Kesesuaian set pancing untuk memancing gerong belang yang sesuai secara asasnya ialah daripada light hingga medium set.
Namun bergantung kepada teknik dan kecenderungan peribadi pemancing untuk perlawanan yang lebih mencabar, terdapat juga pemancing yang memilih set yang lebih ringan untuk lebih ekstrim.
Tali sulam utama dengan kekuatan breaking point sekitar 10-20lb sudah memadai untuk penggemar teknik casting dan light jigging.
Ads
Kekuatan tali utama ini adalah kekuatan yang sesuai untuk kebanyakan spesies trevally termasuk gerong belang dengan mengambil kira kaedah pancingan casting di zon strike trevally.
Ads
Jika anda menggunakan teknik trolling pula, gunakan gewang berbibir minnow saiz sederhana dengan kelajuan bot sekitar 4-6 knot.
Gunakan nylon yang mempunyai warna yang terang jika anda gunakan tali jenis ini sebagai tali utama.
Ads
Waktu yang paling sesuai untuk memancing gerong belang dan kebanyakan spesies trevally ialah ketika waktu air penuh kerana trevally aktif mengejar ikan kecil di habitatnya pada waktu sebegini.
Bagi kaki casting, cermin mata polaroid sangat membantu terutama ketika mengenal pasti lokasi gerong belang di dalam kawasan air cetek dan jernih selain mengelakkan mata anda letih ketika memancing di lautan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Berbanding kebanyakan umpun-umpun, umpun-umpun sarang atau sarung merupakan umpan yang paling diminati oleh pemancing.
Ini kerana ia merupakan umpan yang sangat berkesan bagi kebanyakan ikan.
Malah saya sendiri pernah mendaratkan seekor ikan daun baru seberat 2kg dan siakap putih 6kg hanya menggunakan umpan umpun-umpun sarang.
Selain itu ialah kerana ia lebih tahan lama. Selagi ia berada di dalam sarungnya dalam keadaan lembab, ia mampu hidup selama beberapa hari.
Umpun-umpun sarang juga panjang-panjang dan mampu memanjang sehingga dua kaki.
Untuk mencari dan dapatkan kan umpun-umpun sarang juga tidaklah susah sangat.
Ia biasanya boleh ditemui di kawasan berlumpur atau pasir berlumpur di pesisiran pantai atau tebing-tebing muara sungai.
Cara untuk mendapatkannya juga tidak berapa sukar. Apa yang diperlukan adalah alatan penggali seperti alatan skop dan waktu yang sesuai ketika air sedang surut habis.
Apabila ke kawasan ini pada waktu air surut, anda boleh mengesan sarang umpun-umpun sarung di permukaan pasir atau lumpur di mana pintu rumah umpun-umpun sarang sering
bertanda dengan tompokan hitam dan bersabut serta ditutupi daun reput atau sarangnya tertonjol ke atas permukaan.
Kunci kejayaan mencari umpun-umpun sarang adalah kepantasan! Hanya dengan kepantasan yang tepat akan membuahkan hasil. Ini kerana perumpun sarang amat sensitif pada persekitaran.
Hanya dengan sedikit tekanan atau getaran pada sarangnya ia akan menyusup jauh kedalam pasir atau selut.
Oleh yang demikian apabila mengesan kedudukan sarangnya, jangan berlengah untuk menyodok dengan menggunakan skop di sekitar sarangnya.
Selain menggunakan skop, umpun-umpun sarang juga boleh didapatkan tanpa menggalinya. Sebaliknya dengan cara mengumpannya keluar dari sarang.
Dengan menggunakan isi ikan, parutan ubi kayu, nasi atau juga nenas cincang, ia kemudian disumbat ke dalam stoking atau jut kain (macam kain penapis teh).
Basahkannya dan biarkan ia berjus kemudian perah di pintu sarang umpun-umpun tersebut.
Sekiranya ia ada di dalam sarang, dalam masa singkat ia akan terpesona dengan aroma bauan tersebut dan ia akan keluar.
Sebaik saja ia mengeluarkan kepalanya dari sarang, sepantas kilat pegang atau cubit kepalanya (pastikan jangan sampai kena gigit kerana gigitannya sakit juga macam terkena kejutan eletrik kecil) dan tarik ia keluar secara perlahan-lahan.
Ia tidak boleh ditarik dengan kuat atau kasar kerana ia mudah putus.
Bagi memanjangkan hayatnya pula, umpun-umpun sarang hendaklah diambil bersama sarangnya dan hendaklah dibungkus dengan kertas surat khabar yang telah dilembabkan.
Bottom fishing atau pancing dasar merupakan salah satu teknik memancing utama laut dalam yang banyak dipraktikkan. Berikut disenaraikan peralatan yang sesuai untuk digunakan terutamanya pancingan di kawasan berkedalaman melebihi 50 meter.
Reel
Penggunaan kekili elektrik (mesin bangla) adalah satu KEMESTIAN. Kekili mendatar atau spinning boleh digunakan tetapi tidak relevan. Atau boleh juga kekili mendatar multiplier tugas berat dan berkelajuan tinggi.
Rod
Rod atau Joran 30-50lb dan ke atas dengan aksi sederhana atau berat adalah digalakkan. Joran tahan lasak amat penting terutamanya tip atau bahagian hadapan joran yang mampu menampung berat batu ladung yang digunakan.
Mainline
Penggunaan tali sulam atau braided juga adalah satu kemestian. Tali berkekuatan 50lb-80lb dengan panjang 300-500 meter panjang. Pilihlah tali yang berdiameter kecil tetapi lasak dan mampu membelah arus dengan baik.
Leader
Perambut nylon atau fluorocarbon 60lb-100lb bergantung kepada georafi lubuk dan kejernihan air. Sebaiknya gunalah perambut yang lasak dan lutsinar.
Mata Kail
Mata kail Guna mata kail bersaiz 3.0-7.0 yang kuat dan tajam. Disarankan juga pilih mata kail material stainless stell walaupun harganya agak mahal.
Pemberat
Batu ladung saiz 18/24/32 bergantung kepada keadaan arus dan ia juga penting bagi memastikan umpan dapat sampai ke sasaran lubuk dengan cepat dan tepat.
Tanduk / Ranggum
Penggunaan perambut tanduk dan ranggum juga adalah satu kemestian. Saiznya bergantung kepada kedalaman air dan kelajuan arus.
Umpan
Penggunaan umpan yang hidup atau segar adalah amat penting untuk memperoleh hasil yang diharapkan. Sebaiknya dapatkan info dari tekong untuk menyediakan umpan terbaik bagi sesuatu lokasi.
Terdapat pelbagai jenis bentuk dan gaya jaket keselamatan di pasaran namun pada asasnya ia terbahagi kepada dua jenis sahaja iaitu foam (gabus) dan gas.
Material styrofoam yang dibalut dengan kain yang dibentukkan sebagai baju luaran.
Manakala jaket keselamatan gas adalah dari pelampung udara yang bertindak secara automatik apabila picu ditarik atau alat pengesan air berfungsi dan memberi impak gas CO2 kepada seluruh ruang pelampung.
Jaket keselamatan jenis styrofoam
Jaket keselamatan yang diperbuat daripada styrofoam mempunyai daya apungan yang minima mengikut kualiti.
Bagi kualiti sederhana ia mampu mengapungkan manusia seberat 80 kilogram dalam masa 4jam. Tarik perhatian dengan meniup wisel dan berada di kawasan terbuka lebih mudah untuk dilihat.
Jaket keselamatan jenis gas mampu mengapung untuk tempoh lebih panjang dan boleh ditambah udara melalui tiupan nafas.
Ciri-ciri jaket keselamatan yang perlu kita ketahui adalah ia mestilah berwarna terang, mempunyai wisel, warna pantul cahaya dan tali kekunci yang baik untuk mengapungkan manusia.
Tarik perhatian dengan meniup wisel dan berada di kawasan terbuka lebih mudah untuk dilihat.
Sekiranya berlaku kemalangan semasa melakukan aktiviti memancing, keselamatan perlu diutamakan.
Gunakan jaket keselamatan yang selesa dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik dan selenggara mengikut masa yang ditetapkan.
Tukar jaket keselamatan yang telah lusuh atau gas CO2 yang telah tamat tempoh.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...