Cuaca adalah penyebab pemancing tidur di luar sepanjang masa bertemankan joran yang malas bekerja. Kekili elektrik adalah peralatan asas diguna pakai semua pemancing sepanjang trip berlangsung.
Pelbagai jenama digunakan mengikut kemampuan pemancing. Command X4, X6, Daiwa Megatwin, Shimano BM9000, Kaigen 1000 serta model lama Olympic 2MD milik peserta paling otai.
Ads
Dengan purata umur separuh abad kekili begini sesuai untuk kerja berat dan membantu mengurangkan bebanan kerja untuk golongan berumur. Set peralatan wajib selain kekili elektrik ialah aksi ringan dan aksi medium untuk set jigging. Aksi berat diketepikan kerana faktor usia ramai yang tidak berhajat mencari saiz ‘gamefish’ gadang-gadang
Umpan tambahan seperti sotong pasar dan ikan selayang satu keperluan utama bagi kaki pancing dasar bila bertandang ke sini. Joran popping 7.8 kaki dengan kekuatan PE 5-PE 8 adalah antara set peralatan tambahan untuk yang bertenaga. Ada waktu GT dan cupak akan menyambar mangsa di permukaan.
Ads
Jig di sini untuk mereka yang rajin dan benar-benar meminati aktiviti jigging. Kedalaman air 160 kaki dengan arus hampir sifar sudah cukup untuk jig 40g mencecah dasar. Joran aksi ringan banyak kali gagal untuk mengekang asakan ikan ketika arus mati. Pakai jenis ‘heavy’ tidak pulak disentuh umpannya.
Ads
Kunjungan kami waktu bulan penuh keadaan cahaya bulan menerangi laut sepanjang malam. Tiada aktiviti ikan mengejar mangsa permukaan di kawasan tiang api boreng sebagaimana kebiasaan ketika bulan gelap. Hanya sesekali terdengar celupan air nun jauh di kawasan gelap.
Yang berani bertandang sekitar kawasan bot parkir hanyalah kumpulan ikan todak. Malah cahaya lampu bot turut tidak mampu menarik perhatian ikan untuk bertandang rapat kerana limpah cahaya pelantar mendominasi kawasan sekitar.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Apabila tiba musim udang galah, ramai kaki penangkap udang sepit biru ini akan turun ke lubuk. Setiap kali ke lubuk udang galah, kebanyakan kaki penangkap udang ini sedia maklum mereka tidak keseorangan sebaliknya ditemani buaya. Maka, sikap waspada perlu ada.
Hal ini kerana udang galah biasanya menempel pada badan buaya untuk memakan lumut atau alga pada tubuh badan buaya. Pendek kata, ramai yang bersetuju dengan pendapat di mana ada udang galah, di situ ada buaya.
Oleh kerana itu pemancing udang galah tidak digalakkan membuang makanan berdarah seperti daging atau ayam di kawasan pancing udang. Dipercayai, ia seperti mengundang buaya datang ke tempat anda.
Jika anda berada di sungai yang dipercayai ada buaya, elak gunakan umpan tepung yang digaul dengan serbuk kunyit. Dipercayai buaya tidak suka bau kunyit dan buaya boleh mengamuk serta mendatangkan bahaya kepada pemancing.
Jangan sesekali menyebut nama buaya sepanjang anda berada di atas sampan atau di kawasan sungai. Ia sama seperti berada di dalam hutan dan menyebut nama harimau. Gantikan saja dengan sebutan lain seperti sang bedal atau sebagainya.
Seawal umur 10 tahun lagi aku sudah mula memancing bersama rakan-rakan sebaya. Lokasi yang kami pilih biasanya sungai kecil di belakang rumah, terusan sawah atau lombong terbiar. Joran yang kami pakai biasanya buluh kecil yang panjang melentur atau pelepah sawit yang diraut kemas.
Ikan yang ditangkap juga merupakan spesies biasa bagi ikan sungai seperti sepat, haruan, keli, puyu atau sesekali apabila bernasib baik, dapatlah kami ikan belida atau udang sungai yang besarnya setakat 100 gram.
Namun itu semua sudah cukup menggembirakan kami, anak-anak kampung yang masih belum lagi pandai menonton televisyen atau bermain ‘games’ pada telefon bimbit yang pintar seperti budak zaman sekarang.
Kalau tidak memancing, kami akan memanjat pokok buah-buahan atau pergi melastik burung punai yang banyak ketika musim menuai tiba.
Aku masih lagi terkenang pada satu kejadian aneh yang berlaku ketika aku, Mie, Faizal dan Zamree pergi memancing di sebuah ‘bonda’ (panggilan pada terusan kecil yang mengalir ke sawah bertujuan untuk mengairi kawasan sawah. Ia adalah dialek orang Minangkabau di kawasan Kuala Pilah).
Kami pergi memancing sebaik sahaja pulang dari kelas mengaji Tuan Haji Hamdan. Aku rasa waktunya dalam pukul 5.30 petang.
Berbekalkan umpan cacing yang dimasukkan ke dalam tin susu yang kami sediakan sebelum itu, kami meredah semak belukar untuk mencari port memancing yang sesuai. Kawasan itu memang sunyi. Hanya terdapat sebatang pokok ara yang tumbuh melangit dengan akarnya yang terjuntai. Nun di kejauhan, terbentang sawah padi sedang menghijau.
Kalau diikutkan cerita nenek, kawasan di situ agak keras. Banyak peristiwa aneh dan misteri yang berlaku di situ terutamanya pada waktu senja dan tengah malam. Namun pada kami, budak-budak lasak dan nakal yang baru berusia sembilan tahun, hanya keseronokan yang di fikiran.
Apatah lagi apabila mengenangkan ikan keli masak lemak kuning yang dimasak kuahnya pekat-pekat atau ikan puyu gemuk goreng berlada. Itu semua menambahkan lagi semangat kami untuk meneruskan aktiviti memancing pada petang itu.
Memang rezeki kami agak murah pada petang itu. Selain port yang strategik, aku tidak tahu mengapa setiap kali kami melabuhkan joran batang buluh dengan berumpankan cacing tanah, ikan-ikan darat seperti keli, sepat dan haruan galak memakan umpan kami seolah-olah tidak memilih bulu.
Setiap 2,3 minit pasti kami akan menaikkan ikan yang agak besar. Ini membuatkan semangat kami tambah membara sehingga kami berempat seakan-akan berlumba untuk menaikkan ikan terbanyak.
Dalam keasyikan memancing itu, aku dan kawan-kawan seakan terleka dengan perubahan cuaca yang berlaku. Hari sudah remang senja. Kawasan sekitar mula diterpa dengan kegelapan malam namun keasyikan menaikkan ikan membuatkan kami berempat meneruskan aktiviti memancing tanpa rasa takut atau curiga. Di dalam kepala hanya satu yang kami fikirkan, mahu memancing seberapa banyak ikan untuk dibawa pulang.
Kami berempat bagaikan dirasuk tentang ikan yang dikail. Kami tidak kisah dengan baju yang sudah lencun dek peluh atau kawasan sekitar yang sudah semakin gelap. Kepenatan langsung tidak terasa hinggakan apabila telingaku mendengar laungan azan bertalu-talu dan tiba-tiba aku dan kawan-kawan bagaikan tersedar daripada mimpi panjang yang menakutkan.
Ketika itulah baru kami terpinga-pinga serta saling berpandangan sesama sendiri. Ikan yang ditangkap bagaikan tiada erti apabila kami dapati di sekitar kami adalah satu kawasan gelap yang sungguh asing pada pandangan mata. Ketika itu, aku rasa bagai mahu menangis. Terkenang akan ibu, abah dan adik-adik di rumah. Aku tidak dapat mengagak waktu ketika itu.
Mungkin pada firasatku baru pukul 7.30 malam. Suara azan berlaung lagi. Zamree dan Mie menjerit sekuat hati memanggil ‘Mak’. Aku pula perlahan-lahan membaca surah An Nas bersama ayat Qursi. Aku cuba menenangkan diri dan membaca ayat-ayat itu di dalam hati.
Tidak sampai sepuluh minit, kami ternampak suluhan lampu bersimpang siur di hadapan kami. Rupa-rupanya suluhan lampu-lampu itu datangnya dari sekumpulan pemuda kampung yang datang mencari kami berempat. Kami dipeluk dan dicium dalam keadaan kami terpinga-pinga kehairanan.
Tiba di rumah, barulah aku tahu kisah sebenar yang berlaku. Apabila kami tidak pulang sehingga jam 7.45 malam, abah mengambil keputusan untuk memberitahu Tok Empat Kampung tentang hal ini. Apatah lagi bila bapa Mie, Zamree dan Faizal memberitahu perkara yang sama. Operasi mencari bermula pada jam 8.00 malam. Dan kami hanya dijumpai pada jam satu pagi!
Semenjak hari itu, aku dan kawan-kawan tidak lagi berani keluar memancing di kawasan ‘bonda’ berkenaan. Aku tidak tahu mengapakah aku tidak terasa sudah duduk memancing sambil bertinggung di kawasan itu hampir tujuh jam lamanya. Namun, aku bersyukur, aku dan kawan-kawan selamat.
Sesebuah trip memancing dianggap lengkap sekiranya disertai oleh chef atau pemancing yang rajin dan pandai memasak.
Terutamanya jika memancing di hulu sungai pergunungan dan perlu berkhemah.
Bayangkan sekiranya semua ahli trip sibuk dan leka memancing, bila perut dah keroncong, masing-masing cuma mampu memandang satu sama lain.
Sudahnya, mi segera sajalah yang jadi pengalas perut.
Bayangkan pulak, berjaya menaikkan ikan tahap bonus yang enak dimakan seperti kelah atau tengas, bawak balik rumah barulah dapat masak sedap-sedap.
Namun tahap kesegarannya tidak lagi sama tatkala baru mendaratkannya.
BAHAN-BAHAN
Ikan kelah yang telah dibersihkan.
1 cawan air asam jawa.
1 sudu besar kicap cair.
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil garam
1/2 sudu gula.
20 gram halia
5 biji cili padi
Bunga kubis dalam 50gram
Putik jagung 3 biji
2 ulas bawang putih
Sebiji bawang besar dihiris bulat
Kacang panjang 30 gram
Sebatang serai
Sedikit daun bawang
CARA PENYEDIAAN
1 Letak ikan kelah di dalam bekas aluminium coil yang telah dibentuk. Pastikan aluminium coil itu dua lapis untuk mengelak bocor.
2. Taburkan bawang, bawang putih, serai, cili api, halia yang telah dihiris; bunga kubis yang telah dipotong, putik jagung muda, daun bawang, dan kacang panjang… taburkan kasi rata kat atas ikan kelah tersebut.
3. Siramkan ikan dan bahan-bahan tersebut dengan campuran air asam jawa, sos tiram, kicap cair, garam dan gula.
4. Bungkus ikan dan bahan-bahan, cucuk sedikit pada aluminium coil supaya dapat memberi pengudaraan… letak atas api dengan cara memanggang dan tunggu sehingga 30 ke 45 minit atau sehingga masak.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...