Di kawasan tambak berbatu, cari kawasan lubang-lubang yang agak dalam airnya (Untuk mengetahui lubang tersebut dalam atau tidak boleh survey dahulu kawasan tersebut sewaktu air surut dan tandakan kawasan-kawasan yang berpotensi).
Tekniknya sangat mudah. Jika anda terlupa bawa set pancing pun masih boleh memancing kerapu. Apa yang penting hanya perlu ada tali pancing, mata kail dan umpan.
Anda hanya perlu menghulurkan tali dan mata kail berumpan sahaja. Tidak perlu batu ladung. Namun lebih seronok jika ada set pancing.
Jika ingin menggunakan joran, tidak perlulah menggunakan joran pantai. Memadai joran biasa bersaiz 5 hingga 8 kaki. Kekili pula gunalah kekili yang tahan air masin.
Ads
Umpan udang kopek paling efektif digunakan. Boleh juga gunakan udang hidup, umpun-umpun dan hirisan sotong.
Apabila menjatuhkan umpan ke dalam lubang batu, mainkan sedikit umpan itu agar ia bergerak-gerak di dalam air kemudian biarkan seketika.
Jika tiada sambaran mainkan lagi umpan itu untuk menarik perhatian ikan.
Ads
Jika lama tiada sebarang sambaran ataupun kawasan tersebut telah dikuasai spesies pengacau seperti buntal dan sesirat, anda bolehlah berpindah ke lubang-lubang batu yang lain.
Ads
Penting untuk anda sentiasa menjaga joran anda. Ini kerana, apabila sang kerapu menyambar umpan, ia akan terus membenamkan dirinya masuk ke dalam batu.
Jadi untuk mengelakkan kail anda tersangkut ke batu, anda harus segera menyambar joran apabila kerapu menyambar umpan.
Waktu paling efektif memburu kerapu ialah ketika air gerak pasang sehinggalah pasang penuh.
Selain kerapu, ikan-ikan lain seperti semilang, tetanda, siakap, kitang dan bayan juga boleh dieratkan dengan teknik ini.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Pelik dan seram maka hasilnya… mengerikan! Hidupan akuatik memang penuh misteri. Kepelbagaian rupa bentuk dan sifatnya merupakan antara tarikan untuk terus mendekati hidupan berdarah sejuk ini.
Namun, tidak kurang juga yang mampu menjadi igauan dengan rupa luaran dan pertahanan diri yang menakutkan.
Viperfish
Penghuni laut bertaring ini merupakan salah satu pemangsa paling garang di laut dalam. Taring viperfish boleh melengkung sehingga ke matanya! Viperfish mempunyai photophore, iaitu organ yang menghasilkan cahaya. Mangsa biasanya akan tertarik dengan cahaya tersebut. Namun begitu, diet utama viperfish ialah krustasea seperti udang dan ketam serta ikan bilis, ikan mackerel dan ikan-ikan kecil.
Stonefish
Stonefish merupakan ‘pakar penyamaran’. Merupakan antara ikan paling bahaya di dunia, stonefish sangat berbisa. Walaupun diet utama stonefish terdiri daripada udang dan ikan kecil, ia juga boleh mengancam pelbagai jenis haiwan.
Duri berbisa di sepanjang tulang belakangnya menghalang serangan daripada haiwan pemakan dasar seperti jerung dan pari. Jika diserang, kelenjar pada duri di belakangnya akan mengeluarkan racun kepada mangsa.
Blobfish
Blobfish tidak mempunyai otot dan hidup dengan strategi pemakanan ‘duduk dan tunggu’ untuk apa sahaja yang datang dan boleh dimakan.Dengan daging seakan jelly dan kurang tumpat daripada air, blobfish mampu terapung di laut tanpa perlu menggunakan tenaga atau dalam keadaan oksigen yang terhad.
Blobfish jarang dilihat oleh manusia kerana kurang informasi yang jelas tentang habitatnya. Namun melihatkan wajahnya, memang menyeramkan!
Snakehead
Snakehead termasuk haruan dan toman mempunyai kebolehan yang unik untuk terus hidup di dalam dan di luar kawasan berair untuk satu jangka masa yang panjang. Selepas memasuki satu habitat baru, ianya akan memakan semua haiwan di habitat itu tanpa diskriminasi.
Tigerfish
Ikan ini boleh ditemui di tasik dan sungai di sepanjang benua Afrika. Merupakan saudara kepada piranha, tigerfish merupakan pemangsa yang sangat ganas dan mempunyai gigi yang menonjol keluar.
Ikan yang lebih kecil biasanya hancur atau terputus dua, mangsa yang lebih besar akan terus diserang hingga mati. Ikan tigerfish mempunyai kadar toleran yang rendah terhadap kualiti air. Jika terdapat ikan ini, maka air di kawasan itu adalah bersih!
Goblin Shark
Jerung goblin adalah spesies yang hidup secara bersendirian dan berasal dari famili mitsukurinidae. Ciri-cirinya yang unik adalah seperti muncung yang panjang,berwarna merah jambu dan mempunyai rahang yang boleh ditarik balik membezakan jerung goblin daripada spesies jerung yang lain. Biasanya ditemui di perairan Jepun pada kedalaman sehingga 10 000 kaki.
Grenadier Fish
Ikan grenadier biasanya ditemui di atas permukaan dasar laut. Dengan kepalanya yang besar, mata yang besar, dan ekor tirus yang panjang, ikan grenadier berenang perlahan-lahan di dasar laut untuk mencari mangsa dan bangkai untuk dimakan. Ikan grenadier juga mempunyai kadar trimethylamine oxide (TMAO) yang tinggi menyebabkan ianya mempunyai bau sangat hanyir!
Candiru
Berasal dari Sungai Amazon di Amerika Selatan, Candiru hidup di kawasan air tawar. Ikan kecil ini hanya sepanjang 2.5 cm dan selebar 3.5 mm. Candiru merupakan genus daripada famili Trichomycteridae dan terdiri daripada 3 spesies iaitu V. cirrhosa, V. beccarii dan V. sanguinea.
Tidak bersisik dan lut cahaya, membuatkan ikan parasit atau lebih dikenali sebagai candiru sukar dilihat di dalam air. Insang candiru ditutupi oleh duri-duri pendek yang tajam.
Biasanya menjadi parasit kepada ikan lain, Ia akan mengesan persekitaran airdan kemudian akan mengikuti mana-mana aliran yang mempunyai sisa nitrogen hasil perkumuhan dari insang ikan yang lain.
Apabila mengenal pasti mangsa, candiru akan berenang ke atas dan memasuki ke dalam insang mangsa dan mengembangkan durinya untuk mencangkuk dan kekal di situ sebelum mula menghisap darah mangsa dengan menggigit saluran darah mangsa yang kebiasaannya membuatkan mangsa mati.
Candiru amat ditakuti oleh penduduk peribumi kerana ia tertarik dengan darahdan hasil urin atau kencing. Jika mandi tanpa pakaian, candiru mampu berenang ke dalam uretra kemudian mencangkukkan durinya dan mula menghisap darah dan memakan tisu-tisu!
Candiru hampir mustahil dikeluarkan apabila mencangkukkan durinya kecuali dengan pembedahan dan biasanya memerlukan pemotongan tempat yang dimasukinya!. Oleh itu, jika anda mengunjungi Sungai Amazon, jangan sesekali berani kencing di dalam air, dikhuatiri ikan ini akan memasuki saluran kencing anda.
Pokok ara merupakan genus bagi kira-kira 800 spesies pokok berkayu, pokok renek, dan pokok menjalar dalam famili Moraceae. Pokok ini berasal dari seluruh kawasan tropika, dengan beberapa spesies yang bertumbuh juga di kawasan iklim sederhana yang hangat.
Kebanyakan spesies adalah malar hijau, sedangkan pokok-pokok di kawasan iklim sederhana dan kawasan yang mempunyai musim kering yang panjang adalah pokok luruh daun.
Buah ara atau nama saintifiknya Ficus auriculata lour diklasifikasikan sebagai buah hutan tempatan yang bertaburan di kebanyakan negara kita. Justeru, jenis pokok yang tumbuh dalam iklim khatulistiwa dan tropika biasanya boleh ditemui berhampiran sungai di pedalaman hutan atau pinggir kampung-kampung.
Ciri buah ara berbentuk bawang dan kedudukan buah ini antara dua hingga sepuluh biji serangkai serta berwarna hijau sebelum masak berwarna merah ketika masak. Bahagian dalam buah ini, berongga dan dilapiskan oleh biji-biji kecil yang berwarna merah. Buah ini mempunyai satu lubang kecil pada hujungnya.
Buah yang juga dalam famili Moraceae ini turut digemari binatang hutan seperti kelawar buah, tupai, monyet dan spesies ikan seperti kelah yang ratanya bersifat omnivor ini. Terdapat kira-kira 800 spesies buah ini di dunia. Buah ara juga turut digunakan dalam perubatan tradisional kerana mengandungi bahan antioksida.
Dalam arena memancing, buah ara masak biasanya dipilih pemancing tempatan kerana diakui mampu menjinakkan spesies kelah, tengas, jelawat, patin dan banyak lagi spesies ikan sungai air tawar.
Menurut pemancing yang biasa menggunakan buah ini, caranya dengan mencangkuk sebiji buah ini pada mata kail saiz nombor 11 dan disertakan perambut tunggal berkekuatan 30 paun.
Tambah mereka, balingan juga perlu ditumpukan di bawah pokok ara yang terletak berhampiran dengan sungai yang mengandungi ikan ini. Turut dikatakan buah ini hanya berkesan ketika musimnya masak untuk menjerat ikan ini dan logiknya kerana pada musim ini, ia hanya menjadi kegemaran ikan kelah ini saja dalam menu harian mereka.
Melalui teori evolusi, punda udara ini merupakan evolusi dari paru-paru yang wujud pada ikan-ikan zaman lampau. Pada dasarnya fungsi asas pundi udara sebagai organ bertindak mengawal keapungan (buoyancy) ikan dalam air bagi membolehkan ia kekal pada sesuatu kedalaman tanpa menggunakan tenaga.
Justeru itu kewujudannya jelas pada ikan-ikan yang sering mengekalkan kedudukan pada suatu kedalaman khasnya bagi spesies pengendap yang kurang bergerak, termasuk spesies demersal seperti ibu gelama dan jenahak.
Bagi ikan yang sentiasa berenang, kedudukannya dalam air ditentukan oleh aktiviti pergerakan itu sendiri. Pada ikan-ikan tersebut, pundi udaranya lebih kecil atau mungkin tidak wujud sama sekali.
Pundi udara akan mengembang untuk meningkat daya keapungan dan mengecut untuk tujuan sebaliknya.
Semasa proses pengembangan, kelenjar udara pada pundi udara akan melepaskan asid laktik. Keadaan berasid menyebabkan hemoglobin (sel darah merah) melepaskan gas oksigen yang dibawanya.
Gas tersebut seterusnya diserap masuk ke dalam pundi udara melalui jaringan struktur kompleks yang dikenali erete mirabilia. Sebaliknya untuk mengurangkan keapungan, gas dalam pundi udara akan diserap semula ke aliran darah yang kemudiannya dilepaskan ke dalam air melalui insang.
Bagi beberapa spesies ikan air tawar, pundi udaranya bersambungan dengan bahagian telinga dalaman. Ini membolehkan mereka mengesan perubahan tekanan (berubah mengikut kedalaman) dengan lebih tepat dan juga dipercayai meningkatkan daya pendengaran. Bagaimana pun kewujudan pundi udara yang besar mempunyai kelemahannya tersendiri.
Penurunan tekanan secara mendadak akan menyebabkan pundi udara mengembang secara tidak terkawal dan boleh menyebabkan kematian. Inilah yang sering berlaku apabila kita menaikkan ikan-ikan demersal dengan tergesa-gesa.
Itu fahaman sains tentang pundi udara. Bagi ibu gelama, pundi udaranya bukan sahaja berperanan penting bahkan mempunyai nilai tersendiri. Pundi udara ibu gelama akan dikeringkan untuk dijadikan makanan ringan dan dipercayai ada nilai tinggi dalam perubatan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...