Ikan tenggiri merupakan spesies pelagik paling bernilai yang boleh dipancing dengan pelbagai cara. Salah satu metode atau kaedah pancing yang paling popular masa kini ialah jigging. Teknik jigging yang paling berkesan adalah teknik speed jigging.

 

Untuk berjaya memperoleh hasil terutamanya ikan sasaran utama seperti tenggiri, dengan mempraktikkan teknik speed jigging, beberapa perkara harus dipertimbang dan dikaji.

 

Peralatan Jigging Tenggiri Yang Perlu Ada

 

Pertama sekali, kita harus memahami serba sedikit info berkenaan spesies sasaran. Ikan tenggiri adalah jenis ikan berenang laju (purata kelajuan 70 km/j) dan tabiat makan secara menyambar.

 

Oleh yang demikian umpan (jig) yang digunakan haruslah digayakan dengan kelajuan yang sesuai untuk menarik perhatian tenggiri serta mahu menyambarnya. Begitu juga jenis mata kail yang sepadan untuk tabiat ikan yang makan secara menyambar.

 

Peralatan Jigging Tenggiri Yang Perlu Ada

 

Setup Peralatan

 

IKLAN

Kekili

Bagi saya untuk mencari tenggiri dengan lebih efektif ialah pastikan peralatan memancing itu tepat. Penggunaan kekili berkelajuan tinggi adalah satu kemestian. Pilih kekili saiz sederhana (3000-6000) yang mampu memuatkan tali sehingga 200 meter.

 

Joran

Pilih joran yang ringan tetapi berupaya menggayakan jig sehingga berat 100 gm dengan sempurna. Joran yang berat atau aksi perlahan hanya menyebabkan anda keletihan sebelum sempat merasa tarikan tenggiri yang diburu. Ini penting bagi mengelakkan penggunaan tenaga yang berlebihan sepanjang berjigging.

 

Peralatan Jigging Tenggiri Yang Perlu Ada

 

Jig

Manakala jig yang mempunyai warna asas perak berkilau, berat 40-80 gm menjadi pilihan kebanyakan pemancing memburu tenggiri.

IKLAN

 

Tali utama

Sementara tali utama memadai tali sulam berkekuatan 15-40 lb dengan leader 20-40 lb. Assist hook pula WAJIB daripada dari dawai atau kevlar steel. Untuk insuran tambahan bolehlah menggunakan perambut dawai sepanjang 2-3 inci. Walau bagaimana perambut dawai ini hanya sesuai tatkala ikan frenzy membaham jig, air sedikit keruh dan waktu malam.

 

Peralatan Jigging Tenggiri Yang Perlu Ada

 

Gaya persembahan

 

Boleh dikatakan hampir kesemua pemancing bersetuju bahawa jig perlu dikarau dengan selaju yang mampu untuk menerima sambaran. Saya bersetuju untuk tidak bersetuju.

IKLAN

 

Pada saya, tahap kelajuan mengarau jig bergantung pada jenis kekili yang digunakan. Sekiranya menggunakan kekili ratio sederhana, sememangnya perlu dikarau selaju mungkin.

 

Peralatan Jigging Tenggiri Yang Perlu Ada

 

Namun, jika menggunakan kekili ratio tinggi (melebihi 7:1) maka tidaklah perlu mengarau seperti orang kena rasuk.

 

Jika terlalu laju sehingga mengatasi kelajuan tenggiri itu sendiri sebenarnya tidak membantu juga. Banyak keputusan berakhir dengan perambut putus gara-gara tenggiri gagal menyambar tepat pada jig. Gaya terbaik adalah dengan cara karau stop and go.

 

Peralatan Jigging Tenggiri Yang Perlu Ada

 

Karau dengan kelajuan sepadan dan berhenti untuk beberapa saat sebelum meneruskan kayuhan. Ketika stop and go ini sebenarnya peratusan strike adalah lebih tinggi.

 

Selain itu faktor stamina juga sangat perlu dititikberatkan bagi semua pemancing. Alangkah ruginya ketika berehat panjang akibat kepenatan, tatkala itulah tenggiri baru aktif membaham jig.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI