Pilihlah spot yang airnya cantik. Istilah air cantik pastinya kita biasa dengar dan pelbagai hujah diperdebatkan mengenainya. Namun cantik di sini memberi maksud kawasan air yang bebas pencemaran dan jauh dari kawasan penempatan dan laluan kenderaan.
Ikan sungai biasanya menyukai kawasan yang arusnya tidak terlalu deras seperti di berdekatan batu-batu besar, longgokan sampah kayu atau buluh, dan dasar sungai. Maka pilihlah kawasan ini untuk mencuba nasib.
Jika ingin memancing ikan lampam, pilihlah kawasan air aliran agak deras dan beriak. Perhatikan juga jika di tebing sungai terdapat pokok tanaman yang batang atau daunnya masuk ke air, atau ada sampah yang tersekat, biasanya kumpulan lampam gemar bermain di kawasan sebegini.
Ads
Ikan patin lazimnya memilih untuk berada di lokasi sungai yang dalam, juga yang banyak tanaman akuatik untuk tempat berlindung. Ia juga akan mudah dijumpai di kawasan sungai yang banyak terdapat ikan kecil karena ikan ini juga ikan pemangsa.
Ads
Sekiranya anda berminat untuk memancing ikan keli, ketutu atau kaloi, pilihlah lokasi yang airnya agak tenang. Umumnya di kawasan tepian sungai yang sedikit berlumpur dan tidak berbatu.
Sementara peminat baung pula pilihlah kawasan pertembungan air yang keruh dan jernih. Ikan baung juga suka dengan aliran air yang agak deras. Jadi jangan terkejut sekiranya ia banyak ditemui sehingga ke tengah sungai.
Ads
Bertarung dengan ikan besar yang memakan umpan kita di sungai bukanlah satu kerja yang mudah. Untuk lebih mudah menanganinya, cubalah untuk menghela ikan ke bahgian sungai yang lebih cetek dan tidak deras arusnya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sesiapa yang pernah menikmati daging ikan kelah sudah tidak akan menafikan keenakan rasanya. Maka tidak hairanlah harga ikan kelah tidak pernah jatuh malahan semakin naik keras. Daging ikan kelah sebenarnya bukan saja lazat tetapi turut mengandungi banyak khasiat. Berikut antara khasiat ikan kelah…
Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
Untuk kekal sihat dan tidak mudah jatuh sakit, cubalah amalkan memakan ikan kelah. Salah satu khasiat ikan kelah ialah ia dapat meningkatkan daya tahan tubuh atau meningkatkan imun melawan penyakit.
Mengandung Protein Yang Tinggi
Keperluan kandungan protein di dalam tubuh akan mencukupi sekiranya kita sering memakan ikan kelah. Antara manfaat disebalik kandungan protein yang tinggi, ia dapat mencegah malnutrisi, membina otot serta mengurangkan depresi.
Mencegah Diabetes
Seorang yang terkena serang diabetes biasanya disebabkan karena terlalu banyak dan sering mengambil makanan yang manis-manis. Ia gak sulit untuk sembuh malah boleh mengakibatkan lumpuh atau stroke. Salah satu cara untuk mencegahnya adalah dengan memakan ikan kelah secara rutin.
Mengandungi Vitamin E
Kandungan vitamin E yang terdapat pada ikan kelah sangat bermanfaat bagi menjaga kesihatan kulit anda agar lembut dan halus. Ia turut mampu menghalang kulit bermasalah serta mengawal penuaan. Untuk kelihatan cantik secara semula jadi makan perbanyakkanlah makan ikan kelah.
MengandungI Zat Besi
Zat besi yang terkandung dalam isi ikan kelah bermanfaat untuk mencegah masalah kekurangan darah yang mendorong berlakunya sakit kepala, lemah badan dan lesu. Untuk menghindari masalah ini cubalah mengambil atau memakan ikan kelah seminggu sekali.
Mencegah Penyakit Kardiovaskuler
Khasiat omega 3 yang terdapat pada ikan sangat berguna dalam mencegah penyakit kardiovaskuler atau penyakit jantung. Jika jantung bermasalah, sebaiknya amalkan mengambil ikan kelah setiap hari. Memadai hanya dikukus atau masak rebus sahaja.
Membantu Pertumbuhan Sel
Amalan mengambil ikan kelah secara rutin dapat membantu proses penggantian sel-sel tubuh yang rosak. Hal itu terjadi karena didalamnya ada kandungan protein. Malah dikatakan ia mampu merawat luka dalam masa singkat tanpa meninggalkan parut yang ketara.
Menguatkan Struktur Gigi
Kandungan kalsium, fosfor serta vitamin D yang terkandung dalam ikan kelah turut bermanfaat untuk membantu menguatkan struktur gigi. Dengan itu akan tidak mudah rapuh mahupun berlubang. Tetapi jangan lupa juga rajinlah gosok gigi.
Ikan belida mempunyai tarikan yang unik. Bentuk badannya yang seakan-akan bilah sabit menjadikannya antara faktor yang menarik untuk dilihat. Walaupun mempunyai bentuk yang pipih, namun kekuatan dari sudut pertarungan di mata pancing tidak boleh sesekali dipandang remeh.
Juga dikenali sebagai giant featherback, ikan belida merupakan antara spesies ikan air tawar yang licik. Malah di negara kita sendiri pun, ikan ini boleh dikategorikan antara spesies yang agak sukar diperoleh terutamanya yang bersaiz besar.
Jika dalam pertarungan dengan kaki pancing pula, ikan belida mempunyai karisma yang tersendiri.
Lompatan akrobatik dengan lenturan badannya kelihatan cukup berkarisma menyerupai pertarungan dengan ikan siakap, bezanya lokasi memancing spesies ini lebih sukar berbanding siakap lantas menaikkan nilai ikan ini.
Selain itu, walaupun mempunyai tulang yang banyak, jika kena caranya, spesies belida cukup enak untuk dijadikan hidangan makan.
Giant featherback atau belida mempunyai morfologi luaran yang cukup menarik. Memiliki badan yang nipis dan memanjang memberikan bentuk seakan sabit atau pisau kepada ikan belida.
Tambahan pula warna perak pada badannya terutama pada perut yang semakin menggelap apabila menuju ke bahagian ekor menambahkan lagi karisma kepada bentuk badan ikan belida.
Ekor atau sirip kaudal ikan belida bersaiz kecil dan bergabung dengan sirip anal yang menjadikannya hampir keseluruhan badannya. Sirip dorsal ikan belida kecil dan tirus ke atas yang memberikannya gelaran ‘featherback’.
Selain itu, alunan ekornya mampu memegang ikan ini supaya kekal statik di dalam air selain mampu membuat renangan ke belakang. Spesies daripada keluarga Notopteridae mempunyai pelampung renangan (swim bladder) yang istimewa.
Walaupun tidak bersifat terlalu vaskular, organ ini mampu menyerap oksigen daripada udara dan boleh berfungsi untuk menghasilkan bunyi dengan menekan udara melalui rongga sempit ke dalam pharynx.
TABURAN, BIOLOGI DAN HABITAT
Taburan spesies ikan belida boleh ditemui di lembangan Sungai Mekong, Laos, Kemboja, aliran Sungai Chao Phraya dan Mae Klong di Thailand, Sumatera dan Borneo. Di semenanjung Malaysia pula, ikan belida boleh ditemui di sungai-sungai serta tasik-tasik utama di Malaysia.
Selalunya, pada sungai-sungai utama, ikan belida gemar bermain di lembangan yang lebih rendah, bermakna pada aliran sungai yang tidak terlalu dalam ke hulu.
Selain itu, sungai-sungai kecil atau sungai pegunungan yang mempunyai substrat yang kompleks dengan batuan serta kayu-kayu yang tenggelam juga menjadi habitat kepada ikan belida.
Ketika persenyawaan pula, ikan belida akan mengawal telurnya hingga menetas. Selalunya ikan belida akan melepaskan telurnya di kawasan tersorok di sebalik kayu atau reba yang tenggelam dalam keadaan kawasan air yang tenang.
DIET
Ikan belida boleh dikategorikan sebagai spesies nokturnal kerana lebih aktif memburu mangsanya pada waktu malam. Pemangsa ini selalu menjadikan ikan kecil sebagai mangsanya. Selain daripada ikan kecil, belida juga menjadikan krustasea dan invertebrata lain sebagai makanannya.
Dalam keadaan lain, ikan belida juga menjadikan mangsa yang telah mati sebagai diet alternatif.
Bagi spesies belida yang dijadikan ikan hiasan, diet seperti bloodworm, cacing, udang mati atau udang hidup serta hirisan ikan juga boleh digunakan sebagi sumber makanan ikan belida. Walaupun pellet boleh digunakan, namun disarankan agar tidak dijadikan sebagai sumber diet utama.
Pancingan kolam air tawar sememangnya unik. Umpan dan persembahan umpan menjadi kunci utama untuk berjaya. Roti sandwich yang berasaskan tepung gandum sememangnya diet yang sesuai untuk makanan ikan. Namun, tanpa sebarang perisa atau bau-bauan, ia akan menjadi sia-sia khususnya dalam perlumbaan memancing ikan.
Bagi menarik perhatian ikan pada kepalan roti yang bersifat kosong, ia memerlukan bahan perisa bukan saja yang memiliki sifat rasa, bau-bauan dan juga warna yang menyerlah.
Bahan-bahan umpan:
(Boleh guna apa saja pilihan perisa umpan yang anda sukai. Ini merupakan pilihan kami)
Roti sandwich (potong dadu)
Musang Strawberry A1
Sos Raya A1
Esen Badam
Esen Nenas
Esen Pisang
Cara-Cara Penyediaan Umpan
Tutorial 1
Satu bungkus roti sanwich dipotong dan dimasukkan ke dalam bekas bancuhan. Kemudian masukkan Sos Raya A1 (kuning) sebanyak 6 penutup.
Tutorial 2
Kemudian masukkan Musang Strawberry A1 sebanyak 6 penutup atau lebih. Goncang bekas bancuhan agar sos mengenai roti lebih sekata.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...