Ads

Tip Keselamatan Trekking & Memancing Di Sungai Pergunungan!!

 

Memancing di kawasan sungai pergunungan ini memang memberikan lebih kepuasan buat kaki pancing yang gemarkan cabaran. Namun, risiko bahaya juga memang tidak dapat dipisahkan dengan kawasan-kawasan sebegini. Antara tip keselamatan yang dapat penulis cadangkan ialah seperti berikut:

 

Pastikan keadaan kesihatan anda berada di tahap terbaik untuk trekking. Jika tidak berada di tahap 90% sebaiknya batalkan saja kerana ia bukan sahaja akan menyusahkan diri sendiri malah juga rakan-rakan trip yang lain.

 

Makanan, air, energy bar dan sebagainya harus disiapkan secukupnya untuk sepanjang tempoh trip. Tak mengapa jika lebih sedikit tetapi jangan berkurangan.

 

Ads

Amalkan memancing di dalamkumpulan dan jangan sesekali trekkingseorang diri di dalam hutan atau sungai pergunungan.

 

Pastikan ahli keluarga atau rakan terdekat mengetahui anda keluar memancing, lokasi pancingan dan tempoh trip tersebut.  Ia penting bagi melakukan tindakan lanjut sekiranya anda tidak pulang pada tarikh sepatutnya. Jika mampu, beli dan bawa telefon satelit itu lebih baik.

 

Ads

Pakai pakaian dan kasut yang sesuai dan selesa untuk trekking.

 

Waspada akan ancaman binatangberbisa dan buas. Elakkan melalui tempatyang ada jejak binatang buas seperti harimau, gajah dan sebagainya.

Ads

 

Waspada ketika mengharung air. Jangan memberanikan diri mengharung air jika anda kurang yakin terutama di kawasan berarus deras. Juga perlu sentiasa berwaspada dengan kepala air.

 

Jika gewang yang anda gunakan tersangkut pada reba-reba kayu atau batu,jangan membahayakan diri berenang untuk menyelamatkan gewang tersebut. Ingat gewang tersangkut boleh dibeli, hilang nyawa tiada gantinya.

 

Peti keselamatan cemas harus sentiasa dibawa bersama anda.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Tak Kumpau Punya!

Buat Perkara Ini Jika Hujan Ketika Mancing

 Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...