta ikan kelah tentang bagaimana untuk mengenali jantina ikan kelah. Jadi di sini berdasarkan beberapa kajian dari pakar dan
pengkaji kelah, berikut kami sertakan sekali gambar bagaimana untuk mengenal pasti jantina kelah:
Sirip anal
Ikan kelah jantan biasanya mempunyai sirip anal (dubur) yang agak tajam dan memanjang.
Manakala ikan kelah betina pula mempunyai sirip belakang yang agak membulat dan pendek.
Operkulum (pipi penutup insang)
Pipi kelah jantan jika kita sapu dengan tangan, ianya agak kasar berbanding kelah betina. Ia hanya ketara untuk ikan kelah yang telah mencecah 5kg ke atas.
Cecair pembiakan
Cecair likat putih akan keluar melalui papilla bahagian bawah perut ikan jantan (berdekatan sirip anal tadi).
Biasanya tempoh matang kelah jantan untuk mula mengawan ialah 2 tahun. Bagi kelah betina pula bahagian papilla agak kemerahan.
Status taburan
Kelah betina ini agak susah diperolehi berbanding kelah jantan. Tempoh matangnya untuk mula mengeluarkan telur biasanya setelah berusia 3 tahun.
Berdasarkan kajian yang dibuat, untuk kelah seberat 2 kg hanya mampu menghasilkan anak benih kelah 6,000 – 8,000 ekor sahaja.
(sumber: ikankelah.com)
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Penyakit albino atau albinisme tidak hanya terjadi pada manusia, tetapi terjadi dan mempengaruhi haiwan termasuklah ikan.
Mungkin anda pernah tengok ikan albino dan ikan tilapia merah asalnya adalah albanisme.
Albinisme terjadi karena kekurangan pigmen melanin yang bertanggung jawab untuk warna kulit, mata, dan rambut.
Dalam kes albino, enzim yang terlibat dalam produksi melanin tidak ada atau rosak. Situasi ini sebahagian besar diturunkan oleh kedua ibu bapa atau induk, namun dalam beberapa kasus dapat diwariskan dari genetik tunggal.
Namun ibu bapa yang normal tetap berpeluang melahirkan anak albino. Hal ini terjadi kerana ibu bapa adalah pembawa gen yang menyebabkan kondisi ini.
Albinisme Pada Haiwan
Seperti pada manusia, albinisme pada haiwan juga merupakan kelainan genetik yang menyebabkan kelainan atau ketiadaan pigmen melanin. Pelbagai mutasi gen bertanggung jawab atas terjadinya albinisme.
Albinisme bisa terjadi di hampir semua spesies hewan yang memiliki melanin dalam tubuh mereka seperti reptilia, amfibia, moluska, burung, dan mamalia.
Oleh karena itu, albinisme terjadi pada pelbagai spesies haiwan seperti ular, ikan yu, paus, lumba-lumba, siakap, patin, tongsan dan lain-lain lagi.
Tidak semua haiwan yang berwarna putih atau pucat mengalami albinisme. Anda dapat mengenal pasti haiwan albino dengan melihat warna matanya.
Mata haiwan albino akan berwarna merah muda atau merah. Kurangnya melanin membuat pembuluh darah mata menjadi terlihat sehingga mata nampak berwarna merah.
Hewan albino juga akan memiliki kuku, kulit, dan sisik yang berwarna kemerahan. Ada beberapa kondisi pada haiwan yang berhubungan dengan albinisme.
Sementara axanthic albino (axanthism) terjadi karena kekurangan warna kuning pada tubuh, anerythristic albino terjadi karena kekurangan warna merah.
Albinisme juga sering tertukar dengan leucisme. Pada leucisme, haiwan memiliki warna yang sangat pucat atau putih, namun memiliki mata gelap.
Hewan leucisme tidak kekurangan melanin dan dapat dikenalpasti dengan warna mata mereka yang tetap gelap atau normal.
Masalah Pada Haiwan Albino
Melanin merupakan pigmen yang berfungsi melindungi kulit dari radiasi ultraviolet. Atas sebab itu haiwan albino sensitif terhadap cahaya terik matahari dan berisiko tinggi barah kulit.
Haiwan albino tidak mampu melakukan penyamaran berbandingkan rakan mereka yang normal sehingga lebih terdedah terhadap predator.
Albinisme juga menyebabkan masalah penglihatan. Haiwan albino umumnya akan kesulitan mencari pasangan karena tidak memiliki warna normal.
Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dan 14 daripadanya terdapat di Malaysia. 4 jenis di Semenanjung Malaysia, 8 jenis di Sarawak dan 2 jenis di Sabah. Ikan haruanatau nama saintifiknya Channa Striata adalah satu keluarga bersama toman dan bujuk, dari famili Channidae dan genusChanna tetapi berlainan spesies.
Haruan adalah ikan tempatan atau asal (native) di Malaysia. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika. Ia adalah sejenis ikan air tawar bersifat karnivor yang mampu hidup di dalam air payau.
Selain menggunakan insang, haruan juga boleh bernafas secara terus dengan udara atau dipanggil sistem pernafasan bimodal. Ia dilakukan apabila kandungan oksigen yang diambil melalui insang dan kulit menjadi kurang, haruan akan timbul di permukaan air untuk mendapatkan oksigen daripada udara. Atau lebih popular dengan istilah menghirup udara oleh kaki-kaki pancing.
Ikan haruan mempunyai badan berbentuk seperti tiub yang panjang dan kepala mendatar yang dilitupi sisik seperti perisai. Haruan juga mempunyai sirip belakang dan bawah yang lembut dan panjang. Mulutnya juga sangat besar dan mempunyai gigi yang halus tajam pada kedua-dua rahang atas dan bawah.
Badannya mempunyai sisik yang halus serta organ pernafasannya berada di kepala. Sirip belakang berada pada garisan tengah belakang ikan haruan manakala sirip bawah pula berada garisan tengah pada perut ikan haruan. Kebanyakan ikan haruan mempunyai bintik besar menyerupai mata pada tubuh dan sirip ekor, jalur pada sirip dada dan bintik-bintik kecil pada badan.
Ikan berkepala umpama ular atau snakehead ini memiliki isi daging yang tebal dan padu serta enak dimakan. Sesetengah orang tidak menggemarinya disebabkan bau hanyirnya, tapi bagi pecinta haruan masak lemak cili api atau goreng berlada, pasti akan kecur liur apabila dihidangkan menu ini. Ekoran permintaan yang tinggi di pasaran, membuatkan haruan senantiasa diburu. Harganya di pasar basah sentiasa stabil malah tidak pernah menurun.
Sumber proteinnya juga berkhasiat tinggi untuk kesihatan. Asid lemak omega-6, asid arachidonic banyak ditemui dalam daging ikan haruan, sementara itu asid lemak omega-3, asid eicosapentaenoic tidak ditemui. Ianya satu penemuan yang sangat menarik sebagai interaksi metabolik. Asid arachidonic sangat penting untuk membaik pulih dan membantu pertumbuhan otot serta rangka. Ikan haruan juga mempunyai asid amino yang sangat tinggi untuk membantu dalam proses penyembuhan luka.
HABITAT DAN LOKASI
‘Di mana ada air, di situ ada haruan.’ Ia bukanlah trivia atau fakta sebenar sebaliknya perumpamaan untuk menyatakan ikan haruan boleh ditemui hampir di setiap lokasi atau sumber air kecuali air masin. Haruan boleh ditemui di sungai, sawah padi, terusan, tali air, parit, bekas lombong tinggal, paya, kolam tadahan, kolam terbiar, dan juga ditemui dalam sistem perparitan seperti longkang dan lopak-lopak kecil berhampiran sumber air.
Haruan juga mampu beradaptasi dengan baik dalam air payau atau berpersekitaran agak masin yang dihuni oleh ikan siakap putih atau bulan. Seringkali juga pemancing yang memburu bulan atau tarpon berhasil mendaratkan haruan.
Haruan juga tidak memilih habitat yang khusus sebagaimana ikan kelah atau tengas yang sensitif pada persekitaran, justeru ia masih boleh ditemui di parit-parit kecil di tepi jalan atau longkang yang kondisi airnya cetek, kotor dan berbau. Sebagai ikan yang memerlukan udara, haruan perlu naik ke permukaan untuk mendapatkan udara.
Oleh itu, haruan lazimnya memilih di tempat yang cetek sekitar kurang daripada daripada 3 kaki dan dikelilingi tumbuhan akuatik dan reba sebagai perlindungan dan juga tempat menyerang hendap mangsa dengan menggunakan lontaran pantas badannya kerana haruan tidak memiliki keupayaan renang dengan pantas. Habitat dan kondisi air ini juga mempengaruhi corak warna pada sisiknya.
Ikan-ikan tenggiri, wahoo, tuna dan mackerel merupakan antara nama-nama biasa bagi ahli-ahli keluarga Scombridae. Ahli-ahli keluarga Scombridae ini dapat dikenali dengan memiliki finlet atau sirip ceracak di antara sirip dorsal dan sirip anal, sirip kaudal atau ekor yang sangat bercabang dan sekurang-kurangnya memiliki dua lunas kecil setiap sisi kaudal pandukal. Dan kebanyakan spesies mempunyai lunas yang lebih besar di antara lunas-lunas kecil.
Ahli-ahli keluarga Scombridae bertaburan di laut tropika dan subtropika di seluruh dunia. Terdapat 15 genus dan 54 spesies di seluruh dunia. Saintifik keluarga ini dibahagikan kepada dua subfamily. Subfamily Scombridae terdiri daripada 53 spesies dan subfamili Gasterochismatidae terdiri daripada hanya satu spesies.
Namun, pada umumnya ia boleh dibahagikan mengikut bentuk mereka kepada tiga kumpulan iaitu Spanish mackerel, mackerel dan tuna.
Ikan tenggiri dengan nama biasanya Spanish mackerel atau seerfish tergolong dalam Scomberomorus (terdapat 18 spesies dalam genus) dan dua spesies dalam genus Grammatorcynus. Kebanyakan spesies ini hidup berdekatan dengan permukaan perairan pantai.
Mereka sering ditemui dalam kluster atau kelompok kecil dan sebahagian daripada mereka merupakan ikan migrasi. Spesies tenggiri adalah ikan karnivora dengan gigi rahang besar, segi tiga, mampat dan tajam.
Laman sesawang Fishbase menyenaraikan 18 spesies tenggiri dalam genus Scomberomorus:
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...