Ikatan Buffer Loop ini sangat sesuai untuk pancingan menggunakan umpan ikan hidup. Walaupun menggunakan leader yang keras, ikatannya tetap kukuh dan mampu memanjangkan usia umpan hidup yang digunakan.
Step 1
Buatkan satu simpulan pada perambut kira-kira sejengkal dari hujungnya.
Step 2
Masukkan hujung perambut ke dalam lubang cincin mata kail.
IKLAN
Step 3
Masukkan pula hujung perambut itu ke dalam simpulan yang dihasilkan tadi.
Step 4
IKLAN
Ketatkan ikatan simpulan itu terlebih dahulu.
Step 5
Buatkan satu simpulan baru di atas ikatan yang dibuat tadi.
IKLAN
Step 6
Lakukan dua atau tiga lilitan pada simpulan tersebut.
Step 7
Jerutkan simpulan itu dengan ketat sehingga kemas pada ikatan pertama tadi. Potongan lebihan perambut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan haruan memiliki lendir dan sisik tebal yang agar sukar untuk dikendalikan. Kalau korang tak biasa menyiang ikan haruan, ikutilah cara yang kami sediakan ini. Kaedah lama ini agak mudah dan cepat untuk dilakukan.
Langkah pertama untuk menyiang ikan haruan ialah mematikannya jika ia masih hidup. Cara paling cepat adalah dengan mengetuk bahagian belakang kepalanya. Paling tepat adalah pada bahagian penyambungan kepala dan badannya.
Kemudian cari ranting pokok atau kayu bulat sebesar jari dan panjang kira-kira sejengkal. Tusuk hujung kayu ke dalam mulut haruan hingga ke insangnya.
Fungsi kayu tersebut sebagai tempat memegang kerana badan haruan agak licin untuk dipegang ketika menyiangnya.
Tulang insang yang berduri akan membuatkan kayu tidak mudah tergelincir keluar. Malah, anda boleh mengeluarkan insang ikan melalui mulutnya dengan dua batang kayu bulat kecil seperti copstik, jika pandai.
Setelah dibuang semua sisik ikan, buang juga semua sirip sama ada dengan memotong atau mengguntingnya.
Jika rajin, anda juga boleh memotong sedikit muncung haruan bagi mengeluarkan giginya. Gigi ikan yang tidak dibuang boleh menyebabkan mulut kita terluka ketika memakannya nanti.
Setelah sirip ikan dibuang, barulah kita membuang perut ikan dengan cara memutuskan sambungan badan di bahagian bawah kepalanya. Kemudian barulah membelah bahagaian bawah kepalanya hingga ke perut.
Kemudian keluarkan semua isi perutnya dan potong badan ikan mengikut kesesuaian dan selera anda. Akhir sekali potongan ikan dibersihkan dan gunalah petua yang anda anda untuk menghilangkan rasa hanyir.
Seperkara lain, sekiranya haruan itu bertelur, telur haruan itu boleh diambil kerana ia juga sedap dimakan.
Perut ikan haruan sebenarnya juga boleh dimakan tetapi perlu dibersihkan dengan rapi terlebih dahulu. Dan yang paling penting pundi hempedunya perlu dibuang.
Sekiranya hempedu ini tidak dibuang buang atau pecah, ia boleh menyebabkan daging ikan menjadi pahit.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikatan san diego Jam (SDJ) merupakan salah satu ikatan untuk menyatukan tali utama atau perambut pada kili atau swivel. Ikatan ini juga boleh digunakan untuk mengikat mata kail yang memiliki cincin. Ia satu ikatan yang mudah dipelajari dan kualiti ikatannya juga agak bagus.
Cara 1
Masukkan hujung tali melalui cincin mata kail atau swivel kira-kira sejengkal atau lebih.
Cara 2
Tarik hujung tali ke arah tangkal mata kail.
Cara 3
Mulakan lilitan pada lingkaran ke arah tangkal atau lubang cincin.
Cara 4
Buat sekurang-kurangnya 5-7 lilitan.
Cara 5
Masukkan hujung tali pada lingkaran pertama ke arah hujung mata kail.
Cara 6
Masukkan pula hujung tali pada lingkaran hujung tangkal atau cincin mata kail.
Cara 7
Basahkan lilitan tali dan ketatkan ikatan pada cincin.
Cara 8
Potong lebihan tali dan ikatan sudah pun siap.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Simpulan bimini twist merupakan satu teknik untuk menghasilkan loop atau gelendung yang paling berseni dan kukuh simpulannya. Simpulan ini biasanya dilakukan pada tali utama (tali sulam) untuk disambungkan pada leader monofilament atau fluorocarbon.
Ilustrasi tutorial
Tutorial 1
Lipatkan tali menjadi gelung kira satu depa dan pegang pada kedua-dua tali dengan hujungnya dibiarkan kira satu kaki.
Tutorial 2
Pintal gelung tali yang diselitkan pada jari kira-kira 20 hingga 30 pusingan.
Tutorial 3
Masukkan gelung tali ke bawah kedua tapak kaki sementara pastikan pintalan yang dihasilkan tadi tidak terurai.
Tutorial 4
Rapatkan pintalan dengan menolak pintalan yang dihasilkan dari dalam gelung sehingga pintalan menjadi ketat.
Tutorial 5
Bagi mengelak pintalan menjadi longgar, gunakan kedua-dua kaki sambil tangan memegang punca pintalan dari terlepas.
Tutorial 6
Tanpa membiarkan pintalan menjadi longgar, lurutkan hujung tali agar melilit pintalan sedikit demi sedikit.
Tutorial 7
Lakukan lilitan tersebut sehingga ia menjadi tindanan hingga hujung gelung.
Tutorial 8
Lilitan penuh yang dihasilkan. Kekalkan ia agar tidak terlerai untuk ikatan simpulan.
Tutorial 9
Untuk melakukan simpulan mati, masukkan hujung gelung ke bawah tapak kaki dan regangkannya.
Tutorial 10
Rapatkan pangkal dan lilit dengan hujung tali 8-10 kali.
Tutorial 11
Lilit pula ke arah berlawanan beberapa kali masukkan hujung tali ke dalam gelung.
Tutorial 12
Basahkan lilitan dan tarik hujung tali dengan seketat-ketatnya.
Tutorial 13
Simpulan Bimini Twist yang disiapkan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...