Semua enjin sangkut menggunakan sistem penyejuk enjin menggunakan water pump yang disalurkan dari bawah kipas kepada head enjin seperti radiator kereta.
Cuma bezanya ia tidak mempunyai tangki radiator dan hanya menggunakan air dari rendaman kipas setelah enjin dihidupkan. Ia bagi memastikan enjin dalam sentiasa dalam keadaan sejuk ketika bergerak.
Ada dua faktor yang dapat dikesan sekiranya water pump enjin sangkut ini tidak berfungsi.
Pertama ia dapat dilihat daripada pancutan air yang keluar dari salur penyejuk itu tidak keluar langsung ataupun keluar dalam kuantiti sedikit, kemungkinan salur paipnya sumbat
Ads
akibat disimpan terlalu lama hingga menyebabkan serangga menjadikannya sebagai rumah tumpangannya.
Dalam kes sebegini anda hendaklah menggunakan tekanan angin yang kuat untuk memberi ruang salur paip tadi untuk menyalurkan air dari bawah.
Kedua, sekiranya pancutan air dari salur paip water pump keluar sedikit atau tidak keluar langsung ini mungkin berpunca dari getah water pump yang tersebut telah rosak. Ia perlu diganti baru.
Ads
Sistem water pump ini sesuatu yang amat penting kerana sekiranya ini berlaku tanpa kita sedari ketika enjin sedang bergerak laju ia akan mati tiba-tiba dan boleh merosakkan sistem ring dan piston.
Sudah tentu akan mendengar bunyi yang lebih kasar pada enjin sangkut anda selepas itu.
Ads
Bagi semua enjin sangkut yang telah direka ia perlu diletakkan secara berdiri atau di atas stand dan perlu dihidupkan sekurang kurang 2 minggu sekali sekiranya tidak digunakan.
Tutupkan lubang-lubang salur air water pump supaya tiada serangga yang boleh menumpang selepas penyimpanan dibuat.
Pastikan juga semua salur minyak dalam keadaan baik dan juga tangki tidak bocor. Bagi enjin sangkut yang digunakan di perairan air masin.
Buat flushing dengan membilas enjin anda dengan air tawar dengan merendam seperti paras menyangkut enjin pada bot dan biarkan ia hidup selama 10 minit bagi membuang sisa air masin yang tertakung pada sistem penyejuk enjin.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Udang mentadak atau juga dipanggil udang lipan merupakan umpan mujarab yang semakin banyak digunakan dalam aktiviti memancing dasar laut dalam. Di Selat Melaka khususnya ia merupakan umpan utama untuk memburu ikan jenahak, kerapu dan lain-lain lagi. Maka tidak hairanlah harganya semakin meningkat.
Bagi pemancing, nilai udang mentadak terletak pada nyawanya. Ia tidak seperti sotong kurita yang berkesan sama ada digunakan ketika hidup mahupun sudah mati. Justeru udang mentadak perlu disimpan hidup dengan sempurna. Kesilapan kaedah penyimpanan bakal mengakibat pemancing berputih.
Udang hidup haruslah disimpan di dalam bekas yang terdapat air masin (laut) dan oksigen mengalir masuk ke dalamnya. Manakala bekas simpanan udang mentadak pula sebaiknya tertutup atau tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari.
Kunci utama bagi menjamin jangka hayat udang mentadak adalah kualiti air masin yang diletakkan di dalam bekas simpanan.
Air laut atau air masin yang digunakan harus terkawal tahap kemasinannya. Air masin yang sudah tercemar atau bercampur dengan air tawar bakal mengganggu ketahanan udang tersebut.
Begitu juga dengan pam udara yang digunakan haruslah berfungsi dengan baik. Lagi banyak pam yang digunakan maka lebih banyak oksigen yang dapat disalirkan.
Manakala bekas simpan seperti tong menyimpan ikan yang biasa digunakan haruslah dalam keadaan bersih dan bebas dari bau-bauan yang boleh menjejaskan kualiti air masin yang digunakan.
Sebelum menjadikan udang mentadak sebagai umpan, terlebih dahulu perlu diketahui cara-cara pengendalian udang tersebut bagi mengelak sebarang kecederaan berikutan keupayaan kuasa jentikan kaki depannya.
Udang mentadak perlu dipegang dari arah belakang dengan menekan kepala dan ekornya sehingga berlipat.
Kemudian barulah dua mata kail dicangkukkan pada sisi ekor dan sisi badannya bergantung pada saiz udang dan perambut mata kail itu sendiri.
Lazimnya para tekong berpengalaman akan dapat mengesan kejadian ribut di tengah laut yang bakal berlaku. Lazimnya juga mereka akan mencari lokasi selamat untuk berlindung seperti daratan atau pulau yang berhampiran.
Namun, sekiranya tidak sempat untuk berlindung dan terpaksa berhadapan dengan ribut, beberapa panduan keselamatan ini haruslah dilakukan sendiri oleh para pemancing.
Kemaskan kesemua peralatan pancing dan simpan di tempat yang selamat. Ia perlulah dilakukan sebelum datangnya ribut. Bukannya ketika ribut sedang berlangsung. Nyawa anda lebih berharga berbanding barangan pancing walaupun bernilai tinggi.
Sarungkan jaket keselamatan dengan sempurna. Jangan sekadar menyarungkannya tanpa mengetatkan sebarang ikatan yang ada. Pastikan juga jaket keselamatan itu masih dalam keadaan baik dan mampu mengapungkan diri anda sekiranya kemalangan berlaku.
Berkumpul dengan kesemua pemancing di satu tempat yang paling stabil seperti di ruang tengah bot. Berkumpullah dengan tenang dan jangan pamerkan emosi yang boleh membuatkan rakan lain menjadi cemas dan panik.
Jika tidak mampu duduk dengan stabil maka sebaiknya baring di lantai bot. Selain dapat mengurangkan rasa mabuk ia turut mampu menstabilkan pergerakkan bot.
Patuh pada segala arahan dari tekong dan jangan pula pertikaikan apa yang dilakukan oleh tekong. Sentiasalah ingat bahawa tekong lebih berpengalaman berhadapan dengan ribut berbanding diri kita jangan hanya sesekali turun ke laut.
Mungkin tindakan tekong nampak pelik pada tanggapan kita tetapi mereka tahu apa yang mereka lakukan.
Bersedialah untuk menghulurkan bantuan apabila diminta oleh tekong. Contohnya seperti menimba keluar air yang masuk ke dalam bot. Dalam pada masa yang sama awasi pergerakan anda dan jangan berada terlalu rapat dengan tepian bot.
Ribut yang kuat lazimnya berlaku dalam masa yang singkat. Jadi, cubalah untuk bersabar dan bertenang untuk tempoh tersebut. Lazimnya juga, apabila ribut kembali reda hasil pancingan juga akan bertambah baik.
GT yang bersaiz 10kg dan ke atas biasanya mudah diperangkap dengan teknik menunda atau trolling. Kebanyakan pemancing yang menunda mengunakan kekili aksi berat dengan kekuatan tali utama minimum 30Ib.
Banyak cerita yang saya dengar GT menghilangkan diri dengan ratusan meter tali utama terutama apabila teknik jigging dan popping disambar oleh pemangsa yang lebih besar.
Di sini, pemancing yang menjadi mangsa dan lebih parah lagi apabila tali utama yang dilarikan adalah jenis sulam yang berharga menjangkau RM100 untuk seratus meter.
Kombinasi peralatan untuk GT yang beraiz 10kg ke bawah adalah seperti mana yang disyorkan dalam segmen pancingan cupak lalu. Atau secara rumusannya setting perlatan 30lb ke bawah.
Untuk aktiviti popping dan casting, kekili mendatar atau spinning reel lebih mudah dikendalikan. Sementara untuk teknik jigging dan pancingan asas, lebih sesuai mengunakan kekili multiplier.
Ramai pengemar casting dan jigging mengunakan tali sulam atau braided kerana mudah dan cepat membalas.
Jika mengunakan mono sambungkan tali sulam 3 hingga 5 meter di hadapan tali utama sebagai penanda ketika jigging kerana jika leka kemungkinan replika ikan dan jig besi akan singgah di muka anda.
Joran yang sesuai adalah jenis grafit dengan kekuatan 15Ib hingga 30Ib. Pakai joran halus dan ringan tetapi kuat memberi kelebihan dari segi lontaran serta tidak lenguh memegang dalam tempoh yang lama.
Tali utama berkekuatan 15Ib hingga 30Ib cukup memadai kerana ia pasti akan menjanjikan siapa yang mengerjakan siapa. Barulah dapat kepuasan sebenar!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...