Semua terletak kepada apa yang anda minat. Tapi, ada juga yang merungut, “ Alah, pergi sorang-sorang, siapa nak ambil gambar?”. Ikuti tip kali ni, pasti tiada masalah lagi.
GEAR WAJIB ADA:
1. Tripod
2. Kamera (DSLR atau Auto)
3. Ikan
4. Orang dalam gambar
5. Casing Kalis Air
6. Marker pen merah
7. Rod Pancing, segala yang sewaktu dengannya
Ads
LANGKAH 1
Pergi lubuk yang anda biasa pergi, jarang pergi atau tak pernah masuk.
LANGKAH 2
Cari tempat yang sesuai, maksudnya jika di tepi parit, lubuk, pantai, kolam, pacakkan kayu selaras dengan anggaran ketinggian yang bersesuaian. Jika boleh, aras mata (eye-level).
LANGKAH 3
Ads
Berlutut dalam posisi anggaran sendiri di hadapan kayu tadi. Jika boleh, sangkut sehelai t-shirt @ tuala, topi sebagai penanda aras jika ikan akan dipegang di kawasan tersebut. Tandakan spot ikan t-shirt tersebut. (Nampak susah, tapi sebenarnya senang).
LANGKAH 4
Set kamera dan tripod. Menggunakan viewfinder, guna t-shirt tadi sebagai anggaran jarak untuk crop gambar nanti. Berhati-hati supaya anggaran jarak tidak terlalu dekat atau terlalu jauh.
NOTE: Jika and tidak menggunakan kamera DSLR, sila langkau Langkah 5.
Ads
LANGKAH 5
Set fokus kamera pada t-shirt. Jika guna kamera DSLR , biasanya bila kita set self-timer, ia akan secara autonya akan auto-fokus di bahagian latar belakang.
Kalau ada semak, kamera akan auto-fokus pada semak. Gambar anda bersama hasil habuan jadi blur. Bagi mengelakkannya, bila anda sudah fokus pada t-shirt, terus tukar kepada fungsi manual.
LANGKAH 6
Set masa untuk 10 saat menggunakan self-timer, ambil ikan yang ditangkap tadi, alihkan t-shirt dan terus berdiri di hadapan kayu tadi. Ulang sebanyak tiga kali sehingga anda puas hati, gambar jadi tidak blur. Agak kelakar juga, tapi janji hati puas!
TIPS
Beli remote control yang kalau boleh kalis air, atau yang biasa. Ia lebih memudahkan anda menekan shutter release bila and bersedia. Memang pelik tapi anda akan membiasakannya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
“Masuk aje nama terus kena bayar full. Tak ada booking nama pakai air liur je… no money no talk! Banyak lagi kaki pancing nak join.”
– Saipul Bahari
“Sekali buat perangai macam tu, tanpa alasan munasabah (contoh alasan, anak sakit masuk hospital) terus dibuang dari geng. Tidak akan diajak lagi sampai bila-bila. Sila pergi cari komplot lain.”
– Mohd Faizal Moin
“Team kami amal macam ni.. kalau last minute cancel, kena bayar tambang full jugak. Alhamdulillah team bagi kerjasama. Saya sendiri dah dua kali last minute kansel. Hasil pancing tetap dapat walaupun tak turun.”
– Jaih Zaraki
“Disarankan penganjur minta deposit sekurang-kurangnya 50% dan deposit hangus jika tarik diri saat akhir tanpa pengganti. Dalam soal ni penganjur kena tegas. Kalau penganjur sanggup payung takpe la.”
– Weslley Melina
“Senang saja. Tengok alasan dia dulu. Kalau munasabah okey, boleh terima. Kalau tak munasabah, jawabnya lain kali minta terus bayaran penuh dari dia, baru isi nama. Kalau dia nak tarik diri jugak, Alhamdulillah….”
– Nazri Rahim
“Ya… memang ada orang macam ni. Cara mendidik, kita atur satu trip lepas tu kita kansel last minit pulak. Tu je ubat dia, bagi ada akal sikit.”
– Mohd Afiz Mustapa
“Tengok dulu apa sebabnya dia kancel. Kalau takde sebab, next trip semua hasil tangkapan kita bahagi sama-sama kecuali bahagian dia je jangan kasi.. hehe.”
– Wi Zu Rai
“Sabar je la. Kadang-kadang ada hal yang tidak dapat dielakkan. Jadi teruskan aktiviti. Tapi kalau kerana dia semua trip kansel… sebat pakai joran, sorang sepuluh kali.”
– Azman Apot
“Tengok dulu alasan dia… logik ke tak logik. Kalau alasan dia bini tak bagi, suruh dia mintak cerai…! memang ramai yang kansel sebab takut bini. Puikkk!”
– Pak Tam
“Kali pertama kansel kita terima. kali kedua kansel terima lagi. kali ketiga kalau dia ikut… tolak dia kat tengah laut. Settle satu masalah kawan yang tak guna! Tak jadi kawan pun takpe la kalau ada orang camni.”
– Dbangkok Danish Bangkok
“Aku salah seorang daripada yang kansel last minute. Bapak masuk hospital dan anak lelaki patah kaki. Cukup tak alasan ni? Hehe… sori la kawan-kawan. Bukan disengajakan tu.”
– Jas Kiddin
“Paling haprak dah la tak join trip… lepas tu minta refund pulak. Memang dajei betul! Ishhh… geram pulok rasanya eh.”
– Fauzan Yaacob
“Memang pernah kena dan kami ada cara tersendiri untuk mendidiknya. Caranya kita orang asyik bercerita dalam grup pasal trip memancing yang dia tak pergi tu. Lama-lama dia malu sendiri dan keluar grup… hahaha. Korang boleh try guna kaedah ni.”
Boleh dikatakan kebanyakan kolam pancing terutamanya kolam memancing air tawar ada menyediakan hadiah KHAS yang dinamakan jackpot. Ada yang menetapkan ikan melebihi berat tertentu, ikan bertanda atau sebagainya.
Namun, apabila dinamakan jackpot maka ramai yang beranggapan ia adalah haram, hanya kerana ia dinamakan jackpot. Tapi bagaimana pula ia dinamakan hadiah khas atau tangkapan istimewa?
Mari kita teliti artikel yang dipetik dari sebuah majalah keagamaan ini.
Jika bertepatan dengan kefahaman saya tentang hadiah jackpot yang biasa ditawarkan di kolam pancing, maka hukumnya haram kerana ia adalah suatu bentu perjudian.
Hal ini kerana hadiah jackpot adalah hasil daripada wang terkumpul yang dibayar oleh para peserta. Dalam kata lain, ia adalah wang pertaruhan.
Asasnya, kita harus memahami proses judi terjadi. Judi berlaku apabila dua pihak atau lebih saling bertaruh harta masing-masing untuk satu-satu aktiviti.
Sesiapa yang menang dalam aktiviti tersebut, maka dia berhak mendapat harta pertaruhan yang terkumpul.
Manakala pihak yang kalah pula akan kehilangan harta yang dipertaruhkan.
Berbalik kepada hadiah jackpot yang biasa ditawarkan di kolam pancing, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi untuk mendapatkannya.
Antaranya; pemancing yang berhasrat menyertainya perlu membayar sekian harga tambahan yang berlainan daripada yuran masuk.
Wang tambahan yang dibayar tersebut menjadi wang pertaruhan yang terkumpul atau jackpot.
Hadiah itulah yang diberikan kepada peserta yang menang mengikut aktiviti yang ditentukan, sama ada berkaitan ikan terkecil, terberat dan sebagainya.
Oleh yang demikian, jelaslah bahawa ia merupakan suatu bentuk judi dan hukumnya haram.
Hukum tidak terikat dengan sebab nama. Haram hadiah jackpot bukan namanya jackpot, namun kerana sifatnya yang berbentuk perjudian.
Manakala haramnya judi bukan kerana namanya judi tetapi sifat asasi iaitu pertaruhan antara dua pihak atau lebih. Yang menang mendapat habuan, yang kalah berputih mata.
Maka apa-apa sahaja hadiah adalah haram jika sifatnya adalah judi meskipun diberi nama bonus, sagu hati, cabutan bertuah hatta sumbangan ikhlas sekali pun.
Begitu juga sebaliknya, jika suatu hadiah itu tiada sifat judi, maka halal walaupun mungkin namanya jackpot.
Bagaimana pula jika pihak pengurusan kolam menawarkan hadiah jackpot tetapi tidak mengenakan bayaran tambahan kepada pemancing? Hanya yuran masuk dikenakan.
Saya tidak dapat memberikan kata putus dalam kes ini. Secara prinsipnya, hukum bagi kes sebegini bergantung kepada sumber hadiah jackpot yang ditawarkan.
Jika hadiah tersebut bersumberkan yuran peserta, maka hukumnya haram kerana ia menggunakan suatu pertaruhan.
Misalnya, yuran masuk secara kebiasaannya adalah RM30 untuk sejam. Bagaimanapun pad minggu atau bulan ditawarkan hadiah jackpot, yuran masuknya dinaikkan kepada RM40 sejam.
Jelas bahawa tambahan RM10 daripada caj kebiasaan tersebut sebenarnya untuk membiayai hadiah jackpot yang ditawarkan.
Sebaliknya jika caj masuknya seperti biasa, di sini wujudnya kesamaran yang saya tidak dapat putuskan hukum dan perinciannya.
Boleh jadi pihak kolam pancing menjalankan operasinya dengan menawarkan hadiah jackpot, lalu segala perbelanjaan untuk menyediakan hadiah tersebut sudah pun dimasukkan dalam yuran masuk sejak awal.
Maka, dibimbangi kes ini termsuk dalam judi yang jelas bahawa hukumnya haram.
Namun dalam beberapa keadaan, boleh jadi juga hadiah jackpot yang ditawarkan sebenarnya ditanya oleh pihak ketiga sebagai satu strategi untuk menarik ramai pemancing dalam satu-satu masa.
Maka, hadiah seperti ini adalah suatu bentuk hibah yang dibenarkan. Kes ini sama seperti peraduan cabutan bertuah dan seumpamanya.
Apa hukum pergi ke kolam pancing yang menawarkan hadiah jackpot tetapi kita tidak sertainya? Kita hanya membayar yuran masuk seperti biasa tanpa yuran tambahan RM3 untuk memenangi hadiah jackpot.
Secara jujurnya, saya tidak mampu memberikan pandangan hukum yang muktamad dalam kes sebegini. Boleh jadi hukumnya harus, boleh jadi sebaliknya.
Jika diqiaskan dengan hukum harus membeli di kedai atau pasaraya yang turut menjual arak, maka harus pergi ke kolam pancing itu.
Meskipun begitu, boleh jadi haram hukumnya jika dianggap turut bersubahat dan menggalakkan kemungkaran.
Bagaimana pun dari sudut kewarakan, saya nasihatkan agar kita tidak pergi ke kolam itu. Saya kira masih ada kolam pancing lain yang bebas judi dan segala perkara yang meragukan. Maka memilih jalan selamat adalah lebih baik.
Toman merupakan spesies terbesar dalam famili Channidae dan mampu membesar sehingga 150 cm dengan berat sehingga 20 kilogram.
Di habitat semulajadinya toman merupakan predator yang berada puncak rantaian makanan. Sebagai predator, toman dilengkapi dengan barisan gigi setajam pisau dan kekuatan rahang yang luar biasa.
Dengan senjata maut yang dimiliki itu toman menjadikan ikan, amfibia dan binatang-binatang kecil sebagai diet makanannya.
Selaku ikan monster bersifat predator dan kepaduan daya juangnya, toman amat popular bagi para pemancing. Khususnya penggemar sukan memancing segmen mengilat atau casting.
Padang pancing seperti tasik, sungai, lombong, paya atau kolam yang menjadi habitat toman akan diredah kaki pancing apabila mengetahui kewujudannya.
Toman dipancing dengan pelbagai kaedah. Sama ada menerusi teknik pancingan dasar, apungan atau mengilat. Pelbagai umpan juga boleh digunakan untuk memancing toman.
Ikan hidup, hirisan ikan, belut, katak atau umpan tiruan. Dari pelbagai teknik dan umpan, mengilat atau casting menggunakan umpan tiruan atau gewang merupakan kaedah paling popular dan dikuti ramai.
Abaikan persoalan mengilat toman menggunakan set spinning atau baitcaster yang manakah lebih praktikal dan menyeronokan. Begitu juga gewang jenis apa yang afdal untuk casting toman.
Sama ada gewang permukaan, gewang minnow atau crank, gewang selaman cetek atau dalam, sesudu, katak kayu atau getah, atau pelbagai jenis spinnerbait. Sebaliknya, apa
yang menjadi topik yang ingin dibicarakan adalah; ADAKAH PERLU UNTUK MENGGUNAKAN GEWANG MAHAL TAHAP TAHYUL UNTUK CASTING TOMAN?
Bagi pemancing yang baru berjinak-jinak dengan sukan memancing toman, antara dilema yang sering dihadapi adalah bajet untuk membeli gewang. Apatah lagi apabila harus
berkomplot dengan masta-masta caster yang taksub pada gewang-gewang tahyul berharga tinggi untuk mengilat toman.
Gewang dengan nilai RM50 dan ke atas bolehlah dilabel sebagai gewang mahal.
Tidak semua pemancing mampu untuk melabur dengan bajet sekasar itu demi menjerat seekor toman yang berkemungkinan akan menjahanamkan terus riwayat gewang tersebut.
Bagi membincang perkara ini, berikut merupakan pendapat dan buah fikiran pemancing yang sudah sekian lama berkecimpung dalam arena mengilat toman.
Pendapat 1
Apa yang ada pada gewang mahal juga terdapat pada gewang murah. Bezanya yang paling ketara adalah dari segi renangan serta bahan atau material yang digunakan.
Ditambah pula dengan corak dan warna yang sangat menarik telah mempengaruhi pertimbangan para pemancing. Terdapat banyak pilihan gewang harga murah di pasaran yang perlu anda cuba keberkesanannya.
Yang penting anda mampu menggayakan gewang itu sendiri bersesuaian dengan lokasi dan jenis gewang itu sendiri.
Toman lazimnya tidak terlalu memilih jika anda menggunakan sebarang jenis gewang. Yang paling penting bagaimana anda persembahkan gewang.
Gewang juga tidak melakukan aksi gaya renangan secara automatik. Tanpa bantuan dari pemain yang berpengalaman, gewang mahal seperti tidak bernilai.
Jadi, pendapat yang mengatakan toman hanya boleh dipancing dengan gewang mahal adalah tidak tepat sama sekali.
Pendapat 2
Kalau mampu pakai yang mahal, pakailah… kalau tak mampu, gewang pun jadi jugak. Tentang gewang mahal dan murah ni susah sikit nak cakap. Orang ni banyak macam.
Kalau yang suka pakai yang jenis mahal mungkin salah satunya adalah kerana kualitinya, lain pada yang lain, nak tarik tarik perhatian orang pun ya.
Mungkin juga minat dia mengumpul barang-barang berjenama… tapi yang murah pun tidak ada kurangnya jugak. Cuma kena la pilih-pilih sikit.
Murah tapi ada kualiti… mengikut atas kemampuan la. Kesimpulannya, terpulanglah pada pengguna nak pilih mana yang bersesuaian.
Tapi hakikatnya semua gewang ikan hentam. Asal ada aksi renangan yang bersesuaian dengan ikan yang diburu dan juga teknik individu. Purata boleh dikatakan 70% skil individu
yang mendapat strike termasuk bijak melihat keadaan tempat, cuaca, air dan persekitaran yang untuk menggunakan gewang apa ketika itu.
Pendapat 3
Ia adalah satu fakta bukan auta kerana ikan tak kenal gewang. Penjelasannya mudah saja… ikan toman adalah pemangsa yang rakus.
Ia tidak memandang jenis gewang kerana sifatnya yang kejam. Perbezaan yang ketara jika membandingkan aksi gewang mahal dan murah ialah pada persekitaran toman itu sendiri.
Jika tekanan casting tinggi aksi gewang memainkan peranan penting. Jika tidak, apa yang lalu pasti dihentam oleh toman.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...