Ada ke tekong yang nak tengok pelanggannya kumpau? Semua tekong pasti mahu melihat para pemancing aka pelanggan yang dibawanya untuk jigging memperoleh hasil yang lumayan. Tak ada tekong yang tersenyum puas melihat kesemua pelanggannya kumpau.
Atas sebab itulah para jigger perlu bijak mengorek ilmu atau tip daripada tekong. Walau bagaimana pun ada juga tekong yang sudi berkongsi tip & trik sebagaimana yang dikongsi oleh tekong Amy Anglers untuk jigging di perairan Penyabong ini.
Tali utama (braided) diameter halus kurang 0.15mm (max 20lb lagi halus lagi baik, tapi jangan guna set ultralight). Leader 15lb-20lb, 100% fluorocarbon (diameter <0.40mm). Lagi halus lagi bagus tapi jangan guna kurang dari 14lb, nanti buang ikan. Saya guna 15lb, 0.32mm diameter.
Ads
Leader panjang 5 depa. Semua ahli kena buat panjang yang sama. Banyak sebab kenapa perlu 5 depa tapi tak perlulah dipersoalkan. Pakai je 5 depa atau lebih sikit tapi jangan kurang dari 5 depa.
Cara persembahan jig basic very slow jigging knock bottom. Senang cakap main ketuk-ketuk lantai kecuali kawasan karang tinggi. Kalau tekong terlupa nak bagitau situasi dasar macam mana, jangan segan-segan bertanya. Jangan jig dah tersangkut karang baru nak bersuara.
Ads
Assist hook jangan labuh sangat. Agak-agak je. Jika labuh sangat nanti peratus kena pipi atau faul hook luar mulut tinggi. Hook up akan jadi kurang solid sekaligus mudah rabut atau koyak.
Ads
Jangan banyak buang masa. Kena all out. Kalau lambat bertindak atau terlalu santai sangat nanti mudah pulak mabuk laut. Korang jugak yang rugi nanti kalau terlepas peluang untuk strike monster.
Rajin tukar jig kalau takde sambutan. Saiz jig 40-60g apa-apa jig yang ada gandingan warna hijau, silver, gold, oren. Jig murah ke… mahal ke… clone ke… semua boleh pakai. Takde istilah jig tahyul di perairan Penyabung dan Tioman ni.
Yang ni pun penting jugak… jangan stress sangat. Rezeki bukan kita yang tentukan tapi usaha kena berpatutan. Dan jangan cepat serik! Sekali kumpau tak bermakna akan kumpau lagi… lagi dan lagi.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Mendaratkan kerapu di sini salah satu habuan terbaik. Mana tidaknya, permainan kerapu yang mendiami di dasar laut dan pergerakannya yang kadang kala tidak boleh diduga mampu menguji kesabaran kami.
Terjahan kerapu terhadap umpan yang kemas dipasang pada mulanya dianggap biasa. Namun, asakan kerapu yang dikendalikan oleh James Lim sekitar pukul 2 petang ini penuh cabaran berliku yang terpaksa dilalui. James Lim terpaksa menunggu hampir 12 minit untuk menenangkan kerapu ini.
Kerapu ini meronta-ronta cuba melepaskan diri kemudian bergerak dari kiri ke kanan menyukarkan henjutan berlaku. Namun, apabila kerapu ini tertewas saiznya tidaklah berapa menarik. Inilah keunikan mendaratkan Kerapu!
PERSEDIAAN & PENGETAHUAN PERLU ADA!
Mendaratkan kerapu di laut perlukan pengetahuan yang luas mengenai spesies ini. Selalu ikan kerapu yang memiliki diameter badan yang besar akan meragut umpan dengan berhati-hati.
Walaupun ramai pemancing tegar yang beranggapan kerapu adalah spesies ikan yang bakal melahap apa sahaja umpan yang dipasang namun kami tidak bersetuju kerana kerapu tidaklah sebegitu.
Paling penting, sekiranya balingan pada spot yang dibaling mengena kerapu, teruskan membuat balingan atau lontaran pada spot yang sama ini kerana lubuk dan sarang kerapu selalunya didiami 5-6 ekor kerapu.
Elakkan daripada menggunakan kekili mahupun saiz tali pancing bersaiz sederhana. Jika sambaran kerapu bersaiz besar membaham umpan, mungkin penyesalan bakal diterima kerana tidak bersiap sedia lebih awal.
Melihatkan saiz kerapu yang didaratkan oleh Sunny sememangnya kecil, namun membiarkan umpan yang direndam lebih lama bagi membenarkan umpan dilahap perlahan-lahan oleh sang kerapu kemudian jika tali didapati sedikit menegang bersiap sedia merentapnya naik ke permukaan.
GT yang bersaiz 10kg dan ke atas biasanya mudah diperangkap dengan teknik menunda atau trolling. Kebanyakan pemancing yang menunda mengunakan kekili aksi berat dengan kekuatan tali utama minimum 30Ib.
Banyak cerita yang saya dengar GT menghilangkan diri dengan ratusan meter tali utama terutama apabila teknik jigging dan popping disambar oleh pemangsa yang lebih besar.
Di sini, pemancing yang menjadi mangsa dan lebih parah lagi apabila tali utama yang dilarikan adalah jenis sulam yang berharga menjangkau RM100 untuk seratus meter.
Kombinasi peralatan untuk GT yang beraiz 10kg ke bawah adalah seperti mana yang disyorkan dalam segmen pancingan cupak lalu. Atau secara rumusannya setting perlatan 30lb ke bawah.
Untuk aktiviti popping dan casting, kekili mendatar atau spinning reel lebih mudah dikendalikan. Sementara untuk teknik jigging dan pancingan asas, lebih sesuai mengunakan kekili multiplier.
Ramai pengemar casting dan jigging mengunakan tali sulam atau braided kerana mudah dan cepat membalas.
Jika mengunakan mono sambungkan tali sulam 3 hingga 5 meter di hadapan tali utama sebagai penanda ketika jigging kerana jika leka kemungkinan replika ikan dan jig besi akan singgah di muka anda.
Joran yang sesuai adalah jenis grafit dengan kekuatan 15Ib hingga 30Ib. Pakai joran halus dan ringan tetapi kuat memberi kelebihan dari segi lontaran serta tidak lenguh memegang dalam tempoh yang lama.
Tali utama berkekuatan 15Ib hingga 30Ib cukup memadai kerana ia pasti akan menjanjikan siapa yang mengerjakan siapa. Barulah dapat kepuasan sebenar!
Ketika anda menurunkan candat, pastikan anda menurunkan candat twist terlebih dahulu. Turunkan secara perlahan-lahan.
Tindakan tergesa-gesa akan menyebabkan tali anda akan berpintal. Proses meleraikannya memang menyeksa batin kerana orang lain sedang sibuk menaikan sotong sambil memprovokasi emosi anda.
Jika sotong memegang candat anda, layan seperti biasa dengan drag kekili dilaras mengikut berat sotong. Jika anda menggunakan serek (koyan), rapatkan tali pada tepi bot dan lepas tali secara terkawal jika henjutannya semakin keras dan kuat.
Bila tiada tarikan… anda perlu tarik tali perlahan-lahan. Jangan tarik sotong seperti menarik ikan… jika bernasib baik anda akan dapat double atau triple.
Selepas sotong pertama dinaikkan. Jangan membuang masa… turunkan candat dengan segera. Sotong torak makan mengikut pergerakan arus. Jika kumpulannya berada di bawah bot anda, semua pemancing akan merasa tarikan sotong.
Untuk menaikkan semangat anda, bayangkan sotong berkenaan akan menjadi sotong bakar yang enak apabila anda tiba di daratan nanti.
Jangan terkejut jika sotong jenis lain juga dinaikkan. Sotong yang biasa bermain bersama sotong torak termasuklah sotong ketupat dan sotong jarum. Sotong mengabang sangat jarang dan hampir tiada kerana sotong ini suka bermain di kawasan berstruktur. Begitu pun kadang kala ada pemancing yang dapat juga.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...