Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau pendar cahaya.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu menghenjut jig pada tempoh tertentu seperti slow atau laju pada kiraan tertentu untuk menarik perhatian ikan. Jig akan dihulurkan semula ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Boleh kempis perut dibuatnya!
Sekiranya teknik ini dipraktikkan di tebing atau jeti, ia dinamakan jig cast. Nama je lain sket tapi menghenjun tetap kena henjun!
Bottom fishing
Ads
Berkait rapat dengan teknik memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik, paya, laut atau tali air tepi sawah belakang rumah
Drifting
Menggunakan umpan hidup dan dilepaskan ke sasaran tanpa menggunakan batu ladung. Pelampung dan belon sering digunakan sebagai penanda. Teknik ini sesuai dipraktikkan untuk mencari ikan separa air seperti tenggiri, layaran.
Ads
Trolling
Menggunakan umpan ikan, sotong atau gewang . Teknik tundaan dilakukan dengan bot atau sampan berinjin pada kelajuan perlahan antara 5 hingga 10 batu nautika sejam. kalo nak rempit lebih laju lagipun boleh. tapi penat la GT, tenggiri, talang atau baracuda nak sambar umpan .
Ads
fly fishing
Teknik yang berasal dari benua Eropah dan makin popular di negara kita. Teknik yang perlu dipelajari untuk mengawal balingan/ hayunan tali alistik ke sasaran, bukan main belasah je! fly fishing hanya boleh dipraktikkan di kawasan yang lapang dan menggunakan umpan tiruan.
Floating
Teknik pelampung. baling saja umpan korang kat lubuk idaman dan perhatikan pelampung setiap masa.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Memancing puyu di kawasan-kawasan terbiar seperti di kolam, parit atau lombong yang mana permukaan airnya dilitupi tumbuh-tumbuhan akuatik, tidaklah semudah berbanding kawasan yang lebih terbuka.
Banyak perkara yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum melabuhkan mata kail yang dicangkukkan umpan.
BUAT SPOT MEMANCING
Sepadan mana pun tumbuhan akuatik menutup permukaan air pasti terdapat juga ruang kosong yang biasanya menjadi lapangan untuk ikan-ikan puyu mengambil udara.
Jika tiada langsung ruang kosong atau lubang, buatlah satu lubang untuk dijadikan spot memancing.
Sekiranya banyak terdapat ruang kosong, pantaulah di kawasan mana yang paling kerap kelibatnya kelihatan.
Dan pastikan juga ruang tersebut tidak terlalu jauh sehingga sukar untuk meletakkan umpan dengan menggunakan joran teleskopik.
RASUAH UMPAN
Apabila sudah mengesan spot yang berpotensi, taburlah dedak ayam di spot berkenaan sebagai rasuah untuk memanggil ikan-ikan yang ada berkumpul di situ.
Ia lebih bagus jika dapat menabur dedak beberapa sebelum memancing. Jika tidak berkesempatan, ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya satu jam sebelum memancing.
Dan perbuatan ini perlu diteruskan ketika memancing. Jangan takut ikan akan kekenyangan dengan dedak yang ditabur.
Apa yang lebih penting ialah mengekalkan kumpulan puyu terus berada di spot tersebut.
TAKTIK DAN TEKNIK
Pancingan menggunakan joran dan kekili tidak sesuai digunakan dikawasan begini. Oleh itu gunalah joran pole atau teleskopik yang panjangnya mampu untuk menghulurkan umpan pada spot.
Penggunaan tali tangsi 6-10 lb sudah memadai. Panjang tali lebih kurang 3/4 panjang joran teleskopik.
Mata kail saiz kecil tanpa lubang cincin kerana ia biasanya lebih ringan dan tajam.
Jika boleh sukatlah dahulu kedalaman spot agar dapat menggantung umpan pada jarak yang bersesuaian.
Sekiranya menggunakan umpan yang terapung seperti cengkerik, gunalah batu kepit bersaiz kecil dalam anggaran satu inci dari mata kail.
Cengkerik pula pilihlah yang bersaiz kecil. Jika cengkerik besar, sebaiknya potong kepalanya terlebih dahulu.
Cengkerik yang dipotong kepalanya lebih berkesan kerana rangsangan baunya yang merembes keluar.
Salah satu tabiat puyu ialah menyambar serangga yang bergerak. Atas sebab itu umpan perlulah kerap kali diunjun perlahan sebelum dibiarkan tergantung di dalam air.
Dan pemancing perlulah peka melihat sebarang pergerakan pelampung kerana jika lewat membuat sentapan akan mendorong puyu membawa mata kail celah-celah akar rumpair dan sukar untuk ditarik keluar.
Seperkara lain, sebagai langkah keselamatan terhadap jari-jari tangan, gunakanlah sarung tangan kain atas kain ketika memegang puyu.
Selain badannya yang licin berlumut, duri-duri tajamnya walaupun tidak berbisa tetapi keras dan tajam amat mudah untuk melukakan tangan.
Ada jenis ikan yang tabiat makan secara menyambar, ada dengan cara mengutis atau mencuit, meragut, menyedut dan lain-lain lagi. Mengetahui cara ikan makan umpan adalah amat penting kerana melalui cara ini membolehkan kita memilih mata kail yang sesuai untuk memancingnya.
Ikan Makan Menyambar
Ikan yang mengambil umpan secara menyambar ini pada kebiasaannya dari jenis ikan pemangsa atau predator yang bergigi tajam. Maksud menyambar di sini ialah ia akan memakan umpan semasa bergerak mahupun ketika mangsa itu sendiri yang bergerak.
Antara ikan yang memakan umpan secara menyambar termasuklah tenggiri, barracuda, talang, gerepoh dan haruan tasik.
Kebanyakan mata kail boleh digunakan untuk memancing ikan jenis ini tetapi adalah disarankan mata kail dari jenis live bait atau big game hook yang mana matanya menegak lurus ke pangkal. Ini kerana ia membolehkan mata kail tertancap terus pada mulut ikan ketika menyambar umpan.
Lazimnya mata kail dari jenis ini juga mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan tidak mudah melurus ketika sentapan atau hentakan.
Seperkara yang perlu diingat ialah kekuatan hentakan ketika proses sambaran hampir sepuluh kali ganda berbanding berat ikan tersebut. Justeru itu kekuatan mata kail amat penting bagi mencangkuk ikan jenis ini.
Ikan Makan Meragut
Maksud meragut di sini ialah jenis ikan pemangsa yang memakan umpan yang bersifat pegun atau tidak bergerak. Sejurus mengambil umpan dengan tindakan pantas dan dengan pantas juga ia melarikan diri. Teknik pancingan dasar kebanyakannya menggunakan umpan mati begini.
Manakala ikan yang bersifat meragut antara jenahak, merah, pari dan lain-lain lagi. Tiada mata kail yang lebih baik bagi memanfaatkan ikan yang meragut umpan seperti ini selain dari jenis mata kail yang melingkar sedikit hujung matanya iaitu mata kail lingkar atau circle hook. Mata kail lingkar direka bentuk agar ikan tercangkuk dengan sendiri pada hujung mulutnya.
Ketika umpan diragut dan dilarikan, mata kail lingkar tidak akan terus tercangkuk sebaliknya akan melurut keluar dan hanya akan tercangkuk pada hujung bibir mulut ikan. Oleh yang demikian, apabila umpan dilarikan pemangsa, sebarang tindak balas sentapan akan menyebabkan mata lingkar ini akan rabut atau lucut begitu saja. Dan apabila tercangkuk dengan kemas, ia hampir mustahil untuk terlucut.
Ikan Makan Mengutis
Ikan yang memakan umpan secara menggetu atau mengutis memberi makna ikan yang memakan umpan dan kekal berada di tempat umpan dimakan. Ikan jenis tidak bergerak ketika memakan umpan dan umpan itu sendiri juga tidak bergerak dengan ketara. Oleh yang demikian amatlah susah untuk pemancing mengetahui proses tersebut secara nyata.
Untuk membolehkan isyarat bahawa umpan sedang dimakan ikan, peralatan memancing yang sensitif pada getuan perlu digunakan. Begitu juga kesukaran mata kail untuk tercangkuk dengan sendiri juga sukar. Bagi menghadapi ikan yang memiliki tabiat makan seperti ini, adalah disarankan mata kail yang jenis lurus atau mempunyai hujung mata yang mendongak ke tepi.
Mata kail yang digunakan juga sebaiknya tidak terlalu besar, halus dan tajam. Dan apabila merasai getuan, pemancing perlulah peka dan segera melakukan sentapan balas. Antara ikan yang memakan umpan secara mengutis ini antaranya ialah lampam, tilapia, rohu, gelama, duri, anak-anak ikan atau ikan yang bersaiz kecil.
Ikan Makan Menyedut
Ikan yang memakan umpan dengan cara menyedut atau menghisap umpan pastinya tidak perlu dihurai dengan lebih meluas kerana tidak menyembunyikan maksud yang lain. Ikan yang menyedut umpan ini terdiri dari ikan yang bergigi tajam mahupun tidak bergigi. Lazimnya ia memiliki mulut yang luas atau bibir yang boleh dilaraskan.
Kebanyakan ikan jenis kap termasuklah kelah memiliki tabiat makan sebegini. Ikan kerapu dan gerong belang merupakan antara spesies ikan air masin yang tersohor dengan tabiat makan secara menyedut atau menghisap umpan.
Cara menyerang mangsa pula sama ada mengejar atau menunggu mangsa melintas di hadapannya di kawasan persembunyian. Banyak jenis mata kail boleh digunakan namun disyorkan mata kail yang berteras panjang dan sedikit bengkok pada hujungnya.
Boleh dikatakan ikan haruan merupakan ikan yang paling banyak dipancing oleh para pemancing.
Ironinya, tidak ramai pula pemancing yang menjadikan ikan haruan sebagai salah satu diet utama.
Malah ramai yang tidak makan ikan haruan sedangkan banyak khasiat yang terdapat pada ikan haruan.
Sumber protein
Ikan haruan merupakan satu sumber protein yang baik, iaitu kira-kira 60-70 peratus protein kepada manusia.
Rendah lemak
Ikan haruan mengandungi lemak yang rendah berbanding dengan ikan air tawar lain iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan beratnya.
Anti oksidan
Ikan haruan turut mengandungi sejumlah besar Vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembabkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan.
Masalah gastrik
Ikan haruan juga mengandungi asid amino yang penting untuk menyembuhkan luka dan juga baik untuk penyakit gastrik.
Kolagen
Selain itu ikan haruan juga mengandungi glisin yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia.
Sel baru
Ikan haruan turut mengandungi asid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...