Memakan sotong celup tepung atau sambal sotong memang menyeronokan. Lebih-lebih lagi kalau sotong segar.

Dan tambah lagi seronok kalau kita cuma jadi tukang makan sahaja.

 

Tau ke korang perkara yang paling menyampah untuk dilakukan sebelum sotong ini dijadikan juadah dan boleh dimakan?

Ya… tentu saja part nak menyiang atau membersihkan sotong.

 

Cara menyiang atau membersihkan sotong sebenarnya tidaklah tidaklah rumit sehingga boleh melukakan jari sebagaimana menyiang ikan.

Namun ia satu kerja yang sedikit renyah terutamanya untuk membuang kulit dan kantung atau pundi dakwatnya.

 

Kita perlu berhati-hati ketika membersihkan sotong bagi mengelakkan dakwatnya daripada pecah.

Memang tidak bahaya pun kalau kantung dakwatnya pecah malah dakwatnya pun tak beracun.

IKLAN

Tetapi memang leceh sikit kerana air dan tangan menjadi hitam. Silap-silap terkena pulak pada baju… lagi leceh dan satu hal pulak nak sental baju.

 

Tip Membersihkan Sotong Dan Menanggalkan Kantung Dakwat

 

Cara untuk mengelakkan kantung dakwat sotong ini mudah saja. Pertama sekali sediakan plastik kosong.

Kemudian buatlah kerja-kerja menyiang sotong ini di dalam plastik kosong tu bagi mengelak segala percikan merata tempat.

Ceraikan bahagian kepala sotong dari badan terlebih dahulu dengan berhati-hati dan pastikan kesemua isi perut yang bercantum pada kepala sotong itu ditarik keluar.

 

IKLAN

Kemudian carilah di mana letaknya kantung dakwat sotong tu. Proses ini yang paling penting – pegang dan buang bahagian kantung dakwat sotong dari bahagian atas (kepala) ke bawah (badan).

Ingat! Jangan cabut kantung dakwat dari bahagian bawah ke bahagian kepala!

Selepas kantung dakwat berjaya ditanggalkan terus buang ke dalam plastik. Jangan dicucuk dengan pisau pula.

 

Jika sotong yang hendak dibersihkan itu adalah sotong pasaraya (bukan sotong segar terus dari laut), jangan rendam terlalu lama di dalam air kerana ia akan menyebabkan sarung kantung dakwat mencair dan dakwat mudah meleleh keluar.

 

Sekiranya korang ingin mencui sotong yang telah disejuk bekukan pula, sebaiknya jangan direndam sotong sehingga lembik.

IKLAN

Biarkan hingga 3/4 lembut tetapi kantung dakwatnya masih membeku. Cara ini memang paling selamat dan bijak.

Dakwat yang masuk membeku tetapi boleh dibersihkan itu tidak akan mengotorkan air rendaman sotong dan tangan anda.

 

Sementara untuk membuang kulit sotong yang nipis memang satu kerja yang paling memboringkan.

Boleh patah pinggang dibuatnya kalau banyak sotong yang nak dibuat. Tapi sebenarnya ada cara yang mudah tetapi sangat berkesan.

 

Caranya ialah dengan menggunakan kertas surat khabar. Gunakan kertas surat khabar untuk melurut atau menarik kulit sotong tersebut!

 

Tip Membersihkan Sotong Dan Menanggalkan Kantung Dakwat

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI