Disebalik lebih berpeluang untuk strike, memancing di atas bot juga lebih terdedah kepada risiko dan bahaya yang lebih berbanding menebing. Oleh yang demikian, langkah-langkah perlulah diambil kira malah wajib dijadikan disiplin utama.

 

Bagaimana Nak Mancing Atas Bot Dengan Selamat!!

 

Sentiasalah memakai jaket keselamatan. Tidak kira apa jenis jaket keselamatan, ia haruslah dipakai dengan kemas. Jangan hanya menyarung pada badan tanpa mengikatnya. Dan pastikan juga jika menggunakan jaket keselamatan berkenaan mampu mengapungkan berat anda, tidak kira jenis jaket keselamatan yang digunakan.

 

 

Jika anda memiliki bot dan enjin sendiri, pastikan bot dan enjin berada dalam keadaan baik sebelum keluar memancing. Begitu juga jika anda adalah seorang tekong. Jangan abaikan perkara ini. Juga pastikan kelengkapan peralatan membaiki dan minyak tambahan mencukupi.

 

IKLAN

Waspada terhadap ancaman ribut. Jika boleh, tamatkan trip atau cari kawasan berlindung dengan segera sebelum ribut melanda. Jangan terlalu leka memancing sehingga tidak memantau keadaan sekeliling.

 

Bagaimana Nak Mancing Atas Bot Dengan Selamat!!

 

Bawalah lampu suluh walaupun tidak bercadang untuk pulang lewat petang atau malam. Ia umpama sediakan payung sebelum hujan kerana tiada siapa yang dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku.

 

IKLAN

Jaga adab dan tutur kata ketika memancing di tengah laut mahupun kawasan terpencil di sungai pergunungan. Yang penting sekali mulut jangan CABUL! Kecuali korang memancing seorang diri. Tingkah laku juga perlu dikawal.

 

Bagaimana Nak Mancing Atas Bot Dengan Selamat!!

 

Elakkan memegang joran ketika hujan lebat atau ribut petir untuk elakkan risiko daripada terkena renjatan elektrik. Barang-barang elektronik pada bot juga boleh terjejas jika joran disambar kilat.

 

IKLAN

Untuk casting di dalam bot, adalah lebih baik jika pemancing bertolak ansur untuk cast dan harus sentiasa memastikan jarak yang selamat sebelum melontar gewang. Casting di atas sampan merupakan risiko paling tinggi terkena mata tiga gewang.

 

Bagaimana Nak Mancing Atas Bot Dengan Selamat!!

 

Sentiasa waspada terhadap tunggul kayu atau kayu balak hanyut tidak kiralah di sungai atau laut. Banyak kejadian sampan terbalik gara-gara melanggar kayu hanyut. Terutamanya jika berlaku perubahan kedalaman air.

 

Bawa peti keselamatan yang lengkap dengan ubat-ubatan dan sewaktu dengannya. Kemalangan sememangnya tidak berbau. Ramai yang tidak mengambil peduli tentang perkara ini sehinggalah berlaku kemalangan atau sebagainya.

 

Bagaimana Nak Mancing Atas Bot Dengan Selamat!!

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI