Badan gewang yang diperbuat daripada kayu balsa yang agak lembut ini mudah pecah atau koyak sekiranya digasak ikan bersaiz kasar.
Sering berlaku sekiranya ia disambar ikan bersaiz kasar ialah lidahnya patah atau tercabut dan juga ekor gewang yang terkoyak.
Oleh yang demikian, kami belanja sedikit tip DIY untuk mengikat gewang ini bagi memperkukuhkannya.
Keperluan:
Gewang (Rapala Tail Dancer Deep)
Playar
Jarum peniti
Gam gajah
Ads
Cara-cara DIY:
Langkah 1
Jarum peniti mestilah dikepit kemas dengan playar sebelum ditekan masuk perlahan-lahan. Jika tangan ada tidak kuat, anda boleh panaskan mata jarum peniti untuk ia mudah menembusi lip atau bibir gewang berkenaan.
Langkah 2
Ads
Pastikan kedudukan jarum peniti haruslah berada di tengah-tengah mata gewang replika ikan berkenaan. Jika tidak tepat, cabut dan cucuk semula.
Langkah 3
Tekan perlahan-lahan hingga ia tembus.
Langkah 4
Ads
Pastikan jarum peniti tembus sepenuhnya.
Langkah 5
Potong lebihan jarum peniti berkenaan dengan menggunakan playar atau pemotong besi.
Langkah 6
Akhir sekali titiskan gam gajah bahagian atas dan bawah jarum peniti dan biar sehingga kering.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Memancing merupakan salah satu aktiviti luar yang mudah dijalankan. Hampir kesemua golongan peringkat usia, taraf hidup dan kesihatan boleh melakukan aktiviti memancing. Malah, bukan sahaja lelaki, golongan wanita turut berkemampuan untuk mencuba hobi ini. Tahukah anda, mereka yang memancing lebih terdedah kepada cara hidup yang lebih sihat?
Memancing Membuatkan Fizikal Anda Lebih Sihat
Walaupun memancing kelihatan tidak memerlukan anda mengeluarkan banyak peluh,namun pencarian spot atau lubuk pancing yang baik memerlukan sedikit kerja keras untuk mendapatkan lokasi yang berbaloi sama ada mengayuh sampan atau bot, berbasikal ke lokasi pancing mahu pun trekking jauh ke dalam hutan. Aktiviti ini sebenarnya secara tidak langsung memberi kesan baik kepada kardiovaskular anda.
Selain itu, pancing layang atau fly fishing; salah satu cabang atau teknik pancingan, juga sebenarnya membantu wanita untuk melawan penyakit kanser payudara. Terdapat sebuah pertubuhan yang diberi nama Casting for Recovery, telah menggabungkan pendidikan kesedaran kanser payudara dengan sukan memancing sebagai satu langkah sokongan, terapi dan senaman.
Pertubuhan ini menyatakan, pergerakan lembut dalam fly fishing menyerupai senaman yang diperlukan oleh golongan yang baru melakukan pembedahan atau rawatan radiasi untuk menggalakkan tisu lembut meregang. Kumpulan ini ditubuhkan untuk wanita pelbagai peringkat usia, rawatan dan fasa penyembuhan.
Sumber Nutrisi Terbaik Daripada Ikan
Ikan merupakan sumber terbaik bagi mendapatkan asid lemak omega-3. Omega-3 amat bagus untuk menurunkan tekanan darah selain menurunkan risiko stroke dan kegagalan fungsi hati. Menurut Mayo Clinic, omega-3 juga sangat baik untuk mengurangkan ketidakseimbangan kadar degupan jantung selain meningkatkan fungsi otak berkembang bagi kanak-kanak.
Selain kepentingan nutrisi di atas ke atas kesihatan, kajian juga menunjukkan memakan ikan mampu menyelamatkan daya penglihatan, mengurangkan risiko asma, melindungi kulit anda daripada sinaran UV dan mengurangkan risiko rheumatoid arthritis.
Memancing Kurangkan Tekanan
Tanyalah kepada pemancing di luar sana, merasai tentangan ikan di hujung tali pancing cukup untuk membuang segala tekanan dan keserabutan dalam kepala. Menurut Frank Peterson, presiden dan CEO kepada Recreational Boating and Fishing Foundation, “Memancing merupakan satu aktiviti yang mengurangkan tekanan dan dalam masa yang sama menimbulkan rasa keseronokan”.
Menurut data Recreational Boating and Fishing Foundation dan Outdoor Foundation, 9% warga Amerika berkira-kira untuk mencuba sukan memancing di mana 38% daripada jumlah itu berminat oleh kerana mahu mengurangkan tekanan atau stress sama ada tekanan daripada segi mental atau fizikal.
Memancing Kurangkan Simptom PTSD
Kombinasi melakukan aktiviti yang santai dan senaman ringkas juga membantu kepada mereka yang mengalami PTSD (post traumatic stress disorder). Satu kajian pada tahun 2009 menunjukkan aktiviti memancing dapat mengurangkan simptom PTSD dan meningkatkan mood bagi mereka yang mengalami kecelaruan.
Selepas tiga hari melakukan aktiviti flyfishing, laporan menunjukkan pengurangan sebanyak 32% rasa bersalah dan 43% rasa kemarahan. Perasaan takut juga menurun sebanyak 30% dan 36% perasaan kesedihan menurun. Kesan positif ini kekal sehingga lebih sebulan selepas mereka menjalani terapi memancing ini.
Bila memancing ikan puyu dan banyak dapat hasil tapi tak tau nak buat apa! Jangan bimbang… jangan dibuang ikan tu. Lebih baik buat pekasam. Tak tau nak buat pekasam? Ini perkongsian mudah untuk menghasilkan pekasam ikan puyu.
Bahan-Bahan Keperluan:
1 kg ikan puyu
1 mangkuk beras
1 cawan garam kasar
Air suam
Cara-Cara Penyediaannya:
Ikan puyu yang masih hidup atau segar disiang serta dibersihkan (kalau ikan dah tak segar akan kurang enak rasanya).
Gaul dengan garam kasar dan dibiarkan semalaman didalam bekas yang tertutup.
Beras (tak perlu dicuci) digoreng sehingga menjadi perang. Kemudian dikisar dengan blender sehingga halus.
Larutkan 1/2 cawan garam kasar dengan 3 cawan air suam.
Masukkan beras yang telah dimesin ke dalam air garam tadi dan jangan sehingga terlalu pekat.
Ikan puyu yang telah diperap semalaman itu dibasuh terlebih dahulu untuk mengurangkan kemasinannya.
Celupkan ikan tadi seekor demi seekor ke dalam bancuhan beras dan susun di dalam bekas yang ditutup rapat dan dibiarkan selama seminggu.
-Nota tambahan-
Untuk rasa yang lebih padu, goreng sehingga garing dan masukkan bawang kemudian hidangkan bersama perahan limau nipis.
Pekasam ikan puyu boleh tahan selama 1-2 bulan sekiranya dibuat mengikut langkah yang tepat.
Ikan jenahak memiliki kandungan gizi yang kompleks. Ikan ini dipercayai dapat menurunkan trigliserida, asid yang mengalir dalam pembuluh darah manusia kerana manusia pengambilan makanan yang mengandungi glukosa.
Berikut kami paparkan manfaat ikan jenahak untuk kesihatan:
Mengubati Gejala Mata Kering
Mata kering terjadi ketika tidak menghasilkan air mata seperti seharusnya. Gejala yang timbul biasanya perih, sensitif terhadap cahaya, gatal di dalamnya, seperti ada yang menyangkut di dalam mata, dan berwarna kemerahan. Namun jangan khuatir kerana ikan jenahak dapat menjadi solusinya.
Membantu Menghilangkan Kapalan
Kapalan merupakan penebalan atau pengerasan kulit akibat tekanan dan gesekan yang berlebihan. Pada umumnya akan berwarna kekuningan. Biasanya muncul di kaki, tumit, tangan, atau jari, dan boleh menyebabkan rasa tidak nyaman berjalan atau beraktiviti. Dengan rutin makan ikan jenahak akan membantu menghilangkannya.
Mengubati Batuk
Batuk merupakan respons alami sebagai sistem pertahanan saluran nafas apabila terdapat gangguan dari luar, bertujuan membersihkan lendir atau faktor penyebab iritasi seperti debu atau asap supaya keluar dari paru-paru. Boleh terjadi akibat alergi terhadap sesuatu, maupun terlalu banyak minum ais. Untuk mengatasinya cobalah makan ikan jenahak.
Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
Dengan istirahat yang cukup dan pilihlah menu makanan yang bergizi khususnya berprotein tinggi seperti ikan jenahak, terutama ketika musim hujan merupakan salah satu cara untuk meningkatkan daya tahan tubuh.
Mencegah Flu
Sering terdedah udara dingin akan semakin mudah manusia terserang virus flu, apabila ketahanan tubuh kita semakin melemah. Maka dari itu untuk melawan agar penyakit tersebut tidak menyerang adalah dengan pengambilan ikan jenahak, membuat ketahanan anda fizik semakin kuat.
Mengubati Pedih Ulu Hati
Ngilu pada perut bahagian atas tepatnya di dekat dada, disebabkan oleh naiknya asid menuju kerongkongan. Hal ini juga biasa disebut dengan istilah GERD. Pengubatannya boleh diatasi dengan rutin pengambilan ikan jenahak… sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu.
Mencegah Radang Usus Buntu
Orang yang terkena radang usus buntu biasanya merasakan ngilu di perut bahagian tengah yang menjalar ke sisi. Ini biasanya terjadi kontroversi terkait fungsinya di dalam tubuh. Dengan pengambilan ikan jenahak setiap hari dapat mencegah penyakit tersebut.
Mencegah Pembentukan Karang Hempedu
Gejala pembentukan karang hempedu atau biasa disebut dengan istilah gallstones iaitu merasa tidak nyaman di bahagian kanan atas perut, dan semakin buruk jika banyak makan lemak. Hal itu terjadi kerana kolesterol yang terperangkap di kantung hempedu. Makanlah ikan jenahak sebagai pencegahan gangguan tersebut.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...