Untuk pancingan dasar kelah pada waktu malam, disarankan khemah didirikan jauh sedikit daripada sungai. Lagi jauh basecamp dari sungai sebenarnya lebih bagus untuk peluang strike.
Khemah yang terlalu dekat dengan sungai mengundang cahaya berlebihan dan bunyi bising yang akan menakutkan kelah.
Lampu suluh
Lagi bagus jika langsung tidak menggunakan lampu suluh. Lebih-lebih lagi lampu yang terang benderang macam pasar malam.
Ads
Jika tidak boleh dielakkan maka hadkan penggunaan lampu suluh. Elakkan daripada menyuluh ke kawasan air terutama di kepala dan ekor lubuk.
Labuhan umpan
Kelah dipercayai banyak meronda di kawasan kepala dan ekor lubuk pada waktu malam. Oleh yang demikian, umpan haruslah haruslah dibaling di bahagian kepala dan ekor lubuk.
Ads
Umpan terbaik
Ikan kecil atau isi ikan merupakan umpan terbaik untuk menjerat kelah pada waktu malam. Selain dari isi ikan, umpan sawit juga paling mujarab. Untuk pancingan malam sebaiknya taburkan dahulu sawit pada sebelah petang di lubuk tertentu.
Ads
Jangan guna loceng
Elak daripada menggunakan loceng sebagai penggera. Bunyi loceng sebenarnya amat nyaring dan pasti akan menakutkan ikan lain dan akan keluar dari lubuk. Cara terbaik mengikat ‘stik lampu’ pada hujung joran sebagai penanda.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Joran aksi ringan dan jenis parabolik terutama jenis grafit untuk tindak balas cepat paling sesuai digunakan lebih-lebih lagi ketika henjutan si belitong yang cuba melepaskan diri. Kekili yang dipadankan ikut suka anda asalkan berpadanan dengan joran dan saiz tali yang disyorkan.
Rekod secara rasmi tangkapan terberat untuk belitong ialah 39.6 kg atau 87lb pada tahun 1976 di Costa Rica.
Belitong bukanlah satu spesies yang gemar mendiami satu-satu tempat, ia biasanya bergerak secara bekumpulan dari satu kawasan ke satu kawasan di mana terdapatnya kumpulan ikan pelagik yang mengikuti pergerakan arus.
Sekiranya ada pemancing yang menggunakan tangsi 2lb dan berjaya dengan tangkapan 10kg ke atas, beliau patuk diberi perhatian dan kita perlu mempelajari teknik darinya bagaimana tangsi sekuat tali benang boleh menarik spesies 15 kali lebih kuat. Bagaimanapun perambut yang digunakan adalah lingkungan 20lb hingga 50lb tangsi atau dawai.
Sesuai dengan diet utama spesies yang berwarna cantik ini memburu ikan pelagik, jadi umpan terbaik adalah dikalangan ikan-ikan pelagik terutama yang masih hidup. Spesies pelagik yang biasa ditemui di unjam termasuk selayang, selar, kembong, pelaling, selar kuning, tamban sisik, tamban beluru dan juga spesies kecil seperti ikan bilis.
Kehadiran ikan belitong mudah dikesan oleh kebanyakan pemancing kerana tabiatnya yang gemar melonjak ke udara.
Jika kena pada masanya, sebarang umpan hidup maupun mati tidak menjadi masalah, belitong nescaya akan menyambar umpan tersebut sebaik saja dilemparkan.
Saya lebih senang menggunakan perambut tangsi (monofilament) berkekuatan 30lb hingga 50lb sepanjang sedepa ke atas dari menggunakan perambut dawai.
Menggunakan perambut tangsi (biasa) membuatkan umpan kelihatan lebih hidup terutama ikan mati apabila dibuai arus. Belaian arus mengolak pemangsa datang menyiasat dan seterusnya meragut ikan ‘hidup’ itu.
Jika menggunakan perambut biasa lakukan pemeriksaan setiap kali anda mendaratkan ikan terutama berdekatan dengan ikatan mata kail dari kesan-kesan calar atau genting. Potong saja bahagian calar jika perlu.
Manakala untuk mata kail purata saiz yang disyorkan nombor 2/0 hingga 4/0 sama ada jenis umpan hidup atau jenis lurus panjang kerana belitong agak rakus menyambar umpan.
Selain itu kaedah menunda (trolling) balingan gewang serta jigging juga mendatangkan kesan positif jika kena masanya.
Dalam dunia memancing, ikan terbul disebut dalam dua keadaan. Pertama, ikan terbul yang dipancing sebagai ikan sasaran dan kedua, ikan terbul yang digunakan sebagai umpan (lazimnya sebagai umpan hidup) untuk memancing ikan pemangsa.
Di tasik kenyir sebagai contoh, ikan terbul sebesar saiz ibu jari merupakan ikan hidup yang popular digunakan untuk memancing ikan sasaran seperti sebarau, belida dan juga baung.
Ikan terbul sebenarnya ialah yang mampu menghadirkan keseronokan memancing jika bertemu dengan spesimen yang kasar melebihi 20 cm. Pecutannya agak kencang umpama pecutan ikan rohu.
Tidak menghairankan ikan terbul ini turut digelar ikan turbo berikutan kuasa pecutannya. Disebabkan ia merupakan menjadi diet utama kebanyakan ikan pemangsa maka untuk bertemu dengan spesimen yang kasar amat sukar.
Pancingan ikan terbul sebenarnya lebih menjurus kepada aktiviti santai pemancing remaja di kawasan perkampungan luar bandar. Ini kerana perairan yang kurang tercemar seperti di perkampungan luar bandar ini habitat yang sesuai untuk survival ikan terbul. Walau bagaimana pun memancing ikan terbul mempunyai pelbagai teknik dan cara.
Bila memperkatakan tentang pancingan ikan terbul ini ia secara tidak langsung akan mengimbau kenangan zaman kanak-kanak kebanyakan pemancing hari ini. Ia antara aktiviti sampingan apabila tiada permainan yang ingin dilakukan bersama kawan lain. Peralatan pancing pun ringkas dan mudah.
Memadai dengan hanya tali tangsi atau tali benang yang digunakan untuk bermain layang-layang dan mata kail sahaja sudah boleh digunakan untuk memancing terbul. Joran pula sekadar batang buluh Cina atau tin susu saja. Umpan pula cacing tanah yang boleh dicari di tepian sungai.
Jika inginkan keseronokan sebenar memancing ikan terbul dengan penggunaan joran dan kekili maka pilihan terbaik adalah set pancingan ultra ringan. Kaedah memancing ikan terbul hampir sahaja dengan memancing lampam sungai atau temperas.
Namun mata kail sebaiknya yang halus atau mata kail udang saiz 2-4 amat sesuai digunakan. Selain cacing, terbul amat menyukai biji kekabu dan hirisan kelapa sawit.
Sekiranya anda biasa memancing ikan kelah, pasti anda faham bagaimana pentingnya teknik bersembunyi ketika memancing. Begitu jugalah jika memancing terbul terutamanya jika memancingnya di sungai yang jernih airnya. Ini kerana daya penglihatan ikan terbul amat baik dan tidak akan menghampiri umpan sekiranya terlihat kelibat anda.
Seperkara lain, untuk menarik perhatian terbul menghampiri umpan, anda haruslah kerap menabur umpan. Inilah rahsia sebenar untuk pancingan ikan apa-apa pun. Pastikan kumpulan ikan terus kekal berada di kawasan anda melontar umpan bermata kail. Cubalah, pasti anda akan terhibur dengan pancingan ikan terbul juga enak digoreng kunyit.
Secara amnya teknik memancing ikan kitang dan dengkis adalah lebih kurang sama sahaja. Bagaimanapun kesukaran menjeratnya adalah merujuk kepada lokasi serta habitat utama.
Ada tempat hanya dihuni satu subspesies dengkis manakala ada sesetengah kawasan anda mungkin boleh memperolehi beberapa jenis dengkis pada waktu dan tempat yang sama.
Dengkis merupakan ikan bermulut kecil dan jenis suka mengutis umpan, maka sudah tentu mata halus adalah lawannya. Kalau guna mata kail bersaiz besar jawabnya tinggal mata kail sajalah.
Cara terbaik teknik persembahan umpan adalah stail apollo yang memiliki perambut 10Ib ke atas dengan mata kail saiz 8.
Sebesar manakah umpan yang perlu dipersembahkan untuk membuka selera ikan kulit liat ini di bawah permukaan air? Persoalan ini haruslah dirungkai dengan mudah dan jangan terlalu mengambil berat akan kegagalan keputusan akhir nanti.
Setengah pemancing menabur rasuah terlebih dahulu agar ia leka dan keluar dari kawasan persembunyiannya. Rasuah umpan biasanya isi ikan yang dihancurkan dan paling mudah ialah menggunakan dedak.
Dedak ditabur agar ikan galak dan selang seketika umpan bermata kail kecil dihulur di kawasan yang dikerumuni ikan ini. Ikan dengkis seperti ikan dengkis yang lain bukanlah ikan idaman oleh hampir semua pemancing malah kehadirannya tidak diendahkan oleh kaki pancing laut dalam.
Jika berhajat menggunakan set apollo buatan sendiri lebih bagus dan efektif hasilnya, terus ikat mata dengan perambut.
Setelah saiz mata di pilih, perambut 20lb boleh digunakan untuk mengikat mata kail kecil dengan mudah. Pastikan ikatan kemas dan jangan terlucut pula ia ketika dalam pertarungan. Perambut utama berkekuatan 30lb maksimum dapat mengurangkan kebarangkalian perambut anak berpintal antara satu sama lain.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...