Bukan sesuatu yang pelik bila lain kolam lain umpan walaupun untuk memancing spesies ikan yang sama. Sebenarnya ia bukanlah disebabkan oleh perbezaan selera ikan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor air kolam itu sendiri.
Sifat air kolam sedikit sebanyak mempengaruhi resepi umpan yang sepadan dengan selera ikan. Dan di Kolam Menderang ini, resepi berikut menjadi kegemaran ikan-ikan tongsan sisik halus.
Apakah ikatan pertama yang perlu anda lakukan sebelum boleh memancing? Setuju atau tidak, ikatan penyambungan tali utama pada gelendung kekili atau spool knot adalah ikatan pertama yang perlu dilakukan.
Tali perlu dimasukkan ke kekili dan teknik ikatan yang paling mudah adalah dengan menggunakan teknik uni knot.
(*Bekas simpanan tali yang digunakan adalah contoh pengganti gelendung kekili)
Cara membuatnya:
Tutorial 1
Masukkan tali utama ke dalam spool sebanyak dua kali lilitan.
Tutorial 2
Tarik keluar hujung tali sekurang-kurangnya sejengkal untuk memudahkan kerja simpulan.
Tutorial 3
Lingkarkan hujung tali ke atas tali utama dan mulakan lilitan ke dalam lingkaran tersebut (sama sebagaimana anda melakukan ikatan uni)
Tutorial 4
Lakukan sekurang-kurangnya 5 lilitan tetapi tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan ketulan simpulan yang besar di dalam spool.
Tutorial 5
Tarik hujung tali sehingga satu simpulan terbentuk pada tali.
Tutorial 6
Kemudian tarik tali utama (bukan hujung tali) sehingga simpulan itu merapati spool. Tarik dengan kuat sehingga lilitan kemas pada spool.
Tutorial 7
Seterusnya potong lebihan tali serapat yang mungkin pada simpulan ikatan.
Tutorial 8
Ikatan yang sudah siap… bolehlah mulakan proses menggulung tali ke dalam spool.
Jika anda ingin memancing di perairan air masin dari muara hingga ke laut dalam dan ingin menjadikan ikan sebagai umpan utama, pilihlah ikan yang disenaraikan ini.
Ikan Belanak
Boleh dianggap sebagai umpan terbaik bagi pancingan pantai atau pesisir. Sekiranya ingin memancing siakap, pari, kerapu atau jenahak maka jangan lupakan ikan belanak ini. Selain digunakan sebagai umpan hidup, belanak juga boleh digunakan secara hirisan isi ikan. Isinya yang agak pejal dan kulit yang liat membolehkan ia bertahan dengan baik pada mata kail sehingga dimakan ikan.
Ikan Bilis
Sama ada dalam keadaan hidup atau sudah mati tetapi dalam keadaan segar, ikan bilis merupakan ikan yang sangat berkesan untuk dijadikan umpan. Berikutan sukar untuk memperolehinya, ikan bilis hidup lebih banyak digunakan bagi pancingan di kelong. Sekiranya anda berjaya apollo ikan bilis ini, maka cerahlah peluang anda untuk strike ikan gred A.
Ikan Tamban
Umpan yang sangat berharga jika digunakan ketika ia masih hidup. Apa saja ikan pelagik atau pemangsa seperti tenggiri, talang, senangin atau jenahak jarang melihat saja umpan tamban melintas di depan matanya. Malah ikan pemangsa bersaiz besar seperti ikan layaran turut menggemari aksi tamban hidup ini. Hirisan isinya juga sesuai digunakan sebagai umpan.
Ikan Pelaling
Ramai yang berasa sayang untuk menggunakan umpan ini ketika ia masih hidup. Tetapi jika inginkan strike dari layaran, tenggiri atau barracuda maka cangkuklah ikan kembung ini pada mata kail. Selain digunakan sebagai umpan hidup, kembung juga boleh digunakan dalam keadaan segar dalam bentuk seekor mahupun secara hirisan. Keluarga ikan kembung yang lain seperti pelaling juga sangat efektif.
Ikan Selayang
Ikan selayang atau sardin merupakan antara umpan hidup yang popular di perairan Laut China Selatan. Ramai pemancing yang percaya jika memperolehnya hidup-hidup maka berpeluang cerah untuk mendapatkan ikan pemangsa. Malah jika digunakan ketika ia masih segar ia turut berpeluang untuk memikat kerapu, merah, aruan tasik dan lain-lain lagi.
Ikan Selar
Ikan selar (terutamanya selar kuning) merupakan ikan pelagik yang wajib dipancing di kawasan unjam sebagai persediaan umpan hidup untuk memancing. Berbanding ikan tamban atau kembung, ikan selar lebih berdaya tahan apabila dijadikan umpan. Namun apabila sudah mati di mata kail, ia kurang berkesan untuk dijadikan umpan.
Ikan Tongkol
Umpan yang sinonim untuk pancingan laut dalam bagi memburu ikan-ikan monster seperti ruby snapper, kertang, yu kemejan dan lain-lain lagi. Ikan tongkol sememangnya umpan yang sangat berkesan berikutan memiliki darah yang banyak, struktur daging yang pejal dan kulit yang sangat liat. Selain digunakan dalam bentuk hirisan, ia juga sesuai digunakan seekor untuk memburu ikan monster.
Ikan Cabuk
Ikan parang atau lebih popular dengan nama cabuk agak kurang digunakan sebagai umpan oleh pemancing masa kini. Ikan parang yang manis isinya ini cukup digemari oleh kebanyakan ikan seperti tenggiri, ebek, malong, pari dan lain-lain lagi. Selain digunakan secara potongan atau hirisan,ia juga digunakan dalam bentuk seekor khususnya untuk menjerat tenggiri.
Ikan Jenjulung
Jika di estuari atau pancingan muara, ikan jenjulung ini sememangnya umpan killer bagi memancing siakap merah. Namun ikan lain seperti todak dan barracuda turut membaham umpan ini. Namun bagi pemburu MJ atau siakap merah di beberapa lokasi seperti Kuala Trong atau Kuala Selinsing, ikan jenjulung dijadikan umpan alternatif sekiranya gewang tidak memperoleh respon.
Memancing pada waktu malam merupakan satu kaedah yang amat saya gemari kerana lazimnya ikan-ikan monster lebih aktif pada waktu malam dan seperkara lagi, cuaca pada waktu malam lebih nyaman berbanding waktu siang.
Begitu pun, ada empat kaedah atau teknik yang boleh dipraktikan untuk pancingan malam.
Satu, memancing dengan menggunakan teknik apung iaitu dengan penggunaan belon, styrofoam atau pelampung memancing komersial.
Memancing cara ini di laut dengan menggunakan ikan atau sotong selalunya kita akan dapat ikan seperti ikan aruan tasik, alu-alu, tenggiri, gerepoh dan banyak lagi terutamanya
sekiranya kita melepaskan umpan anda lebih kurang 3-5 meter di luar kawasan cahaya lampu bot anda.
Kedua, memancing dengan menggunakan teknik layang (drift), di mana sebiji batu ladung kecil bersaiz nombor 2 atau 3 dipasang lebih kurang 3-4meter dari umpan seekor ikan atau sotong.
Tali utama kemudian dilepaskan lebih kurang 30-40meter. Cara ini adalah untuk memancing di kawasan pertengahan air untuk mencari ikan gerepoh, tenggiri, ebek dan pelbagai lagi ikan sukan yang meronda kawasan pertengahan air.
Ketiga, teknik jigging sememangnya efektif pada waktu malam. Saya juga suka jigging pada waktu malam di mana saya selalu menggunakan jig jenis lut sinar atau luminous. Cara pergerakan mengarau perlulah pantas atau separa pantas.
Keempat, satu lagi cara memancing adalah memancing dasar dengan menggunakan tanduk di mana batu ladung dibiarkan mencecah dasar laut dan diangkat lebih kurang 1 ke 2 kaki dari dasar.
Sekiranya memancing ikan jenahak saya selalunya membiarkan batu ladung mencecah dasar terus. Tali perambut pula lebih kurang 1-3meter panjang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...