DALAM KESERONOKAN MELAYAN TARIKAN IKAN-IKAN DI UNJAM, ADA KALANYA BERLAKU KES MATA APOLLO TERBELIT. AKIBATNYA ADA PEMANCING YANG BUANG SAHAJA DAN BUKA MATA APOLLO YANG BARU. SEBENARNYA ADA TIP MUDAH MENGELAKKAN DARI APOLLO KITA BERSIMPUL.
GUNAKAN BATU LADUNG BESAR
AIni supaya ketika di dalam air, sekiranya apollo kita mendapat ‘full house’, pergerakan ikan yang cuba untuk melepaskan diri dapat disekat oleh batu ladung yang besar. Sekiranya kita memakai batu ladung kecil, dengan mudah ikan akan cuba untuk melepaskan diri dengan berenang tak tentu arah dan ini akan menyebabkan apollo mudah bersimpul.
Ads
ELAKKAN MELETAKKAN DI ATAS LANTAI
Ads
Ads
Satu lagi tipnya ialah ketika kita menaikkan apollo ke atas bot, elakkan dari meletakkan keseluruhan apollo tersebut di atas lantai bot kerana pergerakan ikan dengan mudah akan membuatkan apollo bersimpul.
Satu lagi tipnya ialah, sentiasa tegangkan apollo dengan memastikan hanya batu ladung yang diletakkan di atas lantai bot dan apollo diangkat supaya tegang. Untuk lebih cepat, seeloknya sesi mengunjun apollo ini dilakukan berkumpulan 2 orang. Seorang mengunjun dan seorang lagi mencabut mata kail apollo dari mulut ikan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Kaki pancing tegar biasanya sudah kebal dengan sengatan ‘manja’ begini. Kebanyakan sengatan masih mampu ditahan dan ada yang perlu dirawat secara serius.
Jom kita tengok ikan mana yang mempunyai bisa paling menyengat atau ada hidupan laut yang lebih berbisa.
(Kita letakkan skala 1-5 untuk mengukur sengat mana yang paling sakit. Skala 1 untuk yang kurang sakit dan skala lima untuk sengatan yang paling padu.)
Spesies ikan duri
Bisa ikan ini tidak sekuat ikan sembilang. Sengatan ikan duri akan menyebabkan rasa pedih dan aliran darah yang banyak kerana durinya yang besar. Jika terkena sengatan ikan duri, bersihkan bahagian itu. Kemudian, letakkan minyak angin ataupun minyak gamat. Seandainya ada pil paracetamol, boleh dimakan untuk mengurangkan rasa sakit. Jika sakit berlarutan, segeralah ke klinik.
(Skala menyengat – 2)
Spesies ikan kitang
Biasanya seseorang akan terkena sengatan ikan ini ketika menjala. Sakitnya ‘mencucuk’ dan terasa berdenyut. Sakitnya tidak lama, lebih kurang satu jam sebelum ia bernasur-ansur hilang. Jika disengat pada jari, secara automatik tangan akan menjadi lenguh.
(Skala menyengat – 2.5)
Spesies Ikan Dengkis
Sakitnya lebih daripada kitang. Lebih berbisa kerana ramai yang tidak menyangka ia ikan yang berbisa. Bisanya terletak pada duri di sirip ikan ini. Apabila terkena sengatan ini, pandangan mata akan menjadi sedikit kabur. Untuk tempoh beberapa jam anda tidak akan berasa selesa untuk memancing dan sebagainya.
(Skala menyengat – 3)
Spesies Ikan Sembilang
Sengatan ini masih boleh ditahan. Mampu membuatkan seorang lelaki ‘macho’ mengalirkan air mata tetapi sengatnya jika dirawat segera tidak mendatangkan kesan serius. Jika dibawa ke klinik atau hospital, biasanya akan diberi suntikan untuk mengurangkan sakit sengatan.
Petua orang dulu-dulu, kononnya jika disengat sembilang, seseorang itu dinasihatkan untuk gigit dan makan ekor ikan ini. Bolehkah petua ini dipercayai?
(Skala menyengat – 4)
Spesies Ikan Pari
Biasanya menyengat dan boleh membunuh. Apabila terkena sengatan ikan pari, segeralah dapatkan rawatan doktor. Suatu ketika dahulu kita pernah dikejutkan dengan kematian Steve Irwin yang popular menerusi programnya; The Crocodile Hunter kerana disengat ikan pari.
(Skala menyengat – 4.5)
Spesies Ikan Ketuka
Terkena bisa ikan ini ada masanya menyebabkan lumpuh pada bahagian disengat. Kesan lumpuh hanya sementara tetapi perlu dirawat segera. Duri ketuka sangat tajam dan mempunyai toksin di dalamnya. Bisanya menyengat.
(Skala menyengat – 4.9)
Spesies Obor-Obor
Haiwan ini juga berbisa. Jika terkena sengatnya, seseorang itu akan berasa pedih dan mengalami muscle spams yang menyebabkan hilang fokus. Jika sakit berlarutan, seseorang akan terasa seperti renjatan elektrik. Rasa sakit tidak sekuat ikan ketuka tetapi seseorang menjadi letih kerana kerap mengalami kejang otot.
Dinasihatkan apabila terkena sengatan ikan pari, letakkan cuka pada bahagian yang disengat. Cuka bertindak untuk membunuh toksin nematocysts. Tetapi jika terkena air tawar, ia akan menggalakkan pengeluaran toksin itu.
Memancing di kawasan sungai pergunungan ini memang memberikan lebih kepuasan buat kaki pancing yang gemarkan cabaran. Namun, risiko bahaya juga memang tidak dapat dipisahkan dengan kawasan-kawasan sebegini. Antara tip keselamatan yang dapat penulis cadangkan ialah seperti berikut:
Pastikan keadaan kesihatan anda berada di tahap terbaik untuk trekking. Jika tidak berada di tahap 90% sebaiknya batalkan saja kerana ia bukan sahaja akan menyusahkan diri sendiri malah juga rakan-rakan trip yang lain.
Makanan, air, energy bar dan sebagainya harus disiapkan secukupnya untuk sepanjang tempoh trip. Tak mengapa jika lebih sedikit tetapi jangan berkurangan.
Amalkan memancing di dalamkumpulan dan jangan sesekali trekkingseorang diri di dalam hutan atau sungai pergunungan.
Pastikan ahli keluarga atau rakan terdekat mengetahui anda keluar memancing, lokasi pancingan dan tempoh trip tersebut. Ia penting bagi melakukan tindakan lanjut sekiranya anda tidak pulang pada tarikh sepatutnya. Jika mampu, beli dan bawa telefon satelit itu lebih baik.
Pakai pakaian dan kasut yang sesuai dan selesa untuk trekking.
Waspada akan ancaman binatangberbisa dan buas. Elakkan melalui tempatyang ada jejak binatang buas seperti harimau, gajah dan sebagainya.
Waspada ketika mengharung air. Jangan memberanikan diri mengharung air jika anda kurang yakin terutama di kawasan berarus deras. Juga perlu sentiasa berwaspada dengan kepala air.
Jika gewang yang anda gunakan tersangkut pada reba-reba kayu atau batu,jangan membahayakan diri berenang untuk menyelamatkan gewang tersebut. Ingat gewang tersangkut boleh dibeli, hilang nyawa tiada gantinya.
Peti keselamatan cemas harus sentiasa dibawa bersama anda.
Pemilihan tali juga memainkan peranan penting. Tali yang baik ialah dari jenis mono yang berkekuatan 15-20 paun, tak kira apa jenama sekalipun asalkan ia halus dan kental. Tali utama yang halus memudahkan umpan dibaling pada jarak yang lebih jauh dan umpan pula dapat tenggelam lebih cepat.
Warna tali yang disarankan ialah hijau, biru atau jernih, walaupun bagi sestengah pemancing, penggunaan warna jernih juga tidak digalakkan kerana menimbulkan silauan jika terkena cahaya matahari.
Biasanya tekong mempunyai pendapat sendiri tentang pemilihan jenis dan warna tali. Sebagai pemancing, anda haruslah mendengar nasihat yang diberikan oleh tekong kerana mereka sudah arif dengan sifat-sifat pemangsa di kawasannya.
Penggunaan tali mono digalakkan berbanding sulam. Walaupun kadangkala tarikan tenggiri ganas, tetapi jika dilayan dengan betul, tali yang berkekuatan 10 paun pun takkan putus melainkan jika anda terlalu mengetatkan drag.
Penggunaan tali sulam yang tebal bukan sahaja menakutkan tenggiri, malah mengganggu pemancing lain, lebih-lebih lagi jika terbelit pada tali lain yang sedang diragut tenggiri. Akibatnya, terjadilah kes-kes tali utama putus semasa pemancing sedang syok melayan asakan ikan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...