Memancing ikan lampam merupakan salah acara wajib apabila berkunjung ke Tasik Kenyir dengan menggunakan perkhidmatan rumah bot atau boathouse. Lazimnya, pengusaha atau pemilik rumah bot akan menyediakan peralatan asas dan umpan untuk para pelanggan memancing lampam. Cara memancingnya pula akan ditunjuk ajar oleh kru rumah bot.
Pemilik atau kru rumah bot merupakan orang yang cukup berpengalaman dalam soal memancing lampam. Begitu jugalah dalam soal menyediakan umpan untuk lampam.
Umpan kerak nasi lemak yang dikongsikan di sini juga merupakan salah satu umpan yang didedahkan oleh kru rumah bot Tasik Kenyir.
Ads
Kenapa nasi lemak?
Ikan lampam dipercayai menyukai sesuatu yang berlemak. Oleh kerana itulah buah sawit yang berlemak dan berminyak merupakan umpan yang disukai oleh lampam. Begitu jugalah nasi lemak yang kaya dengan santan yang lemak manis.
Ads
Bahan keperluan:
Kerak nasi lemak
Mata kail rambai
Set pancing lampam
Ads
Cara Penyediaan Umpan:
Kerak dan nasi lemak yang sudah keras direndam terlebih dahulu di dalam air. Memadai direndam sekadar melembutkannya sahaja. Sekiranya terlalu dan kembang berderai ia sudah tidak boleh digunakan lagi.
Ambil kira-kira segenggam keras nasi lemak yang masih melekat dan cucukkan mata kail rambai. Kemudian turunkan umpan tersebut ke dasar lubuk yang mana ikan-ikan lampam banyak berlegar-legar di permukaan air.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pengunaan minyak berperisa dalam penyediaan umpan pancingan kolam hari ini semakin menular di kalangan pemancing kolam komersial air tawar. Ia ternyata satu perkembangan sihat bagi menggantikan penggunaan umpan berasas usus haiwan yang menyenakkan penafasan dan mencemar kualiti udara dan air.
Cara terbaik menggunakan minyak berperisa dan beraroma adalah dengan mencampurkannya bersama tepung. Campuran minyak dan tepung yang terurai di dalam air akan segera didatangi oleh ikan untuk menyiasat dan membahamnya.
Berikut adalah tutorial untuk menghasilkan umpan ikan patin menggunakan bahan berasaskan tepung dan minyak.
Bahan keperluan:
Tepung gandum
Paste Strawberry MyePescado
Minyak Sugus MyePescado
Cara Menghasilkan umpan:
Tutorial 1
Masukkan kira-kira 10-15 tutup botol minyak sugus ke dalam bekas bancuhan. Atau bergantung kepada anda sendiri banyak mana umpan yang anda akan gunakan.
Tutorial 2
Masukkan pula 2 penutup botol paste strawberry ke dalam minyak. Kacau agar minyak dan paste sebati bersama.
Tutorial 3
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul adunan. Jika adunan agak lembik, tambah lagi tepung sehingga anda memperoleh adunan yang sesuai untuk digunakan.
Tutorial 4
Umpan tepung minyak sugus ini sudah boleh digunakan secara terus. Ambil perambut mata kail dan cucuk jajan memenuhi mata kail.
Tutorial 5
Kemudian ambil sedikit umpan dan kepal pada kedua mata kail. Sekiranya umpan pecah atau berderai ketika membuat lontaran maka tambahkan lagi tepung pada adunan.
Ikan keli abah bukanlah bermaksud ikan keli itu abah kita yang punya, tetapi ia membawa maksud ikan keli yang besar. Nak Memancing ikan keli bersaiz besar ini bukanlah mudah, ia memerlukan ramuan umpan yang padu untuk membuka seleranya.
Bahan-Bahan Keperluan:
1 Paket daging burger ayam frozen
2 biji telur itik
Tepung jagung
Cara Penyediaan:
→ Nyah beku terlebih dulu 1 paket daging burger ayam di dalam bekas. Kemudian hancurkannya dengan cara meramasnya.
→ Kemudian pecahkan dua bijir telur itik ke atas daging burger dan gaul hingga ia sekata.
→ Ambil kira-kira segenggam tepung jagung dan campur bersama adunan daging dan telur itik tadi. Gaul dan uli sehingga ia menjadi doh yang boleh dikepalkan pada mata kail.
→ Peram doh ini semalaman di dalam bekas bertutup dan keesokan harinya ia sudah boleh digunakan untuk memancing ikan keli.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...